window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally

Mersita · Aug 15, 2023 02:50 PM

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally 01

Mitsubishi Triton 2023 yang diberi rupa bentuk ‘Beast Mode’ baru dan kebolehan dipertingkat bakal membuat kemunculan rasminya dalam gelanggang rally yang tidak asing lagi bagi jenama ‘Three Diamond’ itu. Segar dari debut global dan tanpa membuang masa, Triton serba baru ini dibawa berentap di Asia Cross Country Rally (AXCR) yang secara rasminya bermula pada Isnin.

Menurut Mitsubishi Motors Corporation (MMC), pasukan Mitsubishi RalliArt mengendarai 3 buah Triton serba baru dalam acara rally tersebut yang dikatakan antara paling mencabar dan menguji ketahanan di rantau ini.

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pasukan rally ini dikepalai oleh duo juara bertahan, Chaiphon Yotha dan Piraphong Sombatawong, yang membawa Triton No. 101; diikuti oleh Rifat Sungkar dan Chupong Chaiwan dalam Triton No. 106; kemudiannya Katsuhiko Takushi dan Takahiro Yasui dalam Triton No. 112.

Pasukan ini akan bertanding dalam 3 kumpulan Triton Group T1 baru (kenderaan rentas negara prototaip). Kereta rally Triton adalah berasaskan model ‘double cab’ spesifikasi Thailand yang diubahsuai mengikut syarat Federation Internationale de l'Automobile (FIA) Group T1 bagi kenderaan rentas negara diubahsuai.

Juga baca: Pasukan Mitsubishi RALLIART bawa Triton 2024 serba baru sertai Asia Cross Country Rally - apa ubahsuainya?

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally 01

Triton yang dibawa pasukan berkenaan pastinya sudah diubahsuai khusus untuk rally dan dilengkapi dengan ‘roll cage’, pelindung bampar, komponen gentian karbon, suspensi depan dan belakang khusus untuk rally, rim aluminium ringan, serta Limited Slip Differential (LSD) depan dan belakang.

Bagaimanapun, enjinnya kekal sama iaitu enjin 4N16 turbodiesel MIVEC 2.4 liter dengan 4 silinder yang baru dibangunkan, menjana 204 PS dan 470 Nm. Unit ini digandingkan dengan kotak gear manual 6 kelajuan yang menggerakkan keempat-empat tayar menerusi sistem Super Select 4WD-II.

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally 02

Setiap hero mestilah ada ‘sidekick’nya. Sebanyak 4 unit MPV Mitsubishi Delica D:5 dikerah untuk mengiringi pasukan Mitsubishi RalliArt dalam perjalanan rally sejauh 2,000 km ini. Delica D:5 ini tampil dalam versi standard yang didatangkan dengan rangka tulang rusuk yang kukuh serta sistem 4WD kawalan elektronik. MPV ini walau dalam bentuk standardnya memang sudah bersedia untuk cabaran yang dihadapi.

Kereta sokongan ini diberi tambahan khas untuk kesesuaian rally yang merangkumi rim aluminium jenama Work, tayar ‘off-road’ Yokohama, serta suspensi depan dan belakang JAOS.

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally 03

Asia Cross Country Rally (AXCR) ke-28 kini sedang berlangsung dimana peserta memulakan perlumbaan dari Thailand ke Laos, berakhir pada 19 Ogos 2023. Dari Thailand, peserta akan merentasi sempadan ke Laos dan meneruskan perjalanan dalam satu pusingan lengkap selama 2 hari – bermula dari hotel di Pakse, Laos, dan akhirnya melabuhkan tirai di Tapak Warisan Dunia UNESCO di Prasat Wat Phou pada hari terakhir.

Perjalanan tahun ini cukup sentimental untuk para perserta kerana ia merupakan perjalanan lengkap pertama bagi acara rally ini pasca pandemik Covid-19. Tahun lalu, acara ini dijalankan dengan jadual lebih pendek.

Apa-apa pun, selamat maju jaya kepada Mitsubishi dan semoga kejuaraan dapat dikekalkan untuk tahun ini.

Beast Mode diaktifkan, Mitsubishi Triton 2023 serba baru sahut cabaran Asia Cross Country Rally 04

@wapcar_zamil Hensem ke rupa baru Triton ni? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #malaysia #mitsubishi #mitsubishitriton #mitsubishitritonathlete #mitsubishitriton2024 #tritonmalaysia #wapcar #trakpikap #geng4x4 ♬ Sport Trap Background(781699) - TimTaj

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Mitsubishi Triton MT Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda