window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya

Mersita · Jul 31, 2023 06:00 PM

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 01

‘Abang Long Hailak’ dalam barisan Toyota Hilux iaitu Toyota Hilux GR Sport 2023 bakal mendarat di Australia tidak lama lagi – membawakan pelbagai naiktaraf mekanikal dan visual untuk pelanggan di negara Land Down Under itu seawal September nanti.

Naiktaraf paling besar bagi varian flagship ini menjadikannya Hilux paling berkuasa setakat ini, iaitu enjin turbodiesel 2.8 liter 1GD yang melampiaskan kuasa 224 PS dan tork 550 Nm; digandingkan dengan kotak gear automatik 6 kelajuan yang telah ditala khas untuk menampung kuasa ekstra yang disalurkan.

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hilux GR Sport menggabungkan pandangan daripada jurutera dan pereka dari Australia dengan peningkatan komprehensif di luar dan dalam trak pikap ini.

Sebahagian daripadanya termasuklah penggunaan platform “wide-track” yang sama dengan Hilux Rogue, dengan ketinggian tambahan 15 mm serta lebar trek tambahan 135 mm di hadapan dan 155 mm di belakang.

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 01

‘Ride and handling’ dipertingkatkan dengan ‘front coil’ dan ‘rear leaf spring’ yang ditala-semula, ditambah lagi dengan ‘monotube shock absorbers’ KYB berserta ‘piston’ berdiameter lebih besar. Tambahan pula, ‘sway bar’ belakang ditanggalkan bagi memberikan artikulasi gandar (axle) dan ‘ground contact’ lebih besar apabila dipandu di permukaan jalan tidak rata.

Bagi cengkaman maksima, Hilux GR Sport dilengkapi tayar Bridgestone Dueler AT 265/65R17 yang membaluti rim aloi stail Dakar bersaiz 17 inci.

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 02

Dengan kuasa yang hebat, sistem brek juga haruslah cekap bertindak. Trak pikap flagship ini dilengkapi ‘brake discs’ di keempat-empat penjuru, dengan ‘fixed calipers’ 4 piston di hadapan dan ‘floating calipers’ 1 piston di belakang – tampil ranggi dengan rona merah menawan.

Bagi menarik lebih perhatian dan membuktikan yang anda sedang memandu Hilux GR Sport, elemen visual dipertingkat dipaparkan di sekeliling trak pikap ini – bermula dengan gril ‘mesh’ unik berwarna hitam berserta tulisan rona kontra ‘TOYOTA' dan lencana GR.

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 03

Turut terlihat bampar hadapan yang direka semula, penampilan bezel lampu kabus baru, dan acuan bawah berkemasan perak terletak rapi di atas ‘skid plate’ unik untuk perlindungan ‘underbody’ lebih mantap.

Tayarnya pula bergerbangkan ‘overfenders’ hitam yang besar, dilengkapi ‘aero ducts’ di bahagian hadapannya bagi mengurangkan rintangan.

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 04

Walaupun padat dengan muatan, ‘underbody’nya terlindung kemas oleh ‘powder-coated rock rails’ yang tahan lasak dan diperbuat daripada keluli setebal 2mm. Di bahagian belakangnya pula, ‘recovery points’ berwarna merah dan bampar belakang berwarna hitam digandingkan dengan ‘towbar’, ‘towball’ dan ‘trailer wiring harness’ siap-pasang – sedia untuk segala kegunaan 4x4.

Di bahagian dalam kabinnya pula, Hilux GR Sport diserikan dengan stereng bersarung kulit gaya rally lengkap dengan ‘paddle shifters’, garisan tengah berwarna merah dan logo GR. Estetiknya dilengkapi lagi oleh kerusi hadapan jenis ‘sports’ bersarung kulit/suede serta jahitan kelabu, logo GR, dan tali pinggang keledar merah.

Toyota Hilux GR Sport 2023 akan turun 'gegarkan' Land Down Under pada September - Ini spesifikasinya 05

Ruang dalamannya turut dilengkapi pedal aluminium, hiasan papan pemuka ‘Technical Mesh’ yang baru, tombol gear GR Sport, dan lapik kaki ‘all-weather’. Bagi yang inginkan audio mantap untuk layan lagu lebih-lebih lagi ketika berekspedisi, trak pikap ini turut dilengkapi sistem audio premium jenama JBL dengan 9 ‘speaker’ untuk pemanduan lebih menyeronokkan.

Juga baca: Rebiu Ringkas: Toyota Hilux GR Sport di Sepang - Hilux paling unggul di Malaysia setakat ini!

Bagi pasaran Australia, Hilux GR Sport akan mula dijual dengan pilihan warna dari palet Gazoo Racing iaitu Glacier White, Frosted White, Stunning Silver, Eclipse Black, dan Feverish Red.

Usai pelancarannya pada bulan hadapan, harga Toyota Hilux GR Sport di sana akan bermula daripada AUD 73,990 (~RM 224,000).

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda