![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 01]()
Honda Malaysia Sdn Bhd (HMSB) sebentar tadi baru sahaja melancarkan Honda City 2023 facelift ke pasaran kita dan kemaskini pertengahan generasi GN ini menawarkan beberapa pembaharuan, terutamanya dari segi kelengkapan standard. Harganya pula menyaksikan sedikit kenaikan dan terdapat varian baru seperti di bawah:
- 1.5 S – RM 84,900
- 1.5 E – RM 89,900
- 1.5 V – RM 94,900
- 1.5 RS Petrol - RM 99,900
- 1.5 RS e:HEV – RM 111,900
Kalau anda nak tahu, varian 1.5 RS Petrol menggantikan varian V Sensing yang ada sebelum ini.
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 02]()
Pada bahagian luar, antara pembaharuan yang diterapkan adalah pada seksyen bampar, gril depan dan diffuser belakang. Varian RS kali ini pula hadir dengan garnish tambahan pada bahagian bawah bampar. Secara tidak langsung, panjang Honda City facelift meningkat kepada 4,580 mm (tambah 27 mm).
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 01]()
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 02]()
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 03]()
Melengkapi penampilan luaran pada model facelift ini adalah reka bentuk roda baru dan varian S dan E menggunakan saiz 15 inci. Varian V dan RS pula dengan saiz 16 inci.
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 04]()
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 05]()
Masuk ke bahagian dalam, varian S, E dan V kini datang dengan paparan makluman tambahan 4.2 inci jenis warna di antara kedua-dua dial analognya (sama seperti yang digunapakai pada WR-V). Varian RS pula kekal dengan kluster separa-digital bersaiz 7 inci.
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 06]()
Antara pembaharuan lain yang diberi pada kabin Honda City RS facelift adalah pada bahagian tempat duduknya di mana ia kini menggunakan bahan kulit penuh. Varian ini juga tampil istimewa dengan panel merah pada bahagian papan pemuka dan sentuhan jahitan merah.
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 07]()
Tetapi pembaharuan yang lebih menarik untuk Honda City facelift adalah melalui ciri paddle shifter dan fungsi remote engine start yang kini ditawarkan standard pada semua varian.
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 08]()
Sebagai kereta yang keluar di tahun 2023, port USB-A di belakang juga telah diganti dengan jenis USB-C. Dari segi multimedia, varian S kekal dengan pemain Bluetooth ringkas dan di bahagian belakang tiada port USB. Varian E dan V pula kekal dengan infotainment 8 inci yang ada sokongan Apple CarPlay/Android Auto tetapi istimewa untuk varian RS kali ini adalah sambungan jenis nirwayar.
Varian yang ada skrin infotainment juga diperbaharui dengan kamera undur berdefinisi tinggi (HD).
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 09]()
Untuk aspek keselamatan pula, ADAS Honda Sensing kini datang standard pada semua varian dan ia merangkumi ciri:
- Collision Mitigation Braking System (CMBS)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Road Departure Mitigation (RDM)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Lane Keep Assist System (LKAS)
- Auto High Beam (AHB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Low-speed Follow (varian RS e:HEV)
Untuk makluman anda, ciri 6 beg udara untuk Honda City facelift juga diberi standard pada semua varian dan ciri brek belakang jenis cakera yang hanya ada pada varian RS e:HEV sebelum ini turut ditawarkan pada varian V.
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 10]()
Berkenaan trenkuasa pula, Honda mengekalkannya seperti di bawah:
- 1.5L NA DOHC i-VTEC, 121 PS/145 Nm, CVT (S, E, V, RS Petrol)
- 1.5L NA i-MMD, gabungan output pada 109 PS/253 Nm
Juga baca: Pengalaman balik Raya dengan Honda City RS e:HEV - pilihan ideal mengalah Toyota Vios, 3.9 l/100 km!
![Honda City 2023 facelift dilancar ke Malaysia bermula RM 85k - khas untuk mencabar Toyota Vios 11]()
Secara amnya, tempahan sudah dibuka sejak Julai lepas dan pembeli boleh mendapat kereta seawal bulan ini. Sama seperti sebelum ini, waranti diberi selama 5 tahun tanpa had kilometer.
Juga baca: Honda Malaysia bakal lancar 4 model 2023 baru; WR-V, CR-V, Civic Type R FL5 & City facelift - pegangan pasaran akan naik ke 12.3%