window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Masalah ECU beg udara, Toyota di Indonesia 'recall' Veloz & Raize keluaran Disember 2022 - Januari 2023

Faisal ยท Jun 6, 2023 12:00 PM

Masalah ECU beg udara, Toyota di Indonesia 'recall' Veloz & Raize keluaran Disember 2022 - Januari 2023 01

Pengedar Toyota di Indonesia iaitu PT Toyota-Astra Motor (TAM) sebentar tadi telah mengeluarkan satu pemanggilan semula (recall) buat pemilik Raize, Veloz dan juga Avanza di atas isu ECU beg udara. Model yang terlibat adalah untuk keluaran dari Disember 2023 hingga Januari 2023.

Menurut laporan dari laman rasmi Toyota Indonesia, kenderaan yang terlibat adalah sebanyak 3,548 unit.

Masalah ECU beg udara, Toyota di Indonesia 'recall' Veloz & Raize keluaran Disember 2022 - Januari 2023 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Buat pemilik yang terlibat di sana, pemeriksaan akan dibuat pada bahagian ECU dan kapasitor beg udara kerana terdapat kegagalan pada salah satu daripada kapasitor ECU tersebut. Hal ini boleh mengakibatkan beg udara tidak dapat berfungsi seperti yang sepatutnya. Kesan awal juga adalah lampu beg udara mungkin menyala pada kluster instrumen.

Secara amnya, proses pemeriksaan dan penggantian yang percuma itu akan mengambil masa sekitar 1 jam.

Masalah ECU beg udara, Toyota di Indonesia 'recall' Veloz & Raize keluaran Disember 2022 - Januari 2023 01

Untuk model Toyota Veloz mahupun Perodua Ativa di Malaysia, isu ini mungkin tiada kaitan sama sekali kerana model kita dipasang di kilang sini dan barangkali sumber bekalan yang diguna juga adalah berbeza.

Namun begitu, nanti perkembangan dari kami sekiranya terdapat sebarang berita dari UMW Toyota mahupun Perodua.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda