window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Malaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi?

Mersita · Jul 19, 2023 12:00 PM

Malaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi? 01

Lexus Malaysia telah mengesahkan yang mereka tiada rancangan untuk memperkenalkan Lexus LM generasi kedua pada tahun ini. Berita ini mungkin menjadi persoalan sesetengah pihak memandangkan UMW Toyota Motor membuka tempahan untuk Toyota Vellfire dan Toyota Alphard 2023 generasi AH40 yang terkini.

Sama seperti konsep Mercedes-Maybach S580 yang menjadi versi ‘upscaled’ daripada S-Class biasa, Lexus LM pula versi ‘upscaled’ bagi varian tertinggi Toyota Alphard iaitu Executive Lounge.

Malaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengesahan daripada Lexus Malaysia ini bagaimanapun tidak mengejutkan kerana LM tidak dijual walau di pasaran asalnya iaitu Jepun.

Lexus LM generasi kedua didebut secara global pada April lalu di Shanghai Motor Show, namun jualannya belum dimulakan. Setakat ini, ia hanya dipersembahkan kepada umum dalam format pemanduan sebelah kiri (LHD).

Lexus LM generasi terdahulu pernah dijual di Malaysia pada harga RM 1,208,000. Lebih daripada 20 unit terjual dalam tahun pertamanya di sini.

Juga baca: Bermula dari RM 1.1j, lebih 20 taikun Malaysia membeli Lexus LM, 10 lagi membayar opsyen kaca Kiriko di LS

Malaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi? 01

Sebagai rujukan, harga anggaran bagi Toyota Alphard 2023 generasi AH40 yang baru bermula daripada RM 538,000.

Toyota Alphard untuk pasaran Malaysia dikuasakan oleh enjin T24A-FTS 2.4 liter, inline-4, berpengecas turbo (278 PS/430 Nm) dengan Dual VVT-i. Transmisinya hanya ada satu iaitu automatik 8 kelajuan.

Disamping itu, Vellfire pula dikuasakan oleh enjin 2AR-FE 2.5 liter ‘naturally aspirated’ Dual VVT-i yang menghamburkan 182 PS/235 Nm dan memacu roda hadapan menerusi kotak gear CVT 7 kelajuan.

Malaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi? 02

Lexus LM generasi terdahulu

Juga baca: 2023 Lexus LM generasi baharu didedahkan - 2.4L turbo / 2.5L hybrid, ruang peribadi VIP di atas roda!

Lebih menarik, pilihan trenkuasa di pasaran Jepun terbalik antara kedua-dua model ini di pasaran Malaysia. Di Jepun, enjin berpengecas turbo hanya ditawarkan di dalam Vellfire, dijual pada harga lebih mahal berbanding Alphard berenjin 2.5 liter NA atau hybrid.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Lexus LM350 4-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda