window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya

Mersita Β· Jul 28, 2023 11:45 AM

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 01

Selepas pelancarannya di Filipina dan Singapura, Mazda CX-60 2023 kini mendarat di satu lagi negara ASEAN iaitu Indonesia dalam dua edisi ketika pelancarannya iaitu Kuro Edition dan Elite Edition. SUV terbaru keluaran Mazda ini diimport (CBU) daripada Jepun dan dijual di negara itu pada harga IDR 1,188,800,000 (~RM 359k).

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 02

Walau ada dua edisi, trenkuasa yang ditawarkan hanya satu iaitu sistem hybrid sederhana e-Skyactiv G 3.3 liter inline-6 berpengecas turbo yang menghamburkan 280 PS dan 450 Nm. Unit ini digandingkan dengan kotak gear automatik 8 kelajuan yang memacu keempat-empat roda. CX-60 spesifikasi Indonesia hanya boleh didapati dalam pacuan semua roda (AWD), manakala pasaran-pasaran lain ada menawarkan pacuan roda belakang (RWD).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 01

CX-60 Elite Edition

Perbezaan antara dua edisi yang ditawarkan di Indonesia sebahagian besarnya merangkumi trim luaran dan dalaman. Elite Edition didatangkan dengan rim aluminium hitam metalik 20 inci, cermin sisi warna sama dengan badan kereta, gril hadapan jenis β€˜bar’, stereng kulit berwarna hitam, dan sarung kerusi kulit Nappa berwarna putih.

Juga baca: Mazda CX-60 dilancar di Australia - hibrid sahaja, 328 PS/500 Nm, bakal tiba di Malaysia!

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 02

CX-60 Kuro Edition

Di samping itu, Kuro Edition pula tampil dengan rim aluminium hitam metalik 20 inci, cermin sisi warna hitam berkilat, gril hadapan corak sarang lebah, stereng kulit dwi-tona, dan sarung kerusi kulit Nappa corak β€˜quilt’.

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 03

CX-60 spesifikasi Indonesia didatangkan dengan Kinematic Posture Control (KPC) yang mengimbangkan SUV ini di selekoh dan memberi keselesaan tambahan kepada penumpang. Ia juga dilengkapi Driver Personalisation System yang melaraskan posisi tempat duduk pemandu secara automatik dengan menggunakan pengesan kamera.

Juga baca: Mazda persiap Mazda CX-60 untuk melawan Harrier, harga sekitar RM 250k menyusul ke Malaysia?

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 04

Dari segi fungsi keselamatan pula, CX-60 di Indonesia ditawarkan dengan 7 beg udara dan suite ADAS i-Activsense yang merangkumi:

  • Adaptive LED Headlamps (ALH)
  • Smart Brake Support (SBS) and Forward Obstruction Warning (FOW)
  • Mazda Radar Cruise Control (MRCC)
  • Cruising and Traffic Support (CTS)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)
  • Lane-keep Assist System (LAS)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross-traffic Alert (RCTA)

Indonesia lancar Mazda CX-60, harga bersamaan RM 360k - berbaloi? Ini spesifikasinya 05

Bagaimana pula dengan Malaysia? Mazda CX-60 masih mempunyai kemungkinan untuk diperkenalkan di pasaran kereta menerusi pengedar rasminya, Bermaz, di masa hadapan.

Juga baca: Mazda CX-60 boleh diperkenalkan di Malaysia, ini segalanya yang anda perlu tahu

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Mazda CX-60 Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda