window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista

Faisal · Jul 4, 2023 02:00 PM

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 01

Sekiranya Toyota Vellfire 2023 ‘standard’ masih belum cukup mengancam, Gazoo Racing (GR) dan Modellista kini menawarkan pakej aksesori untuk anda yang mengidamkan estetik yang lebih garang.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 02

Selain gaya, terdapat pakej naik taraf komponen yang lebih mantap (dari katalog GR).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Untuk GR, pakejnya merangkumi skirting depan, tepi dan belakang yang lebih agresif.

Selain rupa paras, GR mendakwa bahawa kit badan ini boleh meningkatkan kestabilan dan keselesaan pemanduan.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 01

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 02

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 03

Sebagai contoh, splitter dan canard depan, skirting tepi dan trim pada diffuser belakang membantu mengurangkan rasa terapung sewaktu memandu laju dan ia turut membantu menyalurkan udara dengan lebih lancar pada bahagian tepi dan bawah kenderaan.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 04

Kit GR juga ada pilihan visor pintu istimewa di mana terdapat sisik penstabil-aerodinamik yang didakwa meningkatkan kestabilan dan respon stereng.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 05

Di samping itu, terdapat pemegang nombor plat dan penutup roda istimewa.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 06

Istimewa untuk GR juga adalah GR Performance Package.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 07

Secara teknikal, pakej ini menawarkan braces casis tambahan pada bahagian suspensi depan dan belakang.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 08

Antara komponen lain yang diberi adalah GR Performance Damper yang diterapkan pada bawah bahagian tempat duduk kapten di baris kedua untuk mengurangkan kadar NVH buat penumpang belakang.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 09

Dan yang ketiga adalah GR Door Stabilizer dan Brace Set. Braces tambahan ini memantapkan lagi komponen suspensi depan dan struktur bahagian lantai untuk mengurangkan gegaran pemanduan dan meningkatkan tahap respon stereng.

Kit badan GR secara amnya menjadikan Vellfire nampak ‘lowered’ sebanyak 30 – 36 mm berbanding standard.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 10

Untuk kit Modellista pula, ia ditawarkan untuk estetik yang nampak gah ala VIP.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 11

Kit ini sebenarnya ada dua jenis. Yang pertama adalah Beast Razor Style di mana ia merangkumi skirting depan, belakang dan tepi, sama seperti GR.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 12

Jenis kedua pula adalah Cool Shine yang merangkumi roda unik dan trim tambahan untuk memberikan imej kilauan ala berlian.

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 13

Kiri: Modellista, Kanan: GR.

Secara amnya, kedua-dua kit turut menawarkan pakej tayar dan roda 20 inci (235/45 R20).

Toyota Vellfire 2023 tak cukup garang? Pilih sahaja pakej kit rasmi Gazoo Racing atau Modellista 14

Bagi anda yang belum tahu, Vellfire 2023 direka untuk tampil lebih berbeza daripada Alphard. Sementara Alphard dikhaskan untuk perhalusan dari segi kemewahan, Vellfire dicipta untuk mengetengahkan unsur sporty. Buat pertama kali juga, ia ditawarkan dengan enjin 2.4L turbo T24A-FTS (279 PS/430 Nm) yang digandingkan dengan transmisi automatik 8 kelajuan (bukan CVT).

Untuk Malaysia nanti, susunan trenkuasa ini diberi secara terbalik di mana Alphard lah yang akan hadir dengan trenkuasa moden tersebut.

Juga bacaUMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda