window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempoh menunggu kenderaan baharu masih mencecah 6 bulan, penganalisis optimis tempahan kekal stabil

Haris · May 23, 2023 12:00 PM

Tempoh menunggu kenderaan baharu masih mencecah 6 bulan, penganalisis optimis tempahan kekal stabil 01

Pengedar kereta di Malaysia masih menerima sejumlah besar tempahan, terutamanya untuk model kereta yang baru dilancarkan walaupun selepas tempoh pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berakhir.

Tempoh menunggu untuk jenama pemain utama antaranya dua hingga enam bulan untuk Perodua, tiga hingga enam bulan untuk Toyota dan satu hingga enam bulan untuk Honda.

Pada masa yang sama, model Proton kebanyakannya tidak mempunyai tempoh menunggu yang lama di samping pelancaran model Proton X90 yang akan datang dijangka bakal memacu jualan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempoh menunggu kenderaan baharu masih mencecah 6 bulan, penganalisis optimis tempahan kekal stabil 01

"Semua jenama utama mengalami penurunan bulanan, dengan PROTON dan PERODUA masing-masing jatuh sebanyak 36 peratus dan 41 peratus, manakala Toyota/Lexus dan Honda masing-masing menyusut 26 peratus dan 41 peratus." ujar Penganalisis RHB Investment Bank, Jim Lim Khai Xhiang.

Baca: Skim Pengecualian Cukai Jualan tamat, jualan kenderaan di Malaysia mula menurun bermula April 2023

Tempoh menunggu kenderaan baharu masih mencecah 6 bulan, penganalisis optimis tempahan kekal stabil 02

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan TIV sebanyak 46,583 unit pada April. Walaupun terdapat penurunan 41% dalam jumlah keseluruhan industri (TIV) pada April berbanding prestasi rekod terbanyak pada bulan Mac 2023, jumlah pesanan yang diterima masih menggalakkan.

Penurunan jualan itu hanya dikaitkan dengan tempoh penghantaran kenderaan dengan pengecualian cukai tamat dan bulan kerja yang lebih pendek kerana cuti Hari Raya Aidilfitri.

Tempoh menunggu kenderaan baharu masih mencecah 6 bulan, penganalisis optimis tempahan kekal stabil 03

RHB Investment Bank kekal positif mengenai sektor ini kerana permintaan terpendam kekal berterusan. UMW Holdings menerima manfaat daripada pelancaran model baharu Perodua Axia dan Toyota Vios manakala Bermaz Auto meniti jualan sihat dengan Mazda CX-30 pemasangan tempatan, jenama Kia dan Peugeot.

AmInvestment Bank juga mengekalkan prospek optimistik terhadap sektor automotif, didorong oleh jumlah pesanan yang tinggi dan pelancaran baharu, disokong oleh kestabilan ekonomi dan pasaran pekerjaan yang kukuh.

Baca: Terima kasih kepada Vios baharu, UMW Toyota catat peningkatan YTD sebanyak 9% walaupun jualan April merosot!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda