window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol!

Zamil Syaheer Β· Aug 26, 2023 10:00 AM

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 01

Sementara menteri dan bos di Malaysia menunggu ketibaan rasmi Toyota Alphard 2023 serba baharu (AH40), MPV serba mewah itu sudahpun dilancarkan di negara jiran kita, Thailand dan Indonesia.

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 02

Di Nusantara, Alphard serba baharu ditawarkan dalam 3 varian – X dan G berkuasa petrol serta varian Hybrid tunggal yang berharga antara IDR 1.356 bilion hingga IDR 1.657 bilion (~RM 412k-503k).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 01

Walaupun Alphard Hybrid merupakan varian paling mahal yang ditawarkan, ia juga merupakan pilihan paling popular di kalangan rakyat Indonesia berikutan pelancarannya di Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia (GIIAS) 2023 yang telah tamat baru-baru ini.

Baca juga: Toyota Alphard & Vellfire 2023 AH40 tak cukup 'power'? Varian PHEV berkuasa 306 PS dijangka hadir!

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 02

PT Toyota Astra Motor (TAM) mendedahkan kepada Otodriver bahawa 382 tempahan telah dibuat untuk Alphard dan 80% daripada tempahan tersebut adalah untuk varian hibrid. "305 unit adalah untuk hibrid manakala baki 77 unit adalah untuk varian petrol," kata Ketua Perhubungan Awam TAM, Dimas Aska kepada penerbitan automotif Indonesia.

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 03

Kedua-dua varian petrol dan hibrid dikuasakan oleh enjin 2.5 liter. Varian petrol dikuasakan oleh enjin 2AR-FE Dual VVT-i beraspirasi semula jadi (NA) yang menghasilkan 182 PS dan 235 Nm dengan kuasa dihantar ke roda hadapan melalui transmisi CVT 7-kelajuan.

Baca juga: UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 04

Alphard Hybrid pula dikuasakan oleh rangkaian kuasa hibrid A25-FXS yang menghasilkan kuasa gabungan 250 PS. Kuasa dihantar ke keempat-empat roda (sistem 4WD e-Four) melalui kotak gear e-CVT.

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 05

Vellfire untuk pasaran Thailand

Bagi Vellfire, TAM masih menawarkan generasi AH30 semasa di laman webnya walaupun masih belum pasti sama ada generasi baharu itu akan dibawa ke Nusantara.

Baca juga: Toyota Vellfire 2023 dirasmikan di Jepun - platform TNGA-K, enjin 2.4L turbo dengan 279 PS!

Disebabkan harga petrol yang tinggi, golongan T20 Indonesia memilih Toyota Alphard Hybrid berbanding varian petrol! 06

Kembali ke Malaysia, UMW Toyota Motor mengumumkan tempahan untuk Alphard dan Vellfire serba baharu dibuka. Tiada varian hibrid diumumkan tetapi Alphard spesifikasi Malaysia akan dikuasakan oleh enjin 2.4 liter 4-silinder pengecas turbo (278 PS/430 Nm) dan Vellfire akan dikuasakan oleh enjin 2.5 liter NA yang sama seperti Alphard spesifikasi Indo.

Harga dianggarkan bermula dari RM 438,000 untuk Vellfire dan RM 538,000 untuk Alphard.

Baca juga: Rakyat Malaysia ramai kaya, Toyota Alphard & Vellfire AH40 di Malaysia 'sold out' untuk 2023! Korang sempat 'book' tak?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda