window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023!

Faisal Β· Jun 24, 2023 04:00 PM

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023! 01

Walaupun kereta yang dielektrifikasi masih belum mendapat sambutan menyeluruh di Indonesia, data di pasaran itu menunjukkan bahawa jualannya makin meningkat dan di sana, kenderaan hybrid ternyata lebih digemari berbanding EV.

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023! 02

Sama seperti di Malaysia, infrastruktur EV Indonesia lebih tertumpu di kawasan bandar. Disebabkan itu, jualan model EV dalam kategori individu jarang mencecah 1,000 unit setiap bulan. Menurut Gaikindo, EV paling laku di Indonesia untuk Mei lepas adalah Ioniq 5 (918 unit), diikuti dengan wuling Air (455 unit).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaWuling Air EV serendah RM 68k julang Indonesia jadi negara kedua terbanyak jualan kereta elektrik di ASEAN!

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023! 01

Hanya kedua-dua EV ini sahaja yang merekodkan jualan 3 angka pada Mei lalu dan tempat ketiga pula adalah BMW iX (60 unit). Kalau anda nak tahu, Toyota bZ4X jatuh di tangga ke-4 (47 unit). Antara sebab kenapa Ioniq 5 dan Wuling Air begitu laku adalah pemasangan lokal (CKD), sekaligus melayakkan kedua-dua EV mendapat rebat cukai.

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023! 02

Sementara itu pula, Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kenderaan hybrid paling laris di Indonesia pada bulan lepas (1,736 unit). MPV itu juga kenderaan dielektrifikasi paling laku di sana untuk Mei yang lalu. Kedudukan yang disandang itu diikuti oleh Suzuki Ertiga Hybrid (626 unit) dan Toyota Corolla Cross Hybrid (149 unit).

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023! 03

Bercakap mengenai Toyota, ia merupakan jenama hybrid paling diminati di Indonesia kerana separuh daripada model yang tersenarai dalam data jualan Gaikindo adalah dari pengeluar itu. Termasuk Lexus, Toyota mewakili bilangan model hybrid paling banyak di Indonesia iaitu sebanyak 7 buah model. Tidak lama lagi, bilangan itu akan menjadi 8 setelah Yaris Cross Hybrid mula meninggalkan impak.

Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023! 04

Selain Suzuki, dua model hybrid bukan Toyota yang agak laku di Indonesia pada bulan lepas adalah Nissan Kicks e-Power dan Wuling Almaz RS Hybrid. Honda pula tidak menawarkan model hybrid langsung, manakala Ora dan BYD pula belum lagi dijual di pasaran itu.

Juga bacaVideo: Belum puas 'usha' Toyota Innova Zenix MPV 2023 di Malaysia? Ini ubat tahan goda anda

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Innova Zenix 2.0 V (Dynamic Force engine)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda