window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah?

Faisal Β· Jun 6, 2023 04:00 PM

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah? 01

Lakaran digital dari YouTube Bagrawala Design.

Menurut satu laporan dari AutoFun ID, Toyota Innova Zenix (Innova HyCross di India) akan tampil dengan model kembar dari Suzuki.

Bagi anda yang belum tahu, ini bukan kali pertama Suzuki menjenamakan semula model dari Toyota. Sebelum ini, antara model yang telah Suzuki ambil dari jenama tersebut ialah Suzuki Baleno (Toyota Glanza). Menariknya, Suzuki Ertiga di India juga dikaitkan dengan model Toyota Rumion.

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah? 02

Kembar Suzuki Baleno.

Mengenai Toyota Innova Zenix yang disebutkan, sumber lanjut mengatakan bahawa ia akan memakai nama Suzuki Engage.

Berdasarkan maklumat yang dikongsi dari YouTube Bagrawala Design pula, kereta tersebut akan dijual oleh Maruti melalui rangkaian pengedar Nexa. Untuk makluman anda, di pasaran India, merekalah yang menjual Baleno, XL6, Jimny dan Grand Vitara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah? 01

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah? 02

Perkongsian sama dari YouTube itu juga memperlihatkan satu lakaran digital tentang bagaimana agaknya rupa Suzuki Engage ini dan kalau anda dapat lihat, gril depan pada lakaran itu menerapkan unsur sama yang ada pada Suzuki Grand Vitara.

Reka bentuk rimnya juga nampak serupa dengan Grand Vitara. Begitu juga dengan sentuhan krom di antara kedua-dua lampu belakang.

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah? 03

Menariknya, beberapa paten reka bentuk seperti komponen baru termasuk gril depan, bampar depan dan bahagian lampu telahpun didaftarkan oleh Maruti.

Toyota Innova Zenix bakal hadir dengan versi Suzuki - pelancaran di India, harga akan lebih murah? 04

Kabin Toyota Innova HyCross di India.

Apapun, Suzuki dilaporkan menghadiri dua pilihan enjin yang sama seperti Innova Zenix iaitu nadi 2.0L NA M20A-FKS (174 PS, 205 Nm) dan unit 2.0L hybrid M20A-FXS (152 PS, 187 Nm) yang dibantu oleh motor elektrik 113 PS/206 Nm.

Jadi, adakah versi Suzuki buat Innova Zenix ini akan lebih murah? Sama-sama kita tunggu.

Juga bacaSpesifikasi lagi tinggi daripada Indonesia, Toyota Innova 2023 dilancar di India dengan nama HyCross

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Upcoming

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda