window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Isu "oil filter" Perodua - penyelesaian alternatif dikaji, sasar atasi masalah ini menjelang pertengahan 2023

Haris Β· May 5, 2023 10:00 AM

Isu

Bercakap kepada media di luar reruai Perodua di Malaysia Autoshow, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata syarikat itu kini sedang mencuba semua alternatif untuk menyelesaikan isu penapis minyak bocor baru-baru ini yang berlaku pada model tertentu secepat mungkin.

Isu

Kredit: Mohd Norazreen Zulkapli

Sebagai rujukan, beberapa model tertentu seperti Perodua Aruz, dan model baharu berasaskan DNGA iaitu Perodua Ativa, Perodua Alza, dan Perodua Axia dilaporkan mengalami masalah penapis minyak bocor, seperti yang tular di media sosial.

Isu

Berlaku selepas servis 10k km. Sumber

"Vendor sedia ada mesti membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu, yang akan kami pantau berdasarkan penambahbaikan yang ditunjukkan setakat ini," jelas Datuk Zainal sebelum menambah bahawa terdapat aliran menurun terhadap tuntutan jaminan untuk masalah berkaitan penapis minyak sejak Februari 2023.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

"Ini bermakna apabila kita (Perodua) telah menggantikan penapis minyak baharu, masalah ini tiada lagi," sambung Datuk Zainal.

Isu

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa kenderaan yang keluar dari barisan pengeluaran kilang tidak mempunyai masalah penapis minyak. Isu ini dikatakan berpunca daripada penggantian penapis minyak yang datang dari pembekal yang berbeza.

Perodua mempunyai dua pembekal penapis minyak kerana satu pembekal sahaja tidak dapat memenuhi keperluan kapasiti pembuatan mereka.

Sungguhpun begitu, Perodua turut menyatakan bahawa mereka sedang mencuba setiap alternatif yang mungkin untuk menyelesaikan isu ini pada pertengahan 2023.

Baca: Tahap pematuhan keselamatan Perodua Axia baharu akan dinilai semula, tiada aduan pengguna setakat ini - MIROS

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda