window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Perodua keluarkan dan jual lebih 30k kenderaan pada Mac - harga kereta untuk tempahan Penjana dikekalkan

Mersita · Apr 10, 2023 05:40 PM

Perodua keluarkan dan jual lebih 30k kenderaan pada Mac - harga kereta untuk tempahan Penjana dikekalkan 01

Momentum pengeluaran dan jualan untuk Perodua mencapai tahap yang lebih tinggi apabila unit pengeluarannya menghasilkan 33,666 unit, manakala bahagian jualannya melariskan 32,179 unit pada bulan Mac.

“Pencapaian ini disumbangkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah menerusi usaha kami untuk memenuhi tempahan PENJANA sebelum 31 Mac 2023, selain penambahbaikan pengeluaran di seluruh ekosistem pembekal dan penyelarasan yang lebih baik dalam rangkaian jualan kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad.

Perodua keluarkan dan jual lebih 30k kenderaan pada Mac - harga kereta untuk tempahan Penjana dikekalkan 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pada asas suku tahunan, pengeluaran meningkat sebanyak 33.9% kepada 84,800 unit berbanding dengan 63,325 unit yang dihasilkan dalam suku yang sama pada tahun 2022. Dalam hal jualan, pendaftaran meningkat sebanyak 27.5% kepada 78,564 unit dalam tiga bulan pertama tahun 2023 berbanding dengan 61,624 unit pada tempoh yang sama tahun lalu.

Pada asas bulanan, Perodua mencatat peningkatan sebanyak 20.2% kepada 32,179 unit berbanding dengan 26,759 unit yang dijual pada bulan Mac tahun lalu, dan meningkat sebanyak 29% berbanding dengan 24,936 unit yang dijual pada bulan Februari tahun ini.

Perodua keluarkan dan jual lebih 30k kenderaan pada Mac - harga kereta untuk tempahan Penjana dikekalkan 01

“Di sebalik pencapaian berkenaan, terdapat sejumlah kecil tempahan PENJANA yang tidak dapat kami penuhi dan kepada pelanggan yang terlibat, kami akan meneruskan jumlah pengecualian jualan sebagaimana yang dijanjikan di bawah inisiatif terbabit. Kami juga memohon maaf di atas tempoh menunggu yang lama,” kata Dato’ Sri Zainal.

Beliau turut berkata prestasi Perodua dijangka terus meningkat di masa hadapan memandangkan jumlah tempahan bagi model keluarannya terus kukuh. Pertumbuhan pengeluaran yang berterusan juga berjaya mengurangkan tempoh menunggu untuk beberapa model tertentu.

“Malah, bagi sesetengah model kami, tempoh menunggu telah berkurangan dengan signifikan, hanya beberapa model seperti Bezza, Axia dan Alza yang mempunyai tempoh menunggu yang lebih panjang, bergantung kepada pilihan varian dan warna,” jelas beliau.

Perodua keluarkan dan jual lebih 30k kenderaan pada Mac - harga kereta untuk tempahan Penjana dikekalkan 02

Dalam hal pengeluaran, beliau berkata bahawa harga bahan mentah global telah menurun baru-baru ini, dan ini telah mengurangkan tekanan kos untuk pembekal, Perodua serta kebanyakan pemain automotif.

“Situasi ini memberi kelebihan yang mana kami boleh memanfaatkannya dengan menyiapkan stok kenderaan lebih cepat dan dalam masa yang sama mengurangkan tempoh menunggu pelanggan kami,” ulas beliau lagi.

Pada akhir Januari, Perodua mengumumkan sasaran pengeluaran 330,000 kereta dan sasaran jualan 314,000 kereta pada tahun 2023.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Perodua Axia 1.0 G

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda