window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux GR Sport bakal debut di Filipina? Pemilik model lama dah sibuk pasang kit 'convert'!

Mersita · Aug 8, 2023 01:00 PM

Toyota Hilux GR Sport bakal debut di Filipina? Pemilik model lama dah sibuk pasang kit 'convert'! 01

Toyota Motor Philippines dikhabarkan menerima sekumpulan unit pertama Toyota Hilux GR Sport baru-baru ini dan nampak gayanya negara itu menjadi pasaran pertama yang menerima trak pikap berkuasa tinggi ini di Asia Tenggara.

Toyota Hilux GR Sport bakal debut di Filipina? Pemilik model lama dah sibuk pasang kit 'convert'! 02

Menurut laporan portal Autoindustriya.com, sumber dalaman mereka memaklumkan yang beberapa unit Hilux varian tertinggi itu sudahpun mendarat di Filipina dan banyak lagi akan menyusul. Dari luar, ia nampak sama dengan Hilux GR Sport spesifikasi Australia yang bakal dilancarkan bulan hadapan. Walau ia diimport (CBU) dari Thailand, barangkali Filipina bakal melancarkannya terlebih dahulu berbanding tuan rumahnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Hilux GR Sport bakal debut di Filipina? Pemilik model lama dah sibuk pasang kit 'convert'! 01

Enjin turbodiesel 2.8 liter 1GD yang melampiaskan kuasa 224 PS dan tork 550 Nm; digandingkan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan dinaiktaraf juga bakal diterima pemilik Hilux GR Sport di Filipina memandangkan unit diimport ke dua-dua negara itu datang dari Thailand.

Walau terdapat kemungkinan Hilux GR Sport terbaru ini tidak didebut di Thailand terlebih dahulu, Fortuner GR Sport yang dilancarkan di Negeri Gajah Putih itu pada minggu lalu sudahpun menerima trenkuasa yang sama – dalam bentuk SUV.

Perlu diingatkan Toyota Hilux GR Sport terbaru ini tidak sama dengan Hilux GR Sport yang dilancarkan di Malaysia pada Februari lalu kerana ia hanyalah varian Rogue versi GR dengan enjin turbodiesel 2.8 liter (204 PS/500 Nm), dijual pada harga bermula dari RM 159,148.

Juga baca: Rebiu Ringkas: Toyota Hilux GR Sport di Sepang - Hilux paling unggul di Malaysia setakat ini!

Toyota Hilux GR Sport bakal debut di Filipina? Pemilik model lama dah sibuk pasang kit 'convert'! 02

Kehadiran Hilux GR Sport dengan pelbagai naiktaraf enjin dan struktur ini membawa saingan sengit kepada Ford Ranger Raptor, yang dikuasakan enjin diesel bi-turbo 2.0 liter (210 PS/500 Nm).

Jika anda nak tahu lebih lanjut spesifikasi Toyota Hilux GR Sport terbaru ini, klik pautan biru di bawah.

Juga baca: Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya

Toyota Hilux GR Sport bakal debut di Filipina? Pemilik model lama dah sibuk pasang kit 'convert'! 03

Kehadiran Toyota Hilux GR Sport terbaru ini nampak gayanya amat ditunggu-tunggu oleh peminat di Filipina, memandangkan kit badan ‘convert’ 2023 Hilux GR Sport Facelift Kit untuk dipasang pada Hilux varian rendah sudahpun dijual merata-rata di pasaran ‘aftermarket’ Filipina. Peminat di Malaysia pun nak ‘convert’ Hilux biasa jadi GR Sport terbaru ke?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda