window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua Bezza cantas Myvi dan Saga untuk Ogos 2022, sedan terlaris Malaysia!

Haris · Sep 2, 2022 08:45 PM

Perodua Bezza cantas Myvi dan Saga untuk Ogos 2022, sedan terlaris Malaysia! 01

Pendaftaraan kenderaan Perodua meningkat sebanyak 42% pada bulan Ogos kepada 26,039 unit daripada 18,346 unit pada Julai lalu disebabkan bekalan komponen automotif yang semakin pulih.

“Pihak Perodua akan berusaha untuk meningkatkan lagi angka ini demi mengurangkan masa menunggu para pelanggan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Menurut beliau: “Perodua juga mencapai tahap pengeluran terbaik tahun ini sebanyak 28,036 unit dan jumlah ini telah membolehkan kami meningkatkan pendaftaran model-model kami.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perodua Bezza cantas Myvi dan Saga untuk Ogos 2022, sedan terlaris Malaysia! 01

"Perodua Bezza merupakan model paling popular dengan 6,808 unit didaftarkan, diikuti Myvi 6,252 unit dan Axia sebanyak 4,857 unit.”

Perodua Alza serba baharu kami pula menerima 51,000 tempahan setakat ini. Kami juga telah mendaftar 7,682 unit pada bulan Julai dan Ogos lalu,” kata Dato’ Sri Zainal.

Perodua melancarkan model serba baharu Alza pada 20 Julai 2022.

Baca: Ada beza ke aksesori Gear Up untuk Perodua Alza 2022 (D27A) berbanding standard? Mari kita bandingkan!

Perodua Bezza cantas Myvi dan Saga untuk Ogos 2022, sedan terlaris Malaysia! 02

Ujar beliau: “Peningkatan dalam pengeluaran dan pendaftaran Perodua bulan Ogos disebabkan gangguan bekalan cip semikonduktor dan juga kekurangan pekerja di operasi pembekal kami. Akan tetapi isu-isu ini telah diatasi pada masa ini”.

Tambahan beliau, Perodua juga sedang mengkaji kesan peningkatan harga bahan mentah pada masa sekarang. Pada masa yang sama, Perodua dan syarikat-syarikat pembekal komponen sedang bekerjasama untuk mengatasi isu kenaikan kos yang sedang melanda.

Perodua Bezza cantas Myvi dan Saga untuk Ogos 2022, sedan terlaris Malaysia! 03

Jualan Perodua dari Januari hingga Ogos tahun ini melonjak sebanyak 63.7% kepada 171,728 unit berbanding 104,933 unit pada jangka masa sama tahun lepas.

Kenaikan jualan ini disebabkan oleh perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari 1 Jun 2021 hingga 15 Ogos 2021 untuk membendung penularan kes Covid-19 pada masa itu.

“Dari Januari hingga Ogos tahun ini, Perodua Myvi masih kekal model paling laris kami di mana 48,658 unit telah didaftarkan, diikuti Bezza sebanyak 39,642 unit dan Axia sebanyak 37,013 unit,” Dato’ Seri Zainal berkata.

Baca: Tempoh menunggu Perodua Bezza cecah 13.5 bulan, model Perodua lain berapa lama pula?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Perodua Bezza 1.0 G (M)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda