window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai?

Mersita Β· Jan 28, 2023 10:00 AM

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 01

Dalam sekelip mata, 2022 pergi meninggalkan kita dan tahun baru pun menjelma. Bagi menyambut kehadiran 2023, kami sudahpun senaraikan SUV dan MPV yang bakal tiba di pasaran kita tahun ini. Bagi entri kali ini pula, kami ingin lihat semula ke tahun lalu dan senaraikan 9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia dimana sebahagiannya memberi ruang untuk model-model baharu pula.

Berbanding 2021, tahun 2022 menyaksikan jumlah yang lebih sedikit bagi kereta yang dihentikan jualannya secara rasmi. Apa-apa pun, pengguguran beberapa model yang disenaraikan di bawah mungkin tiada pengganti.

BMW X2

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

F39 BMW X2 pada mulanya dilancarkan di Malaysia pada 2018 sebagai model import (CBU) dari Jerman. Pada pelancarannya, BMW X2 ditawarkan dengan varian tunggal iaitu sDrive20i. Setahun kemudian pada 2019, BMW Malaysia memperkenalkan pula varian lebih mantap iaitu M35i dimana output kuasanya dipertingkatkan kepada 306 PS/450 Nm – kenaikan yang agak besar berbanding sDrive20i (192 PS/280 Nm).

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 01

Rupa bentuknya separa SUV, separa hatchback ternyata kurang membantu prestasi jualannya. Tambahan pula, memandangkan BMW X2 model CBU, ia dikenakan cukai lebih tinggi berbanding BMW X3 yang dipasang domestik (CKD). Harga BMW X2 bermula dari RM 320k; lebih tinggi berbanding BMW X3 CKD (~RM 315.8k).

Oleh itu, tak hairanlah BMW X2 digugurkan dari pasaran walaupun baru 4 tahun ditawarkan di Malaysia. Tapi, kalau anda masih mahukan X2, anda boleh dapatkannya di Carsome.

Honda Odyssey

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 02

Pesaing balas Honda untuk Toyota Alphard dan Vellfire ternyata tidak mampu bertahan lama. Diperkenalkan pada Februari 2022, Honda Odyssey yang dinaiktaraf dihentikan jualannya secara senyap-senyap walaupun baru beberapa bulan dijual di pasaran Malaysia.

Berbanding model sebelum facelift, Odyssey lebih baharu ini tampil dengan rupa bentuk lebih ranggi – muka hadapannya direka-semula dengan lampu LED dan jejaring bersegi. Bahagian belakangnya juga diperbaharui dengan lampu brek LED yang tampil lebih moden berbanding model terdahulu.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 03

Pengguguran Odyssey dari pasaran Malaysia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana Honda menutup kilang lamanya di Sayama iaitu kilang pemasangan Odyssey.

Belum dapat dipastikan samada Honda bakal memperkenalkan Odyssey generasi baharu di rantau ini. Bagaimanapun, ia masih ditawarkan di pasaran lain seperti Amerika Utara dan China.

Memandangkan Odyssey tidak lagi dijual secara rasmi di pasaran kereta baharu, anda boleh dapatkan Odyssey terpakai di sini.

Juga baca: 2022 Honda Odyssey facelift dilancarkan di Malaysia - 2.4L, MPV pintu gelangsar dari RM 275k!

Hyundai Starex

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 04

Model alternatif dari Korea bagi Toyota Hiace ini sudahpun berada di pasaran kereta baharu Malaysia sejak 2009 dan ia telah diberi naiktaraf beberapa kali sepanjang keberadaannya di sini.

Naiktaraf terbaru diterima Starex pada Jun 2022; dimana MPV 11 tempat duduk ini ditawarkan dengan warna biru gelap baharu, body kit, dan lampu brek baharu.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 05

Varian Lite

Bagaimanapun, tanda-tanda Starex bakal digugurkan dari pasaran Malaysia mula timbul apabila Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM) melancarkan Hyundai Staria dengan 10 tempat duduk yang dijual pada harga lebih kurang sama dengan Starex.

Beberapa bulan kemudian, Starex dilesapkan dari laman sesawang HSDM – menandakan pengakhirannya daripada bilik-bilik pameran Hyundai di Malaysia. Jika anda sedang mencari kereta besar mampu-milik ini, Carlist ada mengiklankan beberapa unit terpakai yang boleh dipertimbangkan.

Juga baca: Hyundai Staria 10-penumpang kini rasmi - dari RM 179k, pengganti Grand Starex!

Perodua Alza

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 06

Selamat tinggal, Alza

Setelah 12 tahun setia menunggu di bilik pameran Perodua, Alza terdahulu dihentikan penghasilan selepas kehadiran model berplatform DNGA pada Julai 2022.

Alza asal sememangnya satu kejayaan besar bagi Perodua. Ia mampu bertahan lama di gelanggang MPV keluarga mampu-milik sedang pesaing-pesaingnya datang dan pergi, seperti Proton Ertiga.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 07

Namun, memandangkan Alza asal sudah melangkaui usia 10 tahun, Perodua harus menawarkan model serba baharu. Maka, Alza D27A mula dibangunkan.

Dengan harga bermula dari RM 33k, Carsome mempunyai beberapa pilihan Alza lama terpakai jika anda masih mahukannya.

Juga baca: Toyota Veloz vs. Perodua Alza - Kembar dari keluarga berbeza, apa perbezaan perinciannya?

Toyota Avanza

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 08

Toyota Avanza generasi kedua dilancarkan di Malaysia pada 2012

Toyota Avanza generasi kedua dilancarkan di Malaysia pada 2012 dan ia diberi naiktaraf beberapa kali sepanjang tempoh 10 tahun ia berada di pasaran kereta baru di Malaysia.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 09

Toyota Avanza facelift

Diberi kod nama F650, Avanza generasi kedua buat kali terakhirnya dinaiktaraf pada 2019 dimana MPV pacuan roda belakang ini menerima lampu hadapan LED, rim baru, dan sistem infotainment dilengkapi Apple CarPlay dan Android Auto.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 10

Bergantung pada pasaran, Toyota Veloz berplatformkan DNGA menggantikan Avanza lama. Perkara sama berlaku di Malaysia, meskipun Indonesia masih meneruskan penghasilan Avanza lama bagi pelanggan komersial.

Jika anda mahukan Avanza terpakai, bolehlah β€˜usha’ beberapa unit Avanza yang diiklankan di Carsome.

Juga baca: Toyota Avanza RWD masih model terlaris Indonesia, apa nasib Avanza baru FWD?

Toyota RAV4

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 11

Walaupun Toyota Avanza mampu bertahan di pasaran Malaysia selama hampir 10 tahun, Toyota RAV4 generasi kelima tidak menerima nasib yang sama.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 12

Toyota RAV4 berplatformkan TNGA-K diperkenalkan di Malaysia pada Jun 2020 dalam dua varian – 2.0 liter dan 2.5 liter. Satu-satunya perbezaan antara dua varian ini ialah kapasiti enjinnya. Yang lain, segalanya sama bagi kedua-dua varian RAV4 ini.

Dengan harga mencecah RM 215k – murah sedikit saja daripada Toyota Harrier (RM 250k) – tak hairanlah RAV4 dipadam dari laman sesawang UMWT senyap-senyap pada awal 2022. Maka, tak perlulah anda tertunggu-tunggu untuk RAV4 facelift di Malaysia.

Walaupun RAV4 serba baharu sudah tidak dijual di Malaysia, anda boleh dapatkan unit terpakai di Carlist.

Juga baca: Rebiu: Toyota RAV4 2020, adakah berbaloi untuk membayar RM 200,000?

Toyota Alphard/Vellfire

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 13

Alphard kini sudah mencecah usia 6 tahun. Namun, jualannya di Jepun masih meningkat saban tahun

Kemunculan model β€˜sepanas’ Alphard dan Vellfire dalam senarai ini pasti mengejutkan ramai orang. Anda boleh terima atau tidak, terpulang. Tapi, popularitinya yang menyebabkan senarai menunggu terlalu panjang menjadi salah satu faktor mengapa Alphard dan Vellfire digugurkan dari pasaran Malaysia.

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 14

Tambahan pula, Toyota Alphard serba baharu besar kemungkinannya bakal didebut secara global menjelang penghujung tahun ini. Jika khabar angin ini benar, Toyota mungkin menggabungkan Vellfire dan Alphard bagi meringkaskan barisan tawarannya.

Jika anda mencari Alphard atau Vellfire tahun ini, salah satu cara terbaik ialah dengan mencari unit terpakai di Carsome atau unit recond di Carlist.

Juga baca: Panas: Pengedar di Jepun henti ambil tempahan Toyota Alphard, generasi baru didedah Mei 2023?

Volkswagen Passat

9 model kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada 2022 - yang baru dah tak ada, nak unit terpakai? 15

Eh, ada juga, satu-satunya sedan dalam senarai ini. Diperkenalkan pada 2016, B8 Volkswagen Passat bertahan selama 6 tahun di pasaran Malaysia sebelum ia digugurkan dari barisan tawaran jenama Jerman ini.

Imbas semula, Volkswagen menghentikan penghasilan sedan Passat secara global pada awal 2022. Memandangkan kit CKD Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) datang dari Eropah, tak hairanlah model CKD ini digugurkan dari pasaran.

Passat R-Line ialah model pengakhiran ditawarkan VPCM sebelum rangkaiannya dihentikan.

Passat terpakai dijual pada harga bermula dari RM 68k di Carsome.

Juga baca: Panduan: Volkswagen Passat B8 terpakai serendah RM 75k, sedan segmen-D perisa "Continental"!

Inilah dia – 9 kereta yang digugurkan dari pasaran Malaysia pada tahun lalu. Dalam banyak-banyak model disenaraikan di atas, yang mana satu masih dikenang-kenang sampai sekarang? Jom komen di FB WapCar - BM!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda