window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengedar dedah anggaran harga RM 218k dan tempahan dibuka, Kia Carnival CKD versi 11-penumpang akan dilancar?

Faisal · Oct 2, 2023 11:15 AM

Pengedar dedah anggaran harga RM 218k dan tempahan dibuka, Kia Carnival CKD versi 11-penumpang akan dilancar? 01

Kia Carnival CBU.

Para pengedar nampaknya sudah mengumumkan bahawa tempahan buat Kia Carnival CKD (Kulim) versi 11-tempat duduk telah dibuka. Secara tidak langsung, pelancarannya mungkin akan berlangsung tidak lama lagi.

Pengedar dedah anggaran harga RM 218k dan tempahan dibuka, Kia Carnival CKD versi 11-penumpang akan dilancar? 02

Menariknya, sesetengah pengedar turut memaklumkan anggaran harga awal pada RM 218k, lebih mahal daripada versi CBU sebelum ini. Namun begitu, kelengkapannya mungkin diberi lebih banyak, selari dengan versi CKD buat 7- dan 8-tempat duduk.

Apapun, Dinamikjaya Motors belum membuat sebarang pengesahan berkenaan perkara ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengedar dedah anggaran harga RM 218k dan tempahan dibuka, Kia Carnival CKD versi 11-penumpang akan dilancar? 01

Carnival versi 11-tempat duduk pada model CBU sebelum ini.

Bagi anda yang belum tahu, Carnival versi 8-tempat duduk ditawarkan pada julat harga RM 231,228 - RM 247,428. Versi 7-tempat duduk pula dari RM 261,228. Yang membezakan antara kedua-dua jenis ini adalah kluster digital penuh, audio Bose, pencahayaan eksterior dan ADAS penuh.

Dari segi teknikal, semua varian Carnival dikuasai enjin 2.2L turbodiesel (199 PS, 400 Nm) dengan gandingan transmisi automatik 8-kelajuan.

Makluman lanjut akan kami laporkan sebaik sahaja ada perkembangan.

Juga baca2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda