window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux!

Haris · Mar 17, 2023 11:30 AM

Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux! 01

Agensi penyelidikan pasaran J.D. Power telah mengeluarkan dapatan Kajian Kualiti Awal (Initial Quality Study) 2022 untuk Thailand, dan Mitsubishi Triton berada di kedudukan pertama dalam segmen trak pikap double cab.

Mitsubishi Triton mencatatkan 122 PP100, melepasi Isuzu D-Max V-Cross (127 PP100) dan Ford Ranger Hi-Rider (132 PP100). Markah purata industri pula berada pada 131 PP100.

Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kajian kualiti awal ini diukur dengan bilangan masalah yang dialami setiap 100 kenderaan (PP100) dalam tempoh enam bulan pertama pemilikan, dengan skor yang lebih rendah mencerminkan kualiti yang lebih tinggi.

Dijalankan dari Mei hingga September 2022, Kajian Kualiti Awal (IQS) Thailand oleh JD Power 2022 adalah berdasarkan respons daripada 5,419 pemilik yang membeli kenderaan baharu tersebut.

Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux! 01

Kajian ini juga mengukur masalah yang dialami pengguna dalam isu berkaitan reka bentuk, serta kecacatan dan kerosakan.

Lapan kategori dipertandingkan iaitu Luaran; Pengalaman memandu; Ciri/Kawalan/Paparan; Tempat duduk; Audio/Komunikasi/Hiburan/Navigasi; Pemanasan/Pengudaraan/Pendingin hawa; Kabin Dalaman; dan Enjin/Transmisi.

Mitsubishi Triton dinobatkan Trak Pikap dengan Kualiti Terbaik di Thailand, menewaskan Isuzu D-Max dan Toyota Hilux! 02

Menurut kajian itu, prestasi industri meningkat pada 2022 kepada 130 PP100 (daripada 141 PP100 pada 2021). Penyumbang utama ialah pembetulan isu kecil 2021 yang paling biasa dialami: Palam kuasa/Port USB yang tidak mencukupi, dan lapik kaki yang tidak kekal di tempatnya.

Mitsubishi Triton seperti yang kita tahu ini bagaimanapun sedang menuju ke penghujung generasi sekarang - model serba baharu akan diumumkan tidak lama lagi.

Baca: Mitsubishi Triton generasi baharu 2023 sah dalam perancangan, pelancaran menyusul!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda