window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo!

Haris · Jun 3, 2023 10:00 AM

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 01

Daihatsu dikenali sebagai pengeluar enjin tertua di Jepun, pakar kereta kompak, dan jenama kegemaran di kalangan pemilik Perodua yang ingin menukar logo P2 kepada D. Namun, tahukah anda bahawa ia juga mempunyai sejarah sukan permotoran rali yang membanggakan?

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 02

Ya, Daihatsu pernah menyertai rali dan bertanding dalam pelbagai kejohanan rali di seluruh dunia pada tahun 1970-an dan 1980-an. Hari ini, mereka lebih memfokuskan pertandingan di peringkat akar umbi dan pada Toyota Gazoo Racing (TGR) Rally Challenge 2023, satu pasukan telah mengambil tempat untuk bersaing menggunakan Daihatsu Rocky.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 01

Pasukan di sebalik kembar Jepun Perodua Ativa untuk pertandingan rali ini ialah D-Sport Racing Team, cabang sukan permotoran dan talaan rasmi daripada Daihatsu. Pasukan ini telah bertanding dalam perlumbaan ketahanan, selalunya menggunakan Daihatsu Copen dan pelbagai kereta kei lain serta mengambil bahagian dalam beberapa perlumbaan rali bagi segmen kereta sport kecil.

Sungguhpun begitu, ini akan menjadi kali pertama pasukan tersebut memilih untuk bersaing menggunakan Rocky.

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 02

TGR Rally Challenge adalah kejohanan rali peringkat amatur yang pada mulanya bermula sebagai TRD Vitz Challenge pada tahun 2000. Memandangkan siri ini dianjurkan oleh cabang sukan permotoran Toyota, terdapat beberapa kategori khusus untuk model tertentu termasuk Aqua (Prius C), Yaris TNGA, Vitz, dan GT86 tetapi terdapat juga kategori terbuka untuk model bukan Toyota.

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 03

D-Sport Racing Team bersaing menggunakan Rocky dalam kategori kelas Open-E dan berdasarkan kod A210S dalam jadual keputusan, Rocky rali ini nampaknya dikuasakan oleh enjin 1.0 liter turbocaj 1KR-VET dengan 4WD.

Berdasarkan peraturan, kereta yang bersaing tidak dibenarkan mempunyai sebarang perubahan atau pengubahsuaian pada prestasi enjin jadi ia harus membuat angka kuasa yang sama seperti Ativa standard iaitu 98 PS dan 140 Nm.

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 04

Setakat ini dalam 3 pusingan pertama, posisi penamat terbaik Rocky adalah ke-29 keseluruhan dalam rali pertama yang diadakan di Miyoshi di Wilayah Tokushima. Ia juga menduduki tempat teratas dalam kelasnya dalam semua 3 perlumbaan rali setakat ini.

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 05

Mungkin kedengaran sukar untuk menjangkakan Daihatsu untuk bersaing dalam rali tetapi jenama itu pernah menemui kemasyhuran dalam sukan permotoran off road ini. Daihatsu Charade misalnya, pernah menduduki tempat kelima keseluruhan pada Rali Safari 1993 dengan 4 tempat teratas semuanya dipegang oleh Toyota Celica Turbo ST185 yang ikonik.

Kembar Perodua Ativa di Jepun sertai rali tanpa talaan kuasa, inilah kemampuan enjin 1.0L turbo! 06

Walaupun kehadiran Daihatsu dalam rali kini hanya terhad kepada peringkat akar umbi domestik, Rocky rally ini adalah bukti bahawa kenderaan ini juga mempunyai ketahanan yang selayaknya. Adakah anda ingin melihat Perodua kembali rali seperti pada tahun 1990-an?

Baca: Pemilik di Jepun ini pandu kereta rali Proton Satria Neo setiap hari, siap ada pelekat anime!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda