window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Daihatsu alih keluar 3 pegawai eksekutif, pengurusan kualiti dan pasukan penilaian kenderaan kini mandiri

Mersita · Jun 8, 2023 09:00 AM

Daihatsu alih keluar 3 pegawai eksekutif, pengurusan kualiti dan pasukan penilaian kenderaan kini mandiri 01

Susulan perkembangan terkini daripada Daihatsu berhubung tindakan balas terhadap penyelewengan prosedur melibatkan pensijilan keselamatan PBB bagi 5 model dibangunkan Daihatsu, syarikat itu telah merombak struktur organisasinya - dimana pasukan pengurusan kualiti dan jualan diasingkan, dan tiga pegawai eksekutifnya dipindahkan. 5 model yang dimaksudkan ialah Toyota Vios / Yaris Ativ, Perodua Axia, Daihatsu Rocky Hybrid, Toyota Raize Hybrid, dan satu model yang belum dilancarkan (besar kemungkinannya Daihatsu Move generasi baru eksklusif untuk pasaran Jepun).

Bermula 1 Jun 2023, Bahagian Pengurusan Kualiti telah dirombak keluar daripada Kumpulan Jualan & Perkhidmatan Pelanggan dan ia kini beroperasi secara bebas sebagai Kumpulan Pengurusan Kualiti.

Hiromasa Hoshika No.2 syarikat itu, Penolong Naib Presiden Eksekutif kepada Presiden, merupakan ketua pegawai bahagian baru itu dan kini menjalankan tanggungjawab barunya sambil mengekalkan posisi asal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sehubungan itu, pasukan yang dipertanggungjawabkan untuk pensijilan wajib juga dibiarkan beroperasi secara mandiri.

Jabatan Peraturan & Pensijilan telah dipindahkan daripada Kumpulan Pembangunan Mobiliti kepada Kumpulan Pengurusan Kualiti supaya kerja-kerja pembangunan dan kelulusan boleh diasingkan dengan lebih berkesan.

Bahagian Pembangunan Prestasi Kenderaan di bawah Kumpulan Pembangunan Mobiliti juga akan dipisahkan kepada dua pasukan; iaitu Bahagian Pembangunan Prestasi Kenderaan dan Bahagian Penilaian Prestasi Kenderaan.

“Berbekalkan keazaman untuk membentuk semula syarikat supaya masalah sama tidak berulang, Daihatsu akan menumpukan segala usaha dalam menyiasat punca sebenar dan mengelakkan kejadian sama berulang, dengan mendengar suara daripada barisan hadapan, bagi memulihkan semula kepercayaan pelanggan serta pihak berkepentingan lain,” kata syarikat itu.

Daihatsu alih keluar 3 pegawai eksekutif, pengurusan kualiti dan pasukan penilaian kenderaan kini mandiri 01

Tiga pegawai eksekutif juga telah dipindah keluar buat sementara waktu - melibatkan Pengurus Projek dari Bahagian Perancang Pengedaran yang telah dipindahkan ke Kyoto Daihatsu Motor Sales Co., Ltd.; seorang Pengurus Besar dari Bahagian Perakaunan & Pengurusan Kos dipindahkan ke kilang Nakatsu di Oita; manakala Pengurus Besar dari Bahagian Jaminan Kualiti dipindahkan ke Toyota Daihatsu Engineering & Manufacturing Co.,Ltd. di Thailand.

Seorang Pengurus Besar di Bahagian Hal Ehwal Am juga telah dijawat semula sebagai Pengurus Projek bagi Kumpulan Pengurusan Korporat.

Isu terdahulu berhubung pensijilan impak sisi penghadang boleh-alih UN R95 bagi Toyota Vios (juga dijual sebagai Yaris Ativ di Thailand) kini sudah diselesaikan berikutan ujian-semula bersaksi oleh sebuah agensi dari Belgium, dan pada masa sama pihak berkuasa Malaysia juga berpuas hati dengan data baharu yang dihantar untuk Perodua Axia.

Bagi pensijilan impak sisi tiang UN R135 untuk varian hybrid Daihatsu Rocky dan Toyota Raize – yang mempunyai tangki bahan api berbeza daripada varian 1.0 liter berpengecas turbo (jualan disambung seperti biasa di Jepun) – ujian dalaman awalan menunjukkan bahawa ia menepati standard PBB yang diperlukan. Oleh yang demikian, Daihatsu kini sedang menunggu ‘lampu hijau’ untuk meneruskan proses dengan ujian-semula bersaksi bersama pihak berkuasa Jepun pula.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda