Pasaran Indonesia sentiasa didominasikan oleh kereta jenis MPV dan ia kekal menerajui walaupun segmen SUV makin menjadi-jadi. Perkara ini dapat dilihat melalui analisis dari GAIKINDO (Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia) yang mana untuk bulan Mac lepas, jualan segmen MPV masih menerajui industri.
Dalam segmen itu, Toyota Avanza adalah MPV paling laris, dengan jualan sebanyak 5,641 unit. Mengikutinya adalah Toyota Veloz (2,523 unit) dan Mitsubishi Xpander (2,168 unit). Kemudian barulah Daihatsu Xenia (1,711 unit).
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Untuk makluman anda, itu adalah segmen MPV kecil yang dipanggil Low MPV (LMPV). Kalau segmen pertengahan (Medium MPV), Toyota Innova Zenix sebenarnya menyelit ke tangga ke-2 dengan jualan sebanyak 3,408 unit.
Juga baca: Spyshot: Toyota Innova Zenix diintip di negara jiran, Malaysia belum boleh berharap?
Selain itu, jualan MPV Toyota turut mendahului pesaing dalam segmen MPV besar. Sebagai contoh, Toyota Voxy jauh lebih laris daripada Nissan Serena. Begitu juga dengan Alphard yang mana ia jauh meninggalkan Kia Carnival dan Hyundai Staria dari segi jualan.
Juga baca: Akhirnya di Malaysia - Toyota Voxy & Noah 2023 serba baharu tiba sebagai model recond, dari RM 228k
Carta jualan MPV di Indonesia untuk Mac 2023:
- Toyota Avanza: 5,641 unit
- Toyota Kijang Innova: 3,408 unit
- Toyota Veloz: 2,523 unit
- Mitsubishi Xpander: 2,168 unit
- Daihatsu Xenia: 1,711 unit
- Suzuki Ertiga: 1,203 unit
- Hyundai Stargazer: 1,155 unit
- Wuling Confero: 955 unit
- Daihatsu Gran Max Minibus: 871 unit
- Toyota Alphard: 507 unit
- Daihatsu Luxio: 454 unit
- Honda Mobilio: 403 unit
- Suzuki APV: 248 unit
- Wuling Cortez: 199 unit
- Nissan Livina: 110 unit
- Toyota Voxy: 90 unit
- Nissan Serena: 55 unit
- KIA Carens: 52 unit
- KIA Grand Carnival: 30 unit
- Toyota Vellfire: 28 unit
Sumber: AutoFun ID
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });