![UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k 01]()
Sebentar tadi, UMW Toyota Motor telah membuka tempahan buat Toyota Alphard dan Vellfire generasi AH40 di Malaysia dengan anggaran harga masing-masing pada RM 538,000 dan RM 438,000.
![UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k 02]()
Dengan rantau ini antara pasaran terbesar buat Alphard dan Vellfire, agak logik untuk Toyota membawa masuk dengan cepat di mana pelancarannya mungkin berlangsung seawal akhir tahun ni.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });
Lagipun, minggu lalu, kedua-dua raja MPV ini sudah mula kelihatan di Thailand.
Juga baca: Spyshot: Toyota Alphard/Vellfire generasi 2023 sudah tiba di Thailand, pelancaran Julai - Ogos?
![UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k 01]()
Bagi anda yang belum tahu, Alphard yang mengetengahkan unsur kemewahan bakal dikuasai enjin 2.4L turbo T24A-FTS (278 PS, 430 Nm) yang dipadankan dengan transmisi automatik 8 kelajuan.
![UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k 02]()
Vellfire dengan elemen sporty pula dengan enjin 2.5L NA 2AR-FE (182 PS, 235 Nm) yang digandingkan dengan transmisi CVT 7-kelajuan.
Menariknya, pilihan kedua-dua trenkuasa ini dianggap terbalik berbanding apa yang ditawarkan untuk pasaran Jepun.
Juga baca: Toyota Vellfire 2023 dirasmikan di Jepun - platform TNGA-K, enjin 2.4L turbo dengan 279 PS!
![UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k 03]()
Secara amnya, Thailand mungkin akan membuat pelancaran lebih awal daripada Malaysia tetapi giliran kita mungkin takkan terlalu lewat. Memandangkan kedua-dua model akan datang sebagai (CBU) dari Jepun, kami menjangkan bahawa UMW Toyota Motor akan memperkenalkan kedua-dua MPV menjelang akhir tahun ini atau awal tahun 2024.
Juga baca: Toyota Alphard generasi 2023 mula dijual di Jepun - TNGA-K, boleh parkir melalui aplikasi telefon!

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [
728,
90
], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });