window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja

Mersita · Jul 20, 2023 03:15 PM

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 01

Penantian warga Thailand untuk Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 serba baru telah berakhir apabila ia dilancarkan dengan 2 varian, dan harga bermula daripada THB 1,379,000 (~RM 185,100).

2 varian yang dimaksudkan ialah:

  • 2.0 HEV Smart - THB 1,379,000 (~RM 185,100)
  • 2.0 HEV Premium - THB 1,479,000 (~RM 198,500)

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walau Toyota Innova Zenix ditawarkan dalam dua pilihan trenkuasa di Malaysia iaitu Dynamic Force dan petrol hybrid, pasaran Thailand hanya menawarkan trenkuasa yang kedua. Sistem hybrid ‘series-parallel’ ini dikuasakan oleh kombinasi enjin 2.0 liter M20A-FXS Dual VVT-i kitaran Atkinson (152 PS/188 Nm) dan satu motor elektrik (113 PS/206 Nm).

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 01

Gabungan enjin dan motor elektrik ini membentuk sistem hybrid yang menjana kuasa 186 PS dan tork 206 Nm secara keseluruhan, digandingkan dengan kotak gear automatik e-CVT. MPV ini dilengkapi dengan bateri Ni-MH (Nickel-Metal Hydride) 1.3 kWj, dipasang di bawah tempat duduk penumpang hadapan.

Juga baca: Toyota Innova Zenix Hybrid adalah kereta hybrid paling laku di Indonesia untuk Mei 2023!

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 02

Toyota Innova Zenix Hybrid serba baru ini juga dibangun berasaskan platform monocoque TNGA-C, yang juga digunakan oleh Corolla Cross, menjadikannya model pacuan roda hadapan.

Spesifikasi varian Innova Zenix HEV 2.0 HEV Smart di Thailand

Luaran

  • Rim aloi 18 inci dengan tayar 225/50 R18
  • Lampu hadapan ‘multi-reflector’, DRL, lampu kabus hadapan, lampu brek, lampu brek ketiga – semuanya LED
  • Sistem lampu hadapan On/Off automatik
  • Lampu hadapan dengan fungsi ‘Follow-me-home’
  • Cermin sisi lipat automatik, dilengkapi lampu signal LED dan iluminasi cahaya ‘Welcome Lamp’
  • Pintu bonet elektronik dengan pengesan kaki (kick sensor)
  • Smart Keyless Entry, butang Engine Start/Stop

Dalaman

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 03

  • Tempat duduk pemandu dengan pelaras elektronik 8 arah
  • Pelaras stereng teleskopik
  • Pencahayaan ambien dalam kabin
  • Tempat duduk barisan kedua jenis ‘Captain seats’ boleh laras, masing-masing dengan meja lipat
  • Tempat duduk barisan ketiga dengan 50:50 ‘split’ dan boleh dilipat rata
  • Sistem penghawa dingin automatik dengan paparan digital
  • Salur penghawa dingin di siling untuk penumpang di belakang

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 04

  • Panel meter TFT bersaiz 7 inci
  • Sistem infohibur berskrin sentuh 10.1 inci - dilengkapi sambungan Apple CarPlay/Android Auto nirwayar, T-Connect
  • Port USB Type A dan Type C di hadapan
  • Dua port USB Type C untuk penumpang belakang
  • Dua Soket 12V

Juga baca: Malaysia lancar Toyota Innova Zenix 2023 - CBU, dari RM 165k, 7/8 penumpang, 2.0 Dynamic Force, HEV

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 05

Fungsi keselamatan Toyota Safety Sense

  • Electric Parking Brake (EPB)
  • Auto Brake Hold
  • Anti-lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brakeforce Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Vehicle Stability Control (VSC)
  • Traction Control System (TRC)
  • Hill-start Assist Control (HAC)
  • Emergency Stop Signal (ESS) apabila brek mengejut
  • Blind Spot Monitor (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Sistem Toyota Safety Sense (TSS)
  • Automatic High Beam Control
  • Pre-Collision System dengan Automatic Emergency Braking
  • Lane Departure Warning (LDW)
  • Lane Tracing Assist
  • All-Speed Dynamic Radar Cruise Control
  • Tire Pressure Monitoring System (TPMS)
  • Kamera undur untuk parkir mudah
  • 8 pengesan parkir (4 depan, 4 belakang)
  • 6 beg udara

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 dilancar di Thailand - harga bermula RM 185k, 2 varian saja 06

Bagi varian lebih mahal pula, Innova Zenix 2.0 HEV Premium ditambah dengan kelengkapan berikut:

  • Bumbung suria panoramik
  • Warna kabin dwi-tona Black dan Dark Chestnut
  • Cermin pandang belakang malap automatik
  • Paddle shifters
  • Tempat duduk baris kedua dengan pelaras elektronik dan perehat kaki Ottoman
  • Kamera sudut panoramik 360 darjah

Toyota Innova Zenix Hybrid 2023 di Thailand ditawarkan dalam 4 pilihan warna badan iaitu Dark Steel (Navy Blue), Attitude Black, Silver, dan Platinum White Pearl (tambah THB 10,000/~RM 1,342.52).

Juga baca: Varian Toyota Innova Zenix 2023 yang mana sesuai untuk anda - Dynamic Force vs. hybrid?

Innova Zenix Hybrid di Thailand disertakan dengan jaminan/waranti berikut:

  • Jaminan selama 5 tahun/150,000 km
  • Jaminan sistem hibrid selama 5 tahun, tanpa batasan jarak tempuh
  • Jaminan bateri selama 10 tahun, tanpa batasan jarak tempuh
@wapcar_zamil Mana satu pilihan anda? #learnontiktok #fypmalaysia #carmalaysia #reviewkereta #toyotainnova #innovazenix #toyota #innovamalaysia #umwtoyota #keretabaru #wapcar ♬ Luxury fashion (no vocals) - TimTaj

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Innova Zenix 2.0 V (Dynamic Force engine)

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda