window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

UMWT sah lancarkan Toyota Innova Zenix 2023 pada Rabu, 21 Jun

Mersita ยท Jun 19, 2023 02:00 PM

UMWT sah lancarkan Toyota Innova Zenix 2023 pada Rabu, 21 Jun 01

Varian Indonesia ditunjukkan

Penantian warga Malaysia untuk Toyota Innova Zenix 2023 serba baru bakal berakhir tidak lama lagi kerana UMW Toyota Motor (UMWT) baru saja mengeluarkan gambar acah untuk MPV 7 tempat duduk generasi paling moden keluaran Toyota ini.

Innova generasi ketiga dijangka akan didebut di Malaysia pada Rabu, 21 Jun 2023 dan UMWT juga menyediakan borang pendaftaran minat untuk diisi orang ramai di laman webnya, berserta jam detik bagi menanti pelancaran dalam masa dua hari lagi.

UMWT sah lancarkan Toyota Innova Zenix 2023 pada Rabu, 21 Jun 02

Di Indonesia, Innova Zenix boleh didapati dengan dua trenkuasa Dynamic Force iaitu enjin petrol 2.0 liter M20A-FKS (174 PS/205 Nm) dan trenkuasa hybrid 2.0 liter M20A-FXS yang menggabungkan enjin petrol (152 PS/187 Nm) dengan sebuah motor elektrik (113 PS/206 Nm).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga baca: Setanding Jepun? Indonesia mula eksport model hybrid buatan tempatan menerusi Toyota Innova Zenix!

UMWT sah lancarkan Toyota Innova Zenix 2023 pada Rabu, 21 Jun 01

Varian Indonesia ditunjukkan

Kedua-dua enjin ini digandingkan dengan kotak gear automatik CVT yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan. Innova Zenix dibina berasaskan platform unibody TNGA-C dan bukannya chassis โ€˜ladder-frameโ€™ IMV seperti generasi-generasi sebelumnya.

UMWT sah lancarkan Toyota Innova Zenix 2023 pada Rabu, 21 Jun 02

Varian Indonesia ditunjukkan

Berbeza dengan Innova generasi AN140 sekarang yang dipasang domestik (CKD) di kilang ASSB Shah Alam, Innova Zenix serba baru ini akan diimport sepenuhnya (CBU) daripada kilang PT Toyota Motor Manufacturing Indonesia (TMMIN) di Karawang. Oleh itu, mungkin harga jualan Innova Zenix di Malaysia boleh jauh lebih mahal daripada RM 150,000.

Imbas semula, Innova CKD 2 varian yang dijual di pasaran sekarang berharga antara RM 133,880 (2.0 G) sehingga RM 141,880 (2.0 X).

Juga baca: Toyota Innova 2023 serba baharu akan lebih mahal - CKD kepada CBU Indonesia, harga atas RM 150k?

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda