window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti

Mersita · Jul 29, 2023 12:00 PM

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti 01

Sudah banyak khabar angin yang mengatakan Nissan Navara generasi baru nanti boleh jadi Mitsubishi Triton 2024 serba baru versi ‘rebadged’ (dilencana semula). Ketika pengenalan global Triton generasi ke-6 di Thailand pada Rabu, media Malaysia mengutarakan soalan kepada Ketua Pakar Produk, Yoshiki Masuda, berhubung samada platformnya akan dikongsikan bersama Nissan.

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti 02

Respon beliau: “Triton baru ini dibina atas platform serba baru yang dibangunkan hanya oleh Mitsubishi Motors.”

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Apabila ditanya lagi sekiranya akan ada usahasama dibentuk bersama Nissan dalam pembangunan Navara generasi seterusnya nanti, Masuda menjawab, “Tidak. Selain daripada bahagian-bahagian kecil yang digunakan bersama dengan model-model Alliance lain (Renault Nissan Mitsubishi), rangka badan, platform, dan enjin yang serba baru ini adalah dibangunkan secara eksklusif untuk Mitsubishi.”

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti 01

Secara amnya, sekiranya Nissan Navara generasi seterusnya diperkenalkan nanti, ia tak lain tak bukan Triton serba baru versi ‘rebadged’ – bukan sebaliknya. Sebagai konteks, ia seakan-akan Isuzu D-Max / Mazda BT-50 ataupun Ford Ranger / Volkswagen Amarok (model kedua dalam setiap pasangan itu merupakan versi ‘badge-engineered’ bagi model di hadapannya).

Juga baca: Laporan: Nissan Navara generasi baru bakal debut pada tahun 2025, berdasarkan Mitsubishi Triton

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti 02

Walaupun Navara dinaiktaraf pada 2021, Navara D23 pada mulanya diperkenalkan pada 2014 – menjadikan usianya mencecah sedekad pada tahun hadapan.

Juga baca: Laku di Malaysia, Nissan Navara, Mitsubishi Triton bakal tinggalkan pasaran Eropah - apa dah jadi?

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti 03

Navara spesifikasi Mexico, dimana ia dipanggil Frontier

Jualan Navara mengalami penurunan di Malaysia sedang ia bersaing dengan Toyota, Isuzu, Mitsubishi, dan Ford. Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa pasaran di sekitar dunia yang berminat dengan Navara, contohnya di Mexico.

Juga baca: Mitsubishi Triton 2024 serba baru didebut global - enjin 2.4L baru, ADAS, perubahan luar dan dalam

Bayangkan Mitsubishi Triton 2024 dengan gril Nissan... Itulah Nissan Navara generasi baru nanti 04

Navara nampak gayanya masih kekal dengan generasi terkininya buat masa sekarang, manakala Mitsubishi Triton 2024 serba baru pula mempunyai penampilan lebih sasa dan besar ala-‘Beast’. Trak pikap terbaru itu menawarkan hanya satu pilihan enjin dengan 3 ‘output’ kuasa dan tork berbeza. Jika anda tertanya-tanya mengapa Mitsubishi memilih haluan trenkuasa ini, bolehlah lawati artikel di bawah.

Juga baca: Ranger ada 3, Hilux ada 2, tapi kenapa Mitsubishi Triton 2024 ada 1 enjin saja? Ini jawapan bosnya

@wapcar_zamil Hensem ke rupa baru Triton ni? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia #mitsubishi #mitsubishitriton #mitsubishitritonathlete #mitsubishitriton2024 #tritonmalaysia #wapcar #trakpikap #geng4x4 ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda