window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A?

Zamil Syaheer Β· Aug 1, 2022 02:30 PM

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A? 01

  • Video pendek menunjukkan Toyota Vios semasa sudahpun mencapai penghujung pengeluaran di Indonesia
  • Operasi kilang bakal bersiap sedia untuk D92A Vios yang akan datang
  • Indonesia memasang Vios untuk pasaran domestik dan eksport

Ketika pengganti Toyota Vios yang akan dating sedang hangat diperkatakan, tular video yang dikongsi di halaman Instagram Mobilgue yang menunjukkan Vios generasi semasa telah mencapai penghujung pengeluarannya di Indonesia.

Walau bagaimanapun, jangan percaya 100 peratus dengan video yang tidak bertarikh dan tidak disahkan ini, kerana belum ada pengumuman rasmi daripada Toyota Indonesia atau anak syarikatnya, PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mobilgue (@mobilgue)

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Video kira-kira 10 saat itu menunjukkan badan Vios sedang menunggu pemasangan selanjutnya sebelum kamera beralih ke arah pekerja kilang dengan papan tanda bertulis "Terima kasih Vios".

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A? 01

Toyota Vios generasi seterusnya juga akan dijual sebagai Yaris Ativ di Thailand

Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa operasi kilang tidak lama lagi bakal beralih ke arah Toyota Vios 2023 D92A serba baru yang menggunakan platform DNGA Daihatsu.

Kilang Toyota di Indonesia memasang Vios untuk pasaran domestik dan eksport.

Baca juga: Spyshot: Toyota Vios 2022 D92A - adik Camry dengan enjin 1.5L hibrid 3 silinder sama pada GR Yaris!

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A? 02

Toyota Vios 2023 mengambil beberapa penggayaan yang anggun daripada Daihatsu DN F-Sedan Concept 2017

Toyota Vios serba baru dikatakan bakal debut di Thailand tidak lama lagi. Diberi kod nama D92A (mengikut tatanama casis Daihatsu), ia  akan menggantikan NSP 151 Vios semasa yang dilancarkan di sini pada tahun 2021.

Baca juga: 2022 Toyota Vios D92A didedah - perasan tak komponen yang dikongsi bersama Perodua?

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A? 03

NSP 151 Vios semasa telah diperkenalkan pada Dis 2021 dan menampilkan kemas kini penggayaan komprehensif untuk membezakannya daripada NCP 150 Vios yang lebih lama

Model NSP 151 sendiri adalah kemas kini komprehensif daripada model NCP 150 yang mula diperkenalkan pada 2013. Sepanjang hayat model itu, ia menerima enjin baru dan pelbagai kemas kini teknologi dan keselamatan lain untuk bersaing dan kekal kompetitif.

Baca juga: Rebiu: Toyota Vios GR-Sport 2020 - juara kendalian pemanduan dalam kelasnya!

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A? 04

Toyota Vios 2023 akan menampilkan kokpit yang direka bentuk semula bergaya ala Corolla Altis

Oleh itu, D92A ialah "Vios" pertama dalam masa yang lama untuk dibangunkan dari bawah.

Kami juga tahu bahawa Vios 2023 dibangunkan bersama oleh Perodua dan rakan kongsi mereka, Daihatsu, kerana yang terakhir membentuk syarikat dalaman dengan Toyota.

Baca juga: Spyshot: Toyota Vios generasi baharu D92A - dibangunkan bersama Perodua, mungkin disebalik samaran ini!

Toyota Vios semasa sudah mencapai penghujung hayatnya di Indonesia - bersiap sedia untuk Vios D92A? 05

Perhatikan stereng dan penukar gear serupa yang dikongsi dengan Perodua Ativa

Syarikat dalaman itu dipanggil Emerging Market Compact Car Company (EMCC) dan mereka ditugaskan untuk membangunkan kereta kompak untuk kumpulan Toyota Motor yang lebih luas.

Toyota Thailand telah mengesahkan bahawa D92A Toyota Vios bakal membuat penampilan sulung pada 9-Ogos 2022. Negara Indonesia bakal menjadi lokasi seterusnya, jadi tonton ruang ini untuk lebih banyak kemas kini.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda