window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

'Start' kereta guna cap jari? Ini dan banyak lagi pembaharuan pada Kia Sorento facelift 2023

Mersita ยท Jul 28, 2023 05:00 PM

'Start' kereta guna cap jari? Ini dan banyak lagi pembaharuan pada Kia Sorento facelift 2023 01

Kia telah mengumumkan kedatangan Kia Sorento facelift 2023 untuk pasaran domestiknya di Korea. Namun, harga dan maklumat mekanikalnya belum lagi didedahkan sementara menunggu pelancaran SUV ini pada bulan Ogos kelak.

Beberapa aspek yang kita sudah tahu tentang Sorento facelift ialah bahagian hadapannya yang tampak benar-benar baru โ€“ menampilkan T-bar yang hampir sama dengan motif rekaan ala-Cadillac, berbeza dengan motif rekaan melintang bagi menyerlahkan badan lebar SUV dengan 3 baris tempat duduk. Gril โ€˜tiger noseโ€™ khusus Kia juga dikemaskini semula.

'Start' kereta guna cap jari? Ini dan banyak lagi pembaharuan pada Kia Sorento facelift 2023 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Perubahan ini melarat dan tampil lebih ketara di ruang kabin Kia Sorento baru ini. Papan pemukanya telah berubah sepenuhnya dengan panel instrumen meter baru, perumah skrin infohibur baru, dan panel kawalan penghawa dingin baru.

Rekaan baru ini menggabungkan panel instrumen digital 12.3 inci dengan skrin infohibur (dengan sistem ccNC generasi baru) menjadi satu skrin panoramik melengkung.

Pembaharuannya tidak terhenti di situ. Fungsi penghidup enjin Sorento baru digantikan dengan pengimbas cap jari pelbagai fungsi yang juga boleh digunakan untuk meluluskan pembayaran menerusi โ€˜appโ€™ kenderaan dan menyahaktifkan โ€˜valet parking modeโ€™.

'Start' kereta guna cap jari? Ini dan banyak lagi pembaharuan pada Kia Sorento facelift 2023 01

Menurut Kia, Kia Sorento facelift 2023 baru ini bakal dilancarkan dalam varian petrol, diesel, dan hybrid. Maklumat terperinci akan dikongsikan bermula pertengahan Ogos.

Model Kia Sorento yang terjual di pasaran Korea pada masa ini mempunyai tiga pilihan trenkuasa; iaitu enjin diesel 2.4 liter berpengecas turbo, petrol 2.5 liter berpengecas turbo, dan hybrid 1.6 liter berpengecas turbo.

Di Malaysia pula, Kia Sorento dipasang secara domestik (CKD), maka model baru mungkin akan mengambil masa lebih lama untuk menjengah pasaran kita. Tambahan pula, pasaran dengan pemanduan sebelah kanan (RHD) selalunya lambat sekurang-kurangnya 6 bulan di belakang pasaran pemanduan sebelah kiri (LHD).

Subsidiari Bermaz Auto, Dinamikjaya Motors, buat masa ini menjual Kia Sorento di Malaysia pada harga seperti berikut:

  • 2.5G naturally aspirated petrol 2WD 7 tempat duduk, 6AT โ€“ RM 211,498
  • 2.5G naturally aspirated petrol 4WD 6 tempat duduk, 6AT โ€“ RM 235,498
  • 2.2D turbo diesel 4WD 6 tempat duduk, DCT 8 kelajuan โ€“ RM 255,228

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Kia Sorento 2.2D AWD 6-seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda