window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022

Zamil Syaheer · Jan 15, 2023 06:00 PM

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022 01

Data sementara daripada Persatuan Pengilang Automobil Korea (KAMA) mengatakan bahawa pengeluar kereta domestik Korea Selatan telah menjual sejumlah 1,395,297 kenderaan pada tahun 2022.

Angka itu tidak termasuk jualan kereta jenama asing yang diimport kerana ia disusun secara berasingan oleh Persatuan Pengimport dan Pengedar Automotif Korea (KAIDA). Import automotif untuk Korea pada 2022 dianggarkan sekitar 300,000 unit, diterajui oleh Mercedes-Benz.

Daripada 1,395,297 kenderaan domestik yang dijual oleh Hyundai, Kia, GM Korea (dahulunya Daewoo Motor), Renault Korea (dahulunya Samsung Motors), dan Ssangyong Motors, 88 peratus dikawal oleh Hyundai dan Kia, kedua-duanya sebahagian daripada Kumpulan Hyundai Motor.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022 01

Hyundai mendahului dengan 688,884 unit, turun 5.2 peratus disebabkan isu rantaian bekalan yang berterusan. Kia menyusul dengan 541,068 unit tetapi tidak seperti syarikat saudaranya Hyundai, Kia mencatatkan pertumbuhan kecil 1.1 peratus walaupun menghadapi cabaran daripada rantaian bekalan yang tidak stabil.

Kereta paling laris di Korea sebenarnya bukan kereta dalam erti kata tradisional, tetapi trak pikap Hyundai Porter untuk kegunaan komersial sahaja dengan 92,411 unit. Ini termasuk 20,418 unit Porter Electric.

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022 02

Kereta penumpang terlaris ialah Kia Sorento, dengan 68,902 unit. Pasaran automotif Korea tidak seperti kebanyakan negara lain. Selalunya kereta penumpang kecil murah yang mendahului carta jualan, tetapi di sana, kereta berharga lebih tinggi mendominasi jualan.

Alasan mudahnya ialah kerana pengangkutan awam di sana sangat maju dan jika seseorang ingin membeli kereta, ia akan menjadi pembelian yang dipacu soal gaya hidup. Ini menjelaskan mengapa Kia Sorento terjual lebih dua kali ganda berbanding Kia Picanto (29,380 unit).

Tempat ketiga ialah Hyundai Grandeur, dengan 67,030 unit. Keempat ialah Kia Bongo, trak saudara Hyundai Porter, dengan 64,826 unit. Kia Carnival melengkapkan carta kedudukan 5 teratas dengan 59,058 unit.

Baca juga: 'Myvi' Korea bukan kereta kompak, tetapi Hyundai Grandeur, sedan mewah yang popular sejak 10 tahun lalu!

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022 03

Interior Sorento

Jika anda tertanya-tanya bagaimana Hyundai menjual lebih banyak kereta tetapi tajuk rencana ini mengatakan orang Korea lebih suka Kia, itu kerana sebahagian besar jualan Hyundai datang daripada jualan armada dan kenderaan komersial.

Sebagai contoh, Hyundai Avante (Elantra) dan Hyundai Sonata, masing-masing dengan 58,743 unit dan 48,308 unit terjual, kebanyakannya dibeli melalui armada korporat, penyewaan atau saluran syarikat teksi.

Kedua-dua Kia Sorento dan Kia Carnival kebanyakannya dibeli oleh individu persendirian, dan dijual lebih banyak berbanding model yang sama segmen daripada Hyundai.

Baca juga: 2022 Kia Carnival CKD Malaysia rasmi dari RM 231k - 2.2L turbodiesel, lebih berbaloi dari MPV recond!

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022 04

Buktinya, Kia Sportage (55,394 unit) mendahului kereta adiknya Hyundai Tucson (32,890 unit). Begitu juga Kia Carnival (59,058 unit) dan Hyundai Staria (33,459 unit), Kia Niro (29,941 unit) dan Hyundai Kona (8,388 unit).

Persepsi imej jenama Kia juga berbeza daripada Hyundai, dengan imej yang lebih mesra belia. Baru-baru ini juga Kia merubah logo mereka dan menggugurkan perkataan 'Motor' daripada nama syarikatnya, mencapai sasaran yang tepat dengan pembeli berorientasikan gaya hidup (lifestyle) di Korea.

Rakyat Korea Selatan lebih suka Kia berbanding Hyundai, Kia Sorento & Kia Carnival mendahului jualan 2022 05

Di Malaysia, anak syarikat Bermaz Dinamikjaya Motors hanya menjual 2 model Kia - Kia EV6 (dari RM 306,668) dan Kia Carnival (dari RM 196,340 kepada RM 261,228). Walaupun harga kedua-dua model ini premium, terdapat senarai menunggu yang panjang.

Terdapat rancangan untuk memperkenalkan Sorento di sini akhir tahun ini, mungkin termasuk varian hibrid.

Baca juga: Kia Sorento generasi MQ4 model CKD disahkan untuk Malaysia - bakal tiba pada tahun 2023?

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Kia Sorento 2.2D AWD 6-seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda