window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India

Mersita · Jun 15, 2023 12:00 PM

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 01

Sumber gambar spyshot: Motorbeam

Maruti Suzuki ialah pengeluar kereta No.1 di India; dan dari beberapa aspek, ia lebih kurang sama dengan Perodua. Bagaimanapun, selain daripada membuat model-model Suzuki, ia mempunyai hubungan dengan Toyota di negara itu.

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 02

Sumber

Inilah sebabnya beberapa model Suzuki yang dijual di India (dan Afrika Selatan) ditawarkan dengan lencana Toyota. Namun, buat julung kalinya, model Toyota pula yang dilencanakan semula (rebadged) sebagai Suzuki di India – seperti yang berlaku pada Innova Zenix ini.

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 03

Sebelum ini, model-model Toyota pernah dilencanakan semula sebagai Suzuki di luar pasaran India. Eropah, misalnya, ada Suzuki Across berasaskan RAV4 dan Suzuki Swace berasaskan Corolla Wagon. Di Jepun pula ada Suzuki Landy yang berasaskan Toyota Noah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Akhirnya di Malaysia - Toyota Voxy & Noah 2023 serba baharu tiba sebagai model recond, dari RM 228k

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 01

Nama “Invicto” telahpun didaftarkan di jabatan IP India

Pada mulanya, ia dijangka diberi nama Maruti Suzuki Engage. Media otomotif di India sejak itu melaporkan yang ia akan diberi nama Maruti Suzuki Invicto. Berdasarkan ‘spyshot’ diambil oleh Motorbeam, nampak gayanya ia hanyalah sekadar ‘rebadge’ kosmetik dihiasi jejaring hadapan Suzuki.

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 02

Innova berlencana Suzuki ini telahpun diacah di media sosial dengan tarikh pelancaran 5 Julai 2023. Ia akan dijual di pusat-pusat pengedar Maruti Suzuki Nexa, bilik pameran mewah jenama itu, dan ia akan menjadi model flagship mereka.

Juga baca: Retrospektif: EON & USPD - Ketika Proton mempunyai rangkaian pengedar berasingan seperti Toyota pada 90an

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 03

Berdasarkan ‘rebadge’ terkini yang dilaksanakan antara Suzuki dan Toyota, besar kemungkinan Invicto/Engage ini akan menampilkan trenkuasa dan kelengkapan Toyota yang sama. Berbeza dengan Innova Indonesia, model di India lebih mewah dengan tetapan audio 9 ‘speaker’ JBL berserta tempat duduk ottoman elektronik untuk barisan tengah.

Juga baca: Spesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross

Digelar di India sebagai Innova Hycross, ia ditawarkan dengan enjin petrol atau hybrid 2.0 liter dikalangan 6 varian. Mungkin pilihan bagi versi Suzuki itu kelak lebih sedikit kerana Innova mempunyai reputasi yang kuat di India.

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 04

Sumber

Di Malaysia pula, Toyota Innova Zenix 2023 dijangka akan tiba tidak lama lagi memandangkan beberapa foto yang menunjukkan lori kereta membawa beberapa unit MPV crossover ini sudahpun dikesan di media sosial.

Juga baca: Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k?

Spyshot: Toyota Innova Zenix 2023 dilencana semula sebagai Suzuki di India 05

Innova Zenix spesifikasi Indonesia ditunjukkan

Berbeza dengan model generasi AN140 dipasang tempatan (CKD) yang dijual di pasaran masa ini, model generasi AG10 serba baru itu nanti akan diimport (CBU) daripada Indonesia. Maka, kita boleh jangkakan Innova Zenix dijual pada harga sekitar RM 150,000 apabila ia mendarat di pasaran Malaysia kelak.

Juga baca: UMW Toyota: Satu model serba baharu & satu model facelift akan dilancarkan pada 2023 - Innova & Yaris?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda