window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut?

Zamil Syaheer · Feb 3, 2023 12:00 PM

Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut? 01

Semasa sidang media Perodua tempoh hari, pembuat kereta kedua Malaysia itu mengulangi bahawa mereka mampu melancarkan satu model serba baharu (FMC: full model change) dan dua model facelift dalam masa satu tahun.

"Masih sah. Keupayaan semasa kami ialah satu FMC dan dua MC (minor change) setahun. Oleh kerana Covid-19 - 2019 dan 2020, 2021 – pelan kami terganggu. Namun begitu, tahun lepas adalah tahun pemulihan kami dan kami akan kembali ke tahap pra-pandemik dari segi kapasiti," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato' Sri Zainal Abidin Ahmad.

Kita sedia maklum bahawa FMC tahun ini ialah Perodua Axia D74A 2023. Ini bermakna Perodua bakal memperknalkan dua model facelift yang bakal dilancarkan lewat tahun ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Baca juga: Perodua Axia baharu 2023 buka tempahan - kekal 1.0L NA, dapat D-CVT dan meter digital!

Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut? 01

Perodua Axia D74A serba baharu akan mendapat DRL LED

Apakah model facelift yang akan diperkenalkan Perodua pada akhir tahun ini? Mari kita cuba rungkaikan.

Sebagai permulaan, kita boleh menolak model Perodua terbaru yang dilancarkan dalam tempoh 2 hingga 3 tahun yang lalu, seperti Perodua Alza D27A, Perodua Myvi D51A dan Perodua Ativa D55L.

Ini bermakna hanya tinggal Perodua Bezza dan Perodua Aruz.

Baca juga: Selepas Axia D74A, Perodua Bezza serba baru bakal mendapat 6 beg udara, VSC, pelancaran tahun 2024?

Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut? 02

Pada awal tahun 2020, Perodua telah memberikan kemas kini menyeluruh kepada model Bezza. Namun begitu, 3 tahun sudah berlalu, dan Perodua Bezza kini menghampiri penghujung kitaran hayat modelnya.

Bolehkah Perodua menyuntik beberapa lagi kesegaran sebelum Bezza serba baru tiba?

Baca juga: Rebiu: Berbaloikah Perodua Bezza 2020 1.3 Advance untuk RM 49,980? Lagi bagus Persona?

Perodua akan melancarkan 2 lagi model baru selepas Perodua Axia D74A 2023! Apakah 2 model tersebut? 03

Bagi Perodua Aruz, SUV 7 tempat duduk ini sebahagian besarnya kekal tidak berubah sejak ia dilancarkan pada 2019. Aruz mendapat beberapa kemas kini pada akhir 2021, dengan model itu memperoleh warna Passion Red baharu, serta sidestep bersepadu. Selebihnya kekal sama.

Baca juga: Perodua Aruz 2021 dikemaskini - warna merah Passion Red dan ‘side step’, harga kekal dari RM 68k!

Tahun 2023 nampaknya merupakan tahun yang sangat sibuk untuk Perodua dengan 3 pelancaran model. Daripada 3 ini, yang manakah paling anda nantikan?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda