Lebih daripada 80% jualan pikap di Thailand pada 2022 terdiri daripada Isuzu D-Max dan Toyota Hilux
Zamil Syaheer · Jan 15, 2023 04:00 PM
Menurut data jualan Thailand, sejumlah 388,296 trak pikap telah dijual pada tahun 2022. Ini menyumbang kepada angka 45.7% daripada semua kenderaan yang dijual di negara gajah putih. Tidak dinafikan, trak pikap terus mendominasi segmen automotif di Thailand, namun hanya dua model berada di peringkat tertinggi berbanding yang lain - Isuzu D-Max danToyota Hilux.
Kedua-dua trak pikap ini menyumbang 83% bahagian pasaran dengan Isuzu D-Max mendahului untuk tahun ketiga berturut-turut. Sebanyak 175,425 unit D-Max telah dijual pada 2022 yang menyumbang 45.56% bahagian pasaran.
Di tempat kedua ialah Toyota Hilux yang menyaksikan 148,101 unit terjual pada tahun yang sama, mencakupi 37.77% bahagian pasaran. Walaupun ia terpaksa berpuas hati dengan naib juara dalam jualan keseluruhan, Hilux adalah trak pikap (dan kereta) terlaris Thailand untuk bulan Disember dengan 15,325 unit dijual berbanding D-Max dengan 13,869 unit.
Senang cerita – kedua-dua trak pikap ini bersaing sengit sepanjang tahun lalu dengan D-Max mendahului carta jualan setiap bulan pada 2022 kecuali Oktober dan Disember yang menyaksikan Hilux merampas semula mahkota.
More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.
Komen