window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force?

Faisal Β· May 23, 2023 05:45 PM

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force? 01

Kira-kira 6 bulan selepas membuat debut global di Indonesia, Toyota Innova 2023 serba baharu nampaknya telah mula dilihat di Malaysia. Gambar ini diambil melalui perkongsian dari Facebook RiderAth yang mana beliau menjumpai lori angkut yang membawa sehingga 6 unit buat MPV ala SUV ini.

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force? 02

Menariknya, pelekat samaran yang diletakkan tidaklah banyak dan hampir mendedahkan keseluruhan rupa paras Innova yang berplatform TNGA-C tersebut.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force? 01

Bagi anda yang belum tahu, Innova generasi baharu menggunakan susunan pacuan roda depan (FWD), menggantikan platform ladder-fram IMV yang perpacuan roda belakang. Unit yang bakal tembus pasaran kita mungkin ada pilihan hybrid di mana ia selaras dengan pengumuman UMW Toyota Motor berkenaan rancangan elektrifikasi untuk pasaran Malaysia.

Kalau diikutkan, Innova Hybrid menggunakan enjin 2.0L NA Dynamic Force M20A-FXS yang dipadankan dengan transmisi e-CVT. Model di Indonesia menunjukkan output gabungan sebanyak 186 PS.

Juga bacaHibrid pemberi peluang, Toyota Innova Zenix 2023 akan dieskport ke lebih 40 pasaran serata dunia!

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force? 02

Bercakap mengenai Innova di sana, antara ciri yang ditawarkan termasuklah infotainment 9 atau 10 inci, brek parkir elektrik, bumbung suria panoramik dan ADAS Toyota Safety Sense.

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force? 03

Model sedia ada.

Buat masa ini, harga Innova generasi 2023 untuk pasaran kita masih menjadi misteri. Tetapi sebagai konteks, model yang ada sekarang dijual pada harga RM 133,800 untuk varian 2.0G AT dan RM 141,880 untuk varian 2.0X AT.

Spyshot: Toyota Innova Zenix generasi 2023 mula dilihat di Malaysia - enjin hybrid Dynamic Force? 04

Dengan mengambil kira faktor tekanan inflasi, kenaikan kos bahan mentah dan matawang Ringgit yang agak lemah, harga Toyota Innova Hybrid nanti mungkin berada sekitar julat RM 150,000.

Juga baca2023 Toyota Innova Zenix debut global - dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda