window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand!

Zamil Syaheer · Oct 12, 2023 04:00 PM

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 01

Walaupun Thailand tidak mempunyai jenama tempatan sendiri seperti Malaysia, terdapat satu persamaan dalam data jualan dari kedua-dua negara tersebut - penguasaan oleh dua jenama. Berdasarkan angka yang diperolehi oleh Headlight Mag, Toyota dan Isuzu memegang 54.5% bahagian pasaran keseluruhan antara Januari dan September 2023.

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 02

Toyota mendahului dengan 198,719 unit terjual, manakala Isuzu berada di tempat kedua dengan 120,294 unit kenderaan terjual dalam 9 bulan pertama tahun ini. Walaupun Isuzu berada di tempat kedua, ada sebuah trak pikap yang menjadi kereta paling laris di Thailand.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 01

Menurut Headlight Mag, sebanyak 91,609 unit Isuzu D-Max telah dijual dalam 9 bulan pertama tahun ini dan diikuti oleh Toyota Hilux dengan 83,001 unit. Kedua-dua D-Max dan Hilux mendominasi segmen pick-up Thailand dengan bahagian pasaran bersama sebanyak 83.7%.

Baca juga: Isuzu D-Max 2023 facelift debut di Thailand dengan imej lagi garang dan ADAS lebih mantap!

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 02

Walaupun segmen trak pikap amatlah popular di Thailand, ia mengalami penurunan pada tahun ini. Menurut data jualan, separuh pertama tahun 2023 (S1 2023) menyaksikan jualan kereta penumpang mengatasi jualan trak pikap untuk kali pertama dalam sejarah.

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 03

Walau bagaimanapun, majoriti kereta penumpang tersebut kemungkinan besar mempunyai lambang Toyota atau Honda. Jenama H adalah jenama ketiga yang paling laris di Thailand dalam 9 bulan pertama tahun ini dengan 69,882 unit kenderaan terjual dan merupakan satu-satunya jenama lain yang memegang bahagian pasaran dua angka sebanyak 11.9%.

Baca juga: Kisah Toyota di Thailand - daripada hampir ditendang keluar, kini dominasi ASEAN!

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 04

Ford dan Mitsubishi menduduki tempat keempat dan kelima dalam jualan keseluruhan tahun ini. Sama seperti Isuzu, jualan Ford di Thailand (28,796 unit) sebahagian besarnya disumbang oleh model trak pikap dengan 67% daripada jualan datang daripada Ford Ranger sahaja (19,493 unit).

Baca juga: Minat Ford Ranger 2023 di Malaysia? Ini perbezaan 7 varian termasuk Raptor, RM 98,888 ke RM 259,888

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 05

Di tempat lain dalam senarai, BYD yang hanya dilancarkan tahun lepas adalah jenama ke-7 yang paling laris di Thailand (18,025 unit) di hadapan Mazda (ke-8, 13,732 unit) dan Nissan (ke-9, 12,967 unit).

Baca juga: Lebih daripada 8,000 unit EV dijual di Thailand dalam 2 bulan pertama 2023 - BYD Atto 3 di tempat No.1

Ibarat Proton & Perodua, Toyota & Isuzu laku keras, menguasai lebih daripada 54% jualan di Thailand! 06

Sebanyak 50,347 EV telah dijual di Thailand antara Januari dan September 2023 yang menyumbang kira-kira 10% daripada pendaftaran kenderaan keseluruhan (500,942 unit). Berikut adalah 12 jenama yang paling laris di Thailand antara Januari dan September 2023:

  • Toyota - 198,719 unit
  • Isuzu - 120,294 unit
  • Honda - 69,882 unit
  • Ford - 28,796 unit
  • Mitsubishi - 26,552 unit
  • MG - 19,593 unit
  • BYD - 18,025 unit
  • Mazda - 13,732 unit
  • Nissan - 12,967 unit
  • Suzuki - 9,675 unit
  • Neta - 9,507 unit
  • GWM - 9,101 unit

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Isuzu D-Max 3.0 4x4 X-Terrain AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda