window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Rekaan MPV misteri tertiris; adakah ini Toyota Alphard generasi baharu 2023?

Haris ยท Apr 11, 2023 09:00 AM

Spyshot: Rekaan MPV misteri tertiris; adakah ini Toyota Alphard generasi baharu 2023? 01

Kurang daripada dua bulan selepas imej belakang dan dalaman Toyota Alphard generasi baru tertiris, kita kini dapat melihat gambaran rekaan hadapan MPV mewah yang bakal dikemaskini ini tidak lama lagi.

Spyshot: Rekaan MPV misteri tertiris; adakah ini Toyota Alphard generasi baharu 2023? 02

Gambar bocor yang dikatakan Toyota Alphard generasi baru ini mula muncul dalam satu siaran langsung di saluran Youtube ใใ‚‹ใพใฎๆ•™็ง‘ๆ›ธ dan telah menjadi perbualan hangat di internet.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun gambar tunggal MPV yang dikatakan Toyota Alphard generasi baru ini agak kabur, ia menunjukkan lampu hadapan MPV yang baru, kini tampil dengan corak seperti blok yang rumit.

Spyshot: Rekaan MPV misteri tertiris; adakah ini Toyota Alphard generasi baharu 2023? 01

Kredit: B Channel

Dakwaan bahawa gambar ini adalah Toyota Alphard baru disokong dengan gambar komponen lampu hadapan MPV tersebut. Nampaknya Alphard mungkin menawarkan dua reka bentuk lampu hadapan yang berbeza, satu dengan corak blok seperti yang dilihat dalam gambar tersebut, diikuti oleh reka bentuk lain dengan satu jalur LED.

Baca: Gran Turismo 7 beri pemain "cuba" berlumba dengan Toyota Alphard!

Spyshot: Rekaan MPV misteri tertiris; adakah ini Toyota Alphard generasi baharu 2023? 02

Selain itu, corak blok pada lampu hadapan juga sejajar dengan gambar-gambar awal bahagian belakang yang tertiris. Toyota Alphard baharu juga bakal mengenakan corak blok pada lampu ekor LED-nya.

Baca: Spyshot: Kabin dalaman Toyota Alphard generasi baharu tertiris, TNGA dengan kemewahan dalaman!

Spyshot: Rekaan MPV misteri tertiris; adakah ini Toyota Alphard generasi baharu 2023? 03

Walaupun bahagian lain dalam gambar terlalu gelap untuk dikenal pasti, kami tidak akan terkejut jika Alphard yang baru ini mempunyai gril hadapan yang besar - sama seperti model sebelumnya.

Bercakap mengenai model terdahulu, UMW Toyota Motor telah menghentikan model Toyota Alphard generasi-AGH30 di Malaysia kerana syarikat itu sedang berusaha keras untuk menyelesaikan pesanan tertunggak.

Namun, laporan dari Jepun mengatakan bahawa Toyota mungkin akan melancarkan Toyota Alphard 2023 yang baru pada Mei 2023, kurang dari sebulan lagi.

Baca: 340 PS Mega Van? Toyota Alphard Hybrid mungkin menyusul Mei 2023 ini!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Alphard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda