window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Malaysia ramai kaya, Toyota Alphard & Vellfire AH40 di Malaysia 'sold out' untuk 2023! Korang sempat 'book' tak?

Faisal Β· Aug 1, 2023 09:49 AM

Rakyat Malaysia ramai kaya, Toyota Alphard & Vellfire AH40 di Malaysia 'sold out' untuk 2023! Korang sempat 'book' tak? 01

  • Tempoh menunggu 1 tahun untuk Toyota Alphard/Vellfire AH40 di Malaysia
  • Pembeli di Jepun perlu tunggu hampir 2 tahun
  • Alphard dan Vellfire AH40 yang telah digunakan sudah mula dijual di Jepun pada 2x ke 4x kali ganda harga asal

Sambutan terhadap Alphard dan Vellfire generasi baru nampaknya luar biasa menggalakkan. Pengedar di Jepun sampai terpaksa menghentikan pengambilan tempahan kerana tempoh menunggu buat raja MPV ini sudah hampir mencecah 2 tahun.

Rakyat Malaysia ramai kaya, Toyota Alphard & Vellfire AH40 di Malaysia 'sold out' untuk 2023! Korang sempat 'book' tak? 02

Di Malaysia, situasi sebenarnyan masih bukan di tahap ini. Pengedar Toyota di negara kita kekal mengambil tempahan walaupun tiada unit yang dipamerkan. Hal ini kerana setiap unit yang UMW Toyota Motor dapat dari pengedar Toyota di rantau ini telahpun dijual.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kalau anda tempah sekarang, anda perlu tunggu sehingga 12 bulan tetapi ia tetap lebih singkat daripada di Jepun sendiri.

Rakyat Malaysia ramai kaya, Toyota Alphard & Vellfire AH40 di Malaysia 'sold out' untuk 2023! Korang sempat 'book' tak? 01

Toyota Motor nampaknya mengutamakan pembeli di pasaran eksport lebih daripada rakyat mereka sendiri.

Apapun, unit yang diperuntukkan untuk Malaysia tidak begitu banyak kerana dengan harga anggaran yang diumumkan, jualannya takkan menjadi begitu banyak, Kalau anda nak tahu, jualan generasi AH30 yang lalu untuk setiap bulan hanya setakat dua digit tetapi itu sudah cukup memberangsangkan. Disebabkan inilah Toyota Motor boleh bagi beberapa unit untuk Malaysia.

Rakyat Malaysia ramai kaya, Toyota Alphard & Vellfire AH40 di Malaysia 'sold out' untuk 2023! Korang sempat 'book' tak? 02

Walau bagaimanapun, jurang di antara permintaan dan bekalan di Jepun telah menyebabkan harga jualan semula menjadi tunggang terbalik. Pengedar kereta terpakai dan pengeksport kereta di sana sebenarnya menawarkan pemilik di Jepun yang sudah mengambil kereta mereka untuk menjual sehingga 2x ganda daripada harga asal. Unit yang dijual pada 4x ganda harga asal pun ada.

Sebagai konteks, Toyota Alphard dan Vellfire AH40 di Malaysia masing-masing ditawarkan dengan harga anggaran RM 538,000 dan RM 438,000.

Juga bacaMalaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda