window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton 2024 serba baru akan didebut di Thailand pada 26 Julai 2023

Mersita · Jun 20, 2023 06:00 PM

Mitsubishi Triton 2024 serba baru akan didebut di Thailand pada 26 Julai 2023 01

Mitsubishi Triton 2024 serba baru akan dilancarkan tak lama lagi setelah pengeluar itu dengan rasminya mengumumkan debut global 4x4 ini yang akan berlangsung di Thailand pada Isnin, 26 Julai 2023.

Triton 2024 bakal menampilkan rekaan yang diperbaharui sepenuhnya dengan rupa bentuk berotot dan penggayaan bertema melintang di seluruh badannya. Rekaan baru ini juga akan menampilkan J-Line khas di bucu bawah cabnya – seperti yang dilihat pada dua generasi sebelumnya.

Mitsubishi Triton 2024 serba baru akan didebut di Thailand pada 26 Julai 2023 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Model ini diprebiu buat julung kalinya oleh Mitsubishi XRT Concept di Bangkok International Motor Show (BIMS) baru-baru ini.

Juga baca: Kereta konsep ini tayang Mitsubishi Triton 2023 serba baru, debut pada Julai dengan enjin baru

Seiji Watanabe, pengurus besar rekaan di Mitsubishi Motors berkata, Triton serba baru ini telah diimaginasikan semula sepenuhnya berdasarkan konsep rekaan Beast Mode berani. Disamping menampilkan kelasakan dan kekuasaan tinggi yang dijangka daripada trak pikap, Triton serba baru ini menggabungkan ketangkasan dengan rekaan gagah jenama itu untuk menghasilkan rupa yang mendebarkan, tambahnya lagi.

Juga baca: Mitsubishi Triton versi EV bakal diperkenalkan, tapi pelancarannya lama lagi?

Mitsubishi Triton 2024 serba baru akan didebut di Thailand pada 26 Julai 2023 01

Selain daripada rekaannya, Triton 2024 akan dibina berasaskan platform serba baru dan juga menampilkan rangkaian enjin turbodiesel baru.

Pikap elektrik (BEV) juga dikhabarkan salah satu daripadanya. Namun, masih belum dapat dipastikan samada ia akan diberi lencana nama Triton atau sebaliknya. Trak pikap EV ini akan menjadi sebahagian daripada barisan model meluas yang merangkumi 16 model baru – 9 daripadanya ialah kenderaan elektrik, dan akan dilancarkan dalam tempoh 5 tahun mendatang.

Juga baca: Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux!

Mitsubishi Triton 2024 serba baru akan didebut di Thailand pada 26 Julai 2023 02

Selepas ia didebut secara global pada Julai, Triton 2024 akan dilancarkan secara berturut-turut di rantau ASEAN, Oceania, dan pasaran-pasaran global lain.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda