window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k!

Zamil Syaheer · Sep 4, 2023 04:00 PM

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 01

Setelah Toyota Alphard dan Vellfire generasi AH40 dilancarkan di Thailand, kini tiba giliran Lexus LM 2023 pula. Diimport sepenuhnya dari Jepun, LM untuk pasaran Thailand serba baharu boleh didapati dalam dua varian:

  • LM 350j Executive 7 tempat duduk – THB 6.29 juta (~RM 833k)
  • LM 350h Executive 4 tempat duduk – THB 7.59 juta (~RM 1 juta)

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 02

Pada asasnya, Lexus LM 2023 adalah Alphard/Vellfire AH40 yang lebih mahal dengan susun atur empat tempat duduk. Luxury Mover generasi kedua ini menggunakan platform TNGA-K hanya trenkuasa hibrid sahaja yang ditawarkan untuk pasaran Thailand. Unit 2.5 liter 4-silinder A25A-FXS aspirasi semula jadi menghasilkan kuasa gabungan 250 PS dan tork 239 Nm.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sama seperti Alphard dan Vellfire berspesifikasi Thailand, sistem hibrid menghantar kuasa kepada keempat-empat roda melalui sistem pacuan empat roda elektronik E-Four.

Baca juga: 2023 Lexus LM generasi baharu didedahkan - 2.4L turbo / 2.5L hybrid, ruang peribadi VIP di atas roda!

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 01

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 02

Bagi varian 4 tempat duduk, anda dapat melihat bahagian belakang hanya dilengkapi oleh dua kerusi kapten gaya lounge. Terdapat juga dinding sekatan di antara penghuni hadapan dan belakang yang memuatkan skrin besar 48 inci, kaca privasi dengan kawalan pemalapan, serta bar mini.

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 03

Dengan penekanan pada keselesaan, LM 350h didatangkan daptive Variable Suspension (AVS) dengan Frequency-Sensitive Piston Valve sebagai standard. Hasilnya, pecutan dan brek ditala untuk meminimumkan pergerakan badan bagi penumpang belakang.

Baca juga: Malaysia terima Toyota Alphard/Vellfire 2023, tapi tiada Lexus LM. Mungkin belum lagi?

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 04

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 05

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 06

Ciri standard lain pada kedua-dua varian LM 350h di Thailand termasuk sistem bunyi premium Mark Levinson, bumbung suria berkembar, penyaman udara automatik dwi-zon dan cermin pandang belakang digital.

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 07

LM serba baharu juga boleh didapati dengan suite Lexus ADAS terkini, Lexus Safety System+ 3.0 yang disertakan dengan:

  • Sistem Pra-Perlanggaran (PCS)
  • Bantuan Penukaran Lorong (LCA) dengan Pemantau Titik Buta
  • Bantuan Pengesanan Lorong (LTA)
  • Kawalan Pelayaran Adaptif semua kelajuan
  • Lexus Teammate Advanced Park

Lexus LM 2023 serba baharu telah dilancarkan di Thailand - hibrid sahaja, dengan harga bersamaan RM 833k! 08

Malangnya, bagi ahli politik dan golongan VIP di Malaysia, Lexus LM tidak mungkin akan dilancarkan di negara ini tahun ini kerana UMW Toyota Motor (UMWT) akan memperkenalkan Alphard dan Vellfire generasi AH40 dahulu.

Buku pesanan untuk kedua-dua Alphard dan Vellfire telah dibuka dengan anggaran harga masing-masing diantara RM 538,000 dan RM 438,000.

Baca juga: UMWT buka tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023 di Malaysia, anggaran RM 538k dan RM 438k

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Lexus LM350 4-Seater

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda