window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus

Faisal Β· Feb 26, 2021 10:00 AM

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 01

Dengan kehangatan SUV Perodua Ativa 2021 sejak kebelakangan ini, Honda City ataupun Toyota Vios sebenarnya masih berbaloi untuk dibeli. Maklumlah, harganya pun lebih kurang kan?

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 02

Namun pendapat kami ini bukanlah bermaksud Ativa tidak bagus. Malah, ciri dan pakej yang ditawarkan sebenarnya agak mengagumkan. Tetapi di dalam rencana kali ini, kami ingin perincikan beberapa kelebihan yang ada pada kereta jenis sedan berbanding SUV.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 01

SUV yang cukup popular di Malaysia

Sekiranya anda perhatikan, sekarang ialah trend kereta jenis SUV/crossover. Tetapi. tidak semestinya anda perlu ikut kan? Lagipun, kereta yang dibeli sepatutnya kena dengan citarasa dan jiwa anda sendiri.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 02

Seperti yang pernah dimaklumkan, Perodua Ativa varian teratas berharga RM 73,400. Julat harga ini sebenarnya hampir sama dengan varian pengenalan untuk Honda City (1.5 S – dari RM 74,191*) dan Toyota Vios (1.5 J – dari RM 74,623*).

*Harga tidak termasuk cukai SST, sah sehingga 30 Jun 2021

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 03

Jauh lebih baik daripada generasi sebelum ini tetapi masih jarang kelihatan

Dengan itu, mari kita perincikan 5 sebab mengapa sedan seperti Honda City atau Toyota Vios ataupun Nissan Almera lebih elok untuk dibeli berbanding SUV seperti Perodua Ativa.

1. Sedan lebih selesa

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 04

Kereta sedan mempunyai tetapan 3-kotak yang tradisional – enjin, kabin, dan but. Susunan ini adalah resepi turun temurun untuk keselesaan pengguna dan penampilan yang konvensional.

Bacaan tambahan: SUV vs Sedan – mana lebih selesa?

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 05

Atas faktor itu, sedan sebenarnya lebih senyap kerana ia ada pemisah di antara bahagian kabin dan but.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 06

But belakang pada Daihatsu Rocky

Sebagai sebuah SUV, kabin dan but pada Perodua Ativa tidak dipisahkan. Disebabkan itu, bunyi luar yang lebih ketara boleh didengar dari tempat penumpang belakang. Walaupun dengan bahan kedap bunyi sekalipun, sedan akan tetap lebih senyap daripada SUV.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 07

Tambahan pula, sedan mempunyai pusat graviti yang lebih rendah kerana badannya lebih rendah. Jadi, anda tidak akan rasa terhayun sangat apabila melalui alunan jalan.

2. Sedan lebih susah untuk terbalik

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 08

Pusat graviti yang lebih rendah pada kereta sedan memberikan pemanduan yang lebih stabil. Kesannya, gulungan badan tidak akan rasa begitu ketara. SUV pula mempunyai pusat graviti yang lebih tinggi. Disebabkan itu, pemanduan boleh terasa kurang stabil.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 09

Daihatsu Rocky

Perkara ini boleh dirasai terus ketika anda menukar lorong, lebih-lebih lagi ketika dilakukan secara mengejut.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 10

Sebenarnya, tindak balas sebegini memberi kesan yang ketara terhadap SUV kerana ia lebih tinggi. Jadi, ia lebih mudah untuk terbalik. Ingat lagi kemalangan pada tahun lepas yang melibatkan Proton Persona dan Honda HR-V?

3. Sedan lebih aerodinamik

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 11

Badan sedan yang rendah bukan setakat membantu menjimatkan minyak, tetapi ia juga lebih senyap kerana angin lalu dengan lebih mudah.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 12

SUV pula mempunyai permukaan surface area yang lebih besar. Faktor ini menghasilkan rintangan angin yang letih ketara. Disebabkan itu, bunyi angin juga akan lebih kedengaran.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 13

Walau apapun, enjin 1.0L turbo yang digunakan pada Perodua Ativa cukup menjimatkan5.29 liter/100 km

4. But belakang ditutup sepenuhnya

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 14

But Honda City yang berkapasiti 506 liter

Kebanyakan pengguna masih tertawan dengan kereta jenis sedan kerana ia mempunyai ruang but yang besar.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 15

Selain itu, but sedan juga ditutup secara kedap. SUV seperti Perodua Ativa pula hanya ditutup dengan lapisan plastik seperti fabrik.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 16

Perbezaan sebegini boleh meragui keyakinan pengguna SUV untuk meletak barang peribadi di dalam but.

5. Tayar lebih murah untuk diganti

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 17

Secara teknikal, roadtax Perodua Ativa cukup murah kerana ia hadir dengan enjin yang hanya berkapasiti 1.0L. Tetapi ia tetap sebuah SUV. Jadi, ia hadir dengan tayar yang lebih besar.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 18

Roda 16 inci pada Toyota Vios 1.5 G

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh Perodua setakat ini, varian H dan AV untuk Ativa datang dengan roda yang bersaiz 17 inci. Sebagai perbandingan, Honda City dan Toyota Vios hanya mengggunakan saiz 15 dan 16 inci, bergantung pada varian.

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 19

Roda 16 inci pada Honda City 1.5 V

Disebabkan itu, anda mungkin perlu berbelanja lebih tinggi untuk menggantikan tayar sesebuah SUV setelah ia botak.

Konklusi

Jangan pinggirkan Toyota Vios/Honda City untuk Perodua Ativa (D55L) - 5 sebab kenapa sedan lagi bagus 20

Walau apapun, spesifikasi dan pakej yang terdapat pada Perodua Ativa cukup mengagumkan. Sementara kita menunggu pelancarannya, janganlah anda buang kereta jenis sedan dari senarai. Cuba pandu uji dahulu. Yang penting, kereta tersebut perlu kena dengan citarasa dan jiwa anda.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda