window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond!

Haris · Jul 28, 2022 08:00 PM

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 01

 

Dinamikjaya Motors Sdn Bhd, pengedar tunggal baharu jenama Kia di Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa Grand Utility Vehicle (GUV) 2022 Kia Carnival serba baharu 7-penumpang dan 8-penumpang kini dirasmikan dengan harga bermula dari RM 229, 888.

Selain itu, 2022 Kia Carnival serba baharu 7-penumpang dan 8-penumpang ini adalah model Kia pertama yang dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Inokom Assembly yang terletak di Kulim, Kedah, di bawah pengedar baharu itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 01

Tempahan sudah dibuka awal bulan Julai 2022 dengan senarai harga Kia Carnival seperti berikut. Harga adalah harga atas jalan termasuk SST.

  • 2.2D 8 tempat duduk - RM 231,228
  • 2.2D 8 tempat duduk High - RM 247,228
  • 2.2D 7 tempat duduk High - RM 261,228

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 02

Dikuasakan oleh enjin 2.2L turbodiesel yang dipadankan dengan transmisi automatik 8-kelajuan serta dikawal oleh pengalih elektronik (E-Shift). Enjin itu menghasilkan 202 PS kuasa kuda pada 3,800 RPM dan 440 Nm tork dari serendah 1,750 – 2,750 RPM, menawarkan pecutan yang lancar, linear dan pengalaman pemanduan yang mantap tanpa menjejaskan prestasi.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 03

Kia Carnival serba baharu ialah model generasi keempat van mini utama jenama itu. Direka dan dibina dengan memberi lebih tumpuan terhadap arkitektur dan keteguhan kenderaan, ia menampilkan rekaan yang dipertingkatkan dengan etos reka bentuk bersepadu yang menghubungkan semua identiti reka bentuk Kia.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 04

Pada bahagian hadapan, reka bentuk 'Tigar Face' baharu dipadankan dengan gil tandatangan Kia 'Tiger Nose' menampilkan rekaan yang lebih agresif. Gril dan lampu diperincikan dengan ketepatan tinggi dan kemasan krom di keliling membentuk watak fasia depan.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 05

Kia Carnival yang dipasang secara tempatan menerima ciri keselesaan pemanduan tambahan yang baru, kini standard bagi semua varian, termasuk Lampu Gabungan Belakang LED dan sistem audio BOSE™ 12-pembesar suara.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 06

Kia Carnival menawarkan ciri unik dan inovatif yang menjadikan perjalanan lebih mudah diakses dan lebih selamat. Contohnya ialah pintu Smart Power Sliding dan bukaan Smart Power Liftgate, serta Smart Key dengan fungsi buka/tutup satu butang untuk kedua-dua fungsi bukaan pintu itu.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 07

Pilihan standard lain termasuk rim aloi 18-inci, Lampu Depan Dwi LED dan Lampu Siang DRL LED, sistem Infotainment skrin sesentuh LCD resolusi tinggi 12.3-inci dengan Apple Carplay™ dan Android Auto™, pengecasan telefon pintar tanpa wayar dan tujuh port USB.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 08

Kia komited untuk membantu memastikan pemandu selamat di jalan raya dengan membina kenderaan berkualiti tinggi yang memberikan tahap keselamatan dan keseronokan pemanduan yang lebih baik. Kia Carnival 2.2D dilengkapi dengan ciri keselamatan canggih yang baru ditambah seperti:

  • High Beam Assist (HBA)
  • Blind-Spot Collision Warning (BCW)
  • Blind-Spot Collison-Avoidance (BCA)
  • Rear Cross-Traffic Collision-Avoidance Assist (RCCA)
  • Lane Keeping Assist (LKA)
  • Lane Following Assist (LFA)
  • Driver Attention Warning (DAW)
  • Forward Collision-Avoidance Assist (FCA) dan Smart Cruise Control (SCC)

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 09

Barisan warna yang ditawarkan Kia Carnival 2022 CKD Malaysia termasuk Astra Blue, Sonic Silver, Jet Black, Snowflake White Pearl dan Meteor Grey, menjadikan sejumlah 5 warna tersedia.

2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond! 10

MPV itu kini akan mula dihantar kepada pelanggan tidak lama lagi dengan jaminan Waranti Pengeluar 5 Tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana tiba dahulu. Ia juga didatangkan dengan Penyelenggaraan Berjadual Percuma 5 Tahun, di mana tempoh penyelenggaraan percuma ini hadir sehingga 5 tahun dan had perbatuan 100,000km, yang mana datang dahulu

BacaRebiu: Lupakan Alphard & Vellfire ‘recon’ - Kia Carnival 2022 ialah MPV RM 200k terbaik di Malaysia!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Kia Carnival 2.2D 11-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda