window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V

Mersita · Aug 10, 2023 03:30 PM

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V 01

Mitsubishi Motors Corporation telah menayangkan SUV kompak serba barunya, Mitsubishi Xforce, di Gaikindo Indonesia Auto Show 2023.

Digelar sebagai pewaris kepada ASX dan diprebiu oleh XFC Concept, SUV kompak 5 tempat duduk baharu keluaran Mitsubishi ini dirancang untuk dijual di pasaran Indonesia terlebih dahulu, kemudiannya barulah pasaran ASEAN lain dan juga Asia Selatan, Amerika Latin, Timur Tengah, dan Afrika.

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Takao Kato, Presiden dan CEO Mitsubishi Motors berkata, “SUV kompak ini dibangunkan sebagai jawapan kepada keperluan pemandu di rantau ASEAN dan telahpun melalui penalaan berulang-ulang di dalam suasana jalan raya rantau ini. Kami berharap Xforce serba baru akan menjadi rakan yang sesuai untuk sebarang pengembaraan yang pemandu akan tempuhi, memberikan mereka kuasa tambahan untuk melangkah jauh dan mengalami sesuatu yang baru.”

Dengan ukuran panjang 4,390 mm, lebar 1,810 mm, dan tinggi 1,660 mm; Xforce adalah lebih besar daripada ASX di pasaran sekarang. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan saiz antara Xforce dengan model yang digantikannya dan juga Honda HR-V:

Ukuran saiz Mitsubishi Xforce vs. ASX & HR-V
  Xforce ASX HR-V
Panjang (mm) 4,390 4,295 4,385
Lebar (mm) 1,810 1,770 1,790
Tinggi (mm) 1,660 1,615 1,590
Jarak Roda (mm) 2,650 2,670 2,610

Xforce dikuasakan oleh enjin 1.5 liter MIVEC 4 silinder yang sama dengan Xpander, menjana kuasa 105 PS dan tork 141 Nm. Enjin ini digandingkan dengan kotak gear CVT.

Juga baca: Spyshot: Mitsubishi XFC dikesan di Vietnam - saingan X50 dan HR-V yang akan dilancarkan Ogos 2023?

Xforce menyalurkan kuasa ke roda hadapan di samping menampilkan teknologi kawalan 4WD Mitsubishi yang terkenal. Oleh yang demikian, Xforce menawarkan 4 mode pemanduan iaitu Normal, Wet, Gravel, dan Mud yang dimodulasikan oleh sistem Active Yaw Control (AYC) untuk melaraskan tork antara roda kiri dan kanan di hadapan.

Bagi suspensinya pula, Xforce menampilkan suspensi hadapan MacPherson dan suspensi belakang ‘Torsion beam’ yang telahpun ditala secara spesifik untuk keperluan pemandu di rantau ASEAN. Menurut Mitsubishi, Xforce didatangkan dengan ‘bushes’ suspensi belakang yang ditala khas serta silinder penyerap hentakan bersaiz besar untuk memberikan pemanduan yang selesa walau di laluan mencabar.

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V 01

Mitsubishi XFC Concept ditunjukkan

Buat masa ini, Xforce disediakan dengan hanya satu varian yang dipasang dengan pakej rim dan tayar 225/50 R18 besar – memberikan Xforce jarak lega bumi luas sehingga 222 mm, serta sudut pendaratan 21.0 darjah dan sudut pelepasan 30.5 darjah. Mitsubishi juga menyatakan bahawa radius pusingan Xforce ialah 5.2 m.

Bagi aspek keselamatan pula, Xforce menawarkan 6 beg udara sebagai standard berserta set ADAS yang terdiri daripada Adaptive Cruise Control (ACC), Forward Collision Mitigation (FCM), Automatic High Beam (AHB), Lead Car Departure Notification (LCDN), Blind Spot Warning (with Lane Change Assist function) (BSW/LCA), dan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V 02

Di bahagian dalamnya pula, kabin Xforce dilengkapi panel instrumen meter yang lebar dari hujung ke hujung dan dikemaskan dengan fabrik ‘Melange’. Berteraskan konsep rekaan Horizontal Axis Mitsubishi, Xforce didatangkan dengan skrin infohibur Smartphone-link Display Audio (SDA) bersaiz 12.3 inci dan satu lagi skrin 8.0 inci sebagai paparan digital pemandu.

Unit SDA ini serasi dengan Android Auto dan Apple CarPlay, selain menyokong sambungan WebLink dan paparan skrin telefon pintar. Lagi, Xforce dilengkapi sistem audio yang dibangunkan khas bersama Yamaha; digelar sebagai Dynamic Sound Yamaha Premium.

Juga baca: Unit produksi Mitsubishi XFC Concept akan debut Ogos 2023 - Indonesia buka tempahan, ASX kembali?

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V 03

Bagi menyediakan ruang kabin lebih selesa dan memudahkan, Xforce dilengkapi ruang simpanan yang banyak; termasuklah ruang kecil yang boleh memuatkan sehingga 15 buah botol minuman plastik, dan konsol lantainya juga menggunakan udara sejuk daripada pendingin hawa bagi menyejukkan minuman anda. Ruang simpanan untuk gajet juga banyak, berserta pengecas tanpa wayar di konsol tengah, soket ACC di setiap barisan, dan ruang untuk menyimpan telefon bimbit di setiap satu tempat duduk.

Mitsubishi Xforce serba baru debut di Indonesia - Pewaris ASX bawa saingan kepada HR-V 04

Walaupun kapasiti ruang butnya masih belum dimaklumkan, Mitsubishi berkata bahawa Xforce menawarkan ruang kargo yang cukup besar untuk memuatkan bagasi, malah juga basikal, dengan lantai but yang boleh dilaras ketinggiannya serta tempat duduk belakang boleh dilipat 40/20/40.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2024 Mitsubishi Xforce 1.5L 2WD CVT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda