window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya?

Mersita · Jul 6, 2023 02:50 PM

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 01

UMW Toyota Motor (UMWT) mengukuhkan kedudukan dominannya dalam pasaran pada bulan Jun dengan mencapai angka jualan yang mengagumkan iaitu 8,559 unit untuk Toyota dan 110 unit untuk Lexus. Jumlah jualan keseluruhan untuk Jun 2023, termasuk kedua-dua Toyota dan Lexus, mencapai 8,669 unit - melebihi 8,004 unit yang direkodkan pada Mei 2023.

Jualan setakat ini untuk Jun 2023 menunjukkan pertumbuhan yang luar biasa dengan jumlah kumulatif 48,659 unit terjual. Angka ini mewakili peningkatan signifikan sebanyak 6.0% berbanding jualan tahun hingga kini (YTD) sebanyak 45,911 unit yang direkodkan pada Jun 2022.

Model-model baru UMWT – Toyota Innova Zenix, Toyota Alphard/Vellfire 2023 serba baru

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Antara perkembangan besar dalam perusahaan syarikat kereta bukan nasional yang popular itu adalah dengan pelancaran Toyota Innova Zenix 2023 serba baru pada Jun lalu yang menawarkan model hybrid elektrik (HEV) dan juga enjin pembakaran dalaman (ICE).

Juga baca: Malaysia lancar Toyota Innova Zenix 2023 - CBU, dari RM 165k, 7/8 penumpang, 2.0 Dynamic Force, HEV

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 01

Selain itu, UMWT juga baru saja mengumumkan pembukaan tempahan untuk Toyota Alphard dan Vellfire serba baru yang dijual secara rasmi di pasaran Malaysia. MPV mewah ini pada mulanya ditawarkan di Jepun sebagai pasaran utama dan berjaya meraih populariti memberangsangkan di Malaysia.

Dalam pasaran domestik, UMWT bakal menawarkan Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge dan Toyota Vellfire 2.5 dengan trenkuasa baru yang dinaiktaraf serta kelengkapan mewah lagi moden.

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 02

Toyota Alphard 2023 serba baru dikuasakan oleh enjin T24A-FTS 2.4 liter, inline-4, DOHC, 16V berpengecas turbo dengan Dual VVT-i (278 PS/430 Nm) yang digandingkan dengan kotak gear automatik Direct Shift 8 kelajuan.

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 03

Toyota Vellfire terbaru pula menampilkan enjin 2AR-FE 2.5 liter Dual VVT-i ‘naturally aspirated’ (182 PS/235 Nm) dengan kotak gear Super CVT-i 7 kelajuan, selain dilengkapi ‘front performance brace’ (tiada pada Alphard) bagi memastikan pecutan lancar.

Rupa bentuk Alphard dan Vellfire yang selama ini berjaya menawan hati ramai rakyat Malaysia kini dinaiktaraf dengan rekaan kemas seperti corak ‘grille’ krom baru, lampu LED sepenuhnya serta lampu signal ‘sequential’ di hadapan dan belakang kereta.

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 04

Ruang kabin Alphard dan Vellfire juga tampil lebih premium dengan kemasan mewah kulit dan corak kayu, bumbung kaca panoramik, pencahayaan ambien 64 rona di bahagian sisi siling kabin, dan lampu membaca boleh-laras. Kabin MPV mewah ini direka untuk suasana luas dan selesa – seakan-akan hotel atau jet peribadi.

Menurut UMWT, kawasan pemandu juga terasa seperti kokpit jet peribadi dimana semua suis mekanikal dan butang kawalan diletakkan pada posisi yang mudah dicapai. Panel instrumen bersaiz 12.3 inci Full Color TFT meter kombinasi digital yang dipadankan dengan ‘head-up display’ baharu kini memaparkan imej lebih tajam dan jelas dalam pelbagai keadaan cahaya.

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 05

Selain itu, tempat duduk hadapan dan barisan kedua turut dilengkapi Seat Heater dan fungsi pengudaraan. Tambahan pula, tempat duduk barisan kedua di dalam Alphard turut menampilkan fungsi kerusi urut.

UMWT juga bakal memperkenalkan fungsi ‘Hybrid Long Slide’ sehingga 480 mm pertama dunia untuk tempat duduk barisan kedua di dalam Alphard (elektronik dan manual) serta Vellfire (manual). Tempat duduk Alphard dan Vellfire juga dipasang dengan ‘Anti-Vibration Structure’ yang mengurangkan rasa impak ketika kereta dipandu di jalan tidak rata.

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 06

Bagi aspek keselamatan, Alphard dan Vellfire didatangkan dengan teknologi ADAS Toyota Safety Sense dengan Dynamic Radar Cruise Control (DRCC), Lane Departure Alert (LDA), Road Sign Assist (RSA) baharu, dan Adaptive High-beam System (AHS) yang dipertingkat.

Dengan 4 pilihan warna, model MPV popular ini boleh didapati dalam tiga warna iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond (Alphard sahaja), dan Black. Toyota Alphard dan Vellfire 2023 serba baru kini boleh ditempah di semua bilik pameran sah Toyota di seluruh negara dengan anggaran harga atas-jalan (OTR) tanpa insurans seperti berikut:

  • Toyota Alphard 2.4T Executive Lounge - RM538,000
  • Toyota Vellfire 2.5 - RM 438,000

Juga baca: UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k

GR GT Cup Malaysia Musim Ke-6

UMWT jual 48k unit Toyota dan Lexus pada H1 2023, Alphard/Vellfire boleh pacu jualan seterusnya? 07

Di samping pelancaran dan pengenalan model-model baharu di atas, UMWT pada Jun lalu turut bangga mengumumkan GR GT Cup Malaysia Musim Ke-6 – acara perlumbaan motor eSports yang pertama dan satu-satunya dianjurkan oleh syarikat kereta di Malaysia – yang bakal berlangsung pada 15 Julai 2023. Siri perlumbaan atas-talian ini menawarkan peserta peluang untuk memenangi hadiah wang tunai RM 90,000. Perlumbaan akhir kejohanan ini dijadualkan berlangsung pada 19 dan 20 Ogos 2023.

Promosi Julai 2023 UMW Toyota Motor

Selain pengumuman dan pencapaian di atas, UMW Toyota Motor turut memperkenalkan promosi hebat untuk Julai 2023 dimana pelanggan boleh memanfaatkan tawaran menarik bagi beberapa model popularnya.

Pada bulan Julai, Toyota Yaris menawarkan ansuran bulanan serendah RM 628**, serta manfaat promosi bernilai hingga RM 5,490**. Toyota Vios serba baru juga tersedia dengan ansuran bulanan serendah RM 688**. Bagi Toyota Innova Zenix serba baru pula, tawaran ansuran bulanannya adalah serendah RM1,476**. Bagi mereka yang mencari mobiliti lestari, Toyota Innova Zenix Hybrid serba baru tampil dengan ansuran bulanan serendah RM1,807**.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai bolehlah melawat laman web Toyota ataupun menghubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-88-TOYOTA (869682).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda