window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV?

Haris · Apr 16, 2023 08:00 PM

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 01

Selepas menerima banyak kritikan kerana tidak mengambil EV bateri (BEV) secara serius, Toyota mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan 10 model BEV baharu menjelang 2026, menyumbang 1.5 juta unit kepada jualan tahunan syarikat.

Ini termasuk BEV generasi baharu yang menurut ketua produk Toyota dan Naib Presiden Eksekutif Hiroki Nakajima, "... akan menggandakan jarak pemanduan dengan menggunakan bateri serta kecekapan yang jauh lebih tinggi, di samping menawarkan reka bentuk dan prestasi pemanduan yang membuatkan perasaan bersemangat."

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 02

Model konsep Toyota Hilux BEV

Nakajima juga mengumumkan bahawa model trak pikap BEV akan memasuki pengeluaran menjelang akhir tahun ini. Trak pikap BEV ini disasarkan khusus kepada pembeli di Asia dan pasaran membangun yang lain.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perincian masih belum didedahkan tetapi Toyota telah mempertontonkan dua trak pikap berkonsepkan BEV untuk Asia Tenggara - Toyota Hilux BEV dan Toyota IMV 0, kedua-duanya di Thailand pada Disember tahun lepas.

Perlu juga ditegaskan bahawa Nakajima adalah ketua jurutera Toyota Hilux generasi sekarang yang ada dalam pasaran, lebih dikenali di Thailand sebagai Hilux Revo.

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 01

Model konsep Toyota IMV 0

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 02

Badan IMV 0 boleh ditukar dalam masa kurang daripada 1 jam

Nakajima juga merupakan individu di belakang Toyota iQ – sebuah kereta ultra kompak jarak dekat yang ditujukan ke Eropah, di mana pakej yang ditawarkan jauh lebih menarik berbanding Smart ForTwo.

Satu lagi model BEV kecil yang tidak dinamakan juga telah disahkan untuk pasaran baru muncul. Model ini berkemungkinan adalah kenderaan penumpang segmen B atau C kerana ini adalah segmen kedua terbesar di rantau ini selepas trak pikap.

Sementara itu, Toyota juga telah mempamerkan model konsep Innova EV tahun lepas di Indonesia.

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 03

Modepl konsep Innova BEV

Trak pikap elektrik Toyota yang akan datang dan model kenderaan penumpang EV untuk rantau ini akan dibangunkan mengikut falsafah Pengerusi Akio Toyoda "Making ever-better cars" dan "Best-in-town."

Ungkapan terakhir merujuk kepada produk yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan unik pengguna di setiap rantau, berbanding menghasilkan produk "terbaik di dunia" namun tidak memenuhi keperluan spesifik sosio-lokasi.

Mengulas lanjut mengenai model BEV khusus Toyota di rantau ini, Nakajima berkata, "Di negara-negara maju, selari dengan pembangunan EV bateri generasi baharu, dengan tumpuan kepada siri bZ dan dengan prestasi yang diperhalusi lagi, kami akan memperluaskan barisan produk kami.

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 04

"Di Amerika Syarikat, kami akan memulakan pengeluaran SUV 3 baris secara tempatan pada 2025. SUV ini akan dilengkapi dengan bateri yang akan dihasilkan di North Carolina, dan kapasiti pengeluaran akan dipertingkatkan.

"Juga di China, selain bZ4X dan bZ3 yang diumumkan bulan lepas, kami akan melancarkan dua model EV bateri yang dibangunkan tempatan pada 2024, sesuai dengan keperluan tempatan. Dan akan terus meningkatkan bilangan model pada tahun-tahun berikutnya.

"Di Asia dan pasaran membangun yang lain, kami akan memastikan untuk bertindak balas terhadap permintaan yang semakin meningkat untuk EV bateri. Khususnya, menjelang akhir tahun ini, kami akan memulakan pengeluaran trak pikap EV bateri secara tempatan dan juga akan melancarkan model EV bateri kecil."

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 05

Tiada satu produk yang mampu memenuhi keperluan sedunia - Toyota membangunkan produknya unik untuk setiap rantau

Ketua Jualan dan Naib Presiden Eksekutif Yoichi Miyazaki juga menghuraikan pendekatan berpusatkan produk serantau Toyota dan berkata, "Kami telah menyediakan kereta berkualiti tinggi satu persatu di bawah kepimpinan CEO serantau, berdasarkan Toyota New Global Architecture atau TNGA.

"Hasilnya, kami telah meningkatkan jualan dalam pasaran membangun yang semakin berkembang dan mencapai jualan campuran serantau yang sangat seimbang.

"Di samping itu, selain menurunkan kos R&D dan insentif melalui kesan pelaksanaan TNGA, dan dengan peningkatan produk tepat pada masanya yang memenuhi keperluan setiap rantau, yang merupakan kekuatan kami, hasil daripada usaha berterusan kami untuk membina pengurangan kos bekerjasama dengan pembekal kami, kuasa pendapatan kami telah berkembang dengan pesat berbanding masa lalu,"

"Kami telah berkembang dengan struktur yang membolehkan kami menambah  pendapatan sambil melabur pada masa depan untuk pertumbuhan selanjutnya."

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 06

Walaupun pengumuman rasmi pelan BEV ini adalah untuk Asia Tenggara, hibrid akan kekal sebagai tumpuan utama bagi Toyota di bahagian ini, kerana ia adalah penyelesaian yang paling berkesan dan paling mudah diterima oleh pelanggan di rantau ini - sekali lagi, menerapkan falsafah "Making ever-better cars" dan "Best-in-town".

Baca: Spekulasi Toyota Vios Hybrid semakin kuat, Toyota umum 4 model hibrid baharu di ASEAN!

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 07

Tangkap layar akaun peribadi Koji Sato, memperincikan baik pulih Toyota AE86 miliknya, sumber: Toyota Times

Koji Sato, peminat kereta sejati yang baru-baru ini menerima model Toyota AE86 yang dibaik pulih sebelum memegang jawatan semasa sebagai CEO berkata, "Apabila berkaitan dengan pembuatan kereta, kami akan terus mengejar pelbagai pilihan, berdasarkan penyelesaian pelbagai laluan, untuk kekal rapat dengan masa depan tenaga dan keadaan setiap rantau.

"Pertama, kami akan melaksanakan elektrifikasi secara menyeluruh, yang boleh kita lakukan dengan segera. Untuk terus mengurangkan pelepasan CO2 dari titik kita berada sekarang, kami akan mempromosikan praktikaliti kenderaan elektrik. Kami akan mengukuhkan jualan kenderaan elektrik hibrid, termasuk di pasaran membangun, dan meningkatkan bilangan pilihan kenderaan elektrik hibrid plug-in. Kami akan mengembangkan barisan kenderaan elektrik bateri kami, atau BEV, yang mewakili satu pilihan penting, dalam beberapa tahun akan datang.

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 08

"Pada masa yang sama, kami berani bersiap sedia untuk masa depan. Sebagai salah satu usaha kami, kami akan melakukan yang terbaik untuk membangunkan BEV generasi akan datang untuk era popularisasi BEV dan mencipta model perniagaan baharu."

Trak pikap elektrik, Toyota Hilux BEV sah akan dihasilkan di Thailand tahun ini - diikuti oleh Innova BEV? 09

Dari teksi hibrid LPG, ke Hilux BEV, ke trak FCEV - Toyota akan menawarkan penyelesaian yang berbeza untuk keperluan yang berbeza

 

Thailand telah dipilih untuk menjadi perintis rantau ini dan pusat ujian untuk penyelesaian pelbagai laluan Toyota kepada mobiliti karbon rendah.

Baru-baru ini, Toyota juga telah bekerjasama dengan Charoen Pokphand (CP Group) Thailand, salah satu syarikat makanan terbesar di dunia, untuk menjana bahan api hidrogen neutral karbon daripada sisa ladang, termasuk tinja ayam.

Ya, ini bukan gurauan, Toyota mahu menukar bahan buangan ayam berbau kepada bahan api hidrogen untuk trak elektrik sel bahan api yang menghantar makanan ke pasar basah dan gerai runcit.

Baca: Kisah Toyota di Thailand - daripada hampir ditendang keluar, kini dominasi ASEAN!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia