window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate?

Mersita · Aug 19, 2023 06:00 PM

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 01

SUV segmen C terbaru Mitsubishi Xforce yang didebut secara global di Gaikindo International Indonesia Auto Show (GIIAS) 2023 minggu lalu dijangka dapat membawa saingan sengit dalam pasaran segmennya dan dilagakan dengan HR-V.

Menurut portal AutoFun.ID, Xforce di Indonesia dipakejkan dalam 2 varian iaitu Exceed dan Ultimate; masing-masing dijual pada harga IDR 379.9 juta dan IDR 412.9 juta (~RM 114.8k dan ~RM 124.9k). Dengan perbezaan harga kira-kira IDR 33 juta (~RM 10k), apakah kelainan antara kedua-dua varian ini?

Rupa bentuk kekal sama

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dari segi rupa bentuk, Mitsubishi Xforce Exceed dan Ultimate tidak kelihatan berbeza. Kedua-duanya tampil dengan konsep rekaan ‘Dynamic Shield’ dengan daytime running lights (DRL) jenis LED berbentuk ‘L’ yang digandingkan dengan lampu hadapan LED di bawahnya. Lampu kabus di bahagian bawah bampar juga serupa.

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 01

Dari sisi, kedua-dua varian ini juga mempunyai gerbang tayar dan rim dwi-tona 18 inci yang sama. Rekaan bahagian belakang dengan lampu brek bentuk ‘T’ jenis LED juga sama, namun lencana ‘Ultimate’ di pintu but sahajalah yang membezakan kedua-dua varian ini dimana Exceed tiada lencana.

Perbezaan ruang kabin lebih ketara

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 02

Mitsubishi Xforce varian Ultimate ditunjukkan

Walaupun sama saja dari segi rupa bentuk luarannya, perbezaan antara kedua-dua varian ini lebih ketara di ruang kabinnya. Xforce Ultimate sebagai varian flagship tampil lebih premium dengan kemasan fabrik mélange rona cerah di bahagian bawah papan pemukanya, berserta trim warna coklat cair di sekeliling kabin. Bagaimanapun, varian Exceed juga masih cukup moden dengan rona hitam sepenuhnya berserta material lembut di papan pemuka dan trim pintunya.

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 03

Mitsubishi Xforce varian Ultimate ditunjukkan

Selain itu, varian Ultimate turut dilengkapi dengan pencahayaan ambien yang tiada pada Exceed. Sistem hiburan di kluster tengah varian Ultimate memaparkan skrin sentuh 12.3 inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Sementara itu, dalam varian Exceed yang lebih rendah, skrin sentuhnya kecil sedikit bersaiz 8 inci tapi masih dengan sambungan yang sama.

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 04

Mitsubishi Xforce varian Exceed ditunjukkan. Kluster instrumen Ultimate pula digital sepenuhnya

Naiktaraf juga melarat di kluster instrumennya dimana varian Ultimate dilengkapi skrin digital sepenuhnya bersaiz 8 inci, manakala varian Exceed hanya diberi meter separa digital; analog untuk speedometer dan tachometer dalam skrin bersaiz 4.2 inci. Penambahan lain pada varian tinggi termasuklah pad pengecas tanpa wayar dan penapis Nanoe X pada sistem pendingin hawanya.

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 05

Mitsubishi Xforce varian Ultimate ditunjukkan

Sistem audio Dynamic Sound Yamaha Premium dengan 8 buah ‘speaker’ yang dibangunkan khas antara Mitsubishi Motors Corporation (MMC) dan Yamaha Corporation ini juga hanya boleh didapati dalam Xforce varian Ultimate. Bagaimananpun, varian Ultimate hanya dilengkapi sistem audio standard dengan 6 buah ‘speaker’.

Fungsi pelbagai dan kelengkapan keselamatan

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 06

Mitsubishi Xforce Ultimate sebagai varian flagship dilengkapi beberapa fungsi lebih canggih berbanding Xforce Exceed yang lebih asas. Xforce Ultimate mempunyai pintu but elektronik dengan fungsi ‘kick sensor’ untuk operasi bebas tangan, berserta kawalan lampu automatik – tiada pada Exceed.

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 07

Mitsubishi Xforce varian Ultimate ditunjukkan, dilengkapi Drive Mode

Dari segi kelengkapan keselamatan, kedua-dua varian Xforce dilengkapi 4 beg udara, ABS, EBD, dan BA. Kelengkapan ADAS bagi kedua-duanya turut merangkumi Active Stability Control, Active Yaw Control, Hill Start Assist, Blind Spot Warning, Rear Cross Traffic Alert, dan lain-lain.

Bezanya hanya dua; iaitu Tire Pressure Monitoring System (TPMS) dan sensor parkir, yang tidak dipadatkan di dalam varian rendah Exceed.

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 08

Mitsubishi Xforce Ultimate mempunyai 4 mode pemanduan; Normal, Wet, Gravel, dan Mud yang boleh dipilih untuk menyesuaikan pemanduan dengan keadaan jalan semasa. Mode ‘Wet’ didebut pada Xforce Ultimate dalam rangkaian model Mitsubishi Motors.

Juga baca: Dibina untuk redah banjir, jalan berlubang - Ini caranya Mitsubishi Xforce ditala khas bagi ASEAN

Kesimpulan

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 09

Melihat pada betapa panjangnya jurang perbezaan antara varian Mitsubishi Xforce Exceed dan Ultimate di atas, berbaloikah pembeli di Indonesia untuk naiktaraf kepada varian tinggi dengan kos bersamaan RM 10k?

Juga baca: Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V

Beza harga bersamaan RM 10k, apa perbezaan antara Mitsubishi Xforce varian Exceed dan Ultimate? 10

Mitsubishi Xforce varian Exceed ditunjukkan, tiada lencana varian

Perlu diingatkan spesifikasi Mitsubishi Xforce bagi pasaran Malaysia mungkin berbeza spesifikasinya. Xforce dikuasakan oleh enjin 1.5 liter MIVEC 4 silinder yang sama dengan Xpander, menjana kuasa 105 PS dan tork 141 Nm. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear CVT.

Juga baca: Ini sebab kenapa Mitsubishi Xforce hanya pakai enjin 1.5 NA dari Xpander, bukan turbo macam HR-V

Setakat waktu penulisan, Xforce telah disahkan untuk pasaran Malaysia. Bagaimanapun, masih belum diumumkan samada ia akan mengikut jejak langkah Xpander yang dipasang tempatan (CKD) di Malaysia atau tidak.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2024 Mitsubishi Xforce 1.5L 2WD CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda