Serupa kereta taikun - Modellista tawar 2 bodykit Toyota Alphard 2024 serba baru. Mana satu pilihan anda?
Mersita · Jul 4, 2023 05:00 PM
0
0
Toyota Alphard 2024 serba baru membuatkan ramai peminat teruja dan bagi yang mahukan lebih lagi aura mewah, modifikasi seperti ‘bodykit’ Modellista menjadi pilihan popular. Lebih menarik, 2 jenis ‘bodykit’ ditawarkan untuk MPV mewah ini untuk memberikan anda lebih banyak pilihan menggiurkan.
Regal Dignity Style
Garnish Style
Salah satu daripadanya dipanggil Regal Dignity Style, manakala yang satu lagi digelar Garnish Style. Sesuai dengan namanya, yang pertama adalah untuk mereka yang mahukan rupa lebih ‘extra’ dan ‘atas’, manakala yang kedua pula tampak lebih ‘simple’.
‘Grille’ garang jadi lebih garang dengan krom tambahan
Roof-spoiler mounted lightbar
Regal Dignity Style didatangkan dengan ‘spoiler’ hadapan, ‘skirt’ sisi, tambahan pada bampar belakang sekali dengan ekzos ‘twin-tip’ sebagai pelengkap. Kit ini memberi rupa lebih bersegi pada MPV ini – menambah lebih banyak krom pada ‘grille’nya, bampar depan (sekali dengan LED ‘signature’ pada rusuknya), dan juga ‘roof spoiler’ yang tampak ranggi dengan ‘light bar’ tersendiri.
Hiasan pada Garnish Style. Semua bahagian kit ini boleh ditambah sekali dengan Regal Dignity Kit bagi kombinasi yang lengkap lagi menawan
Bagi Garnish Style pula, secara amnya ia terdiri daripada hiasan biasa. ‘Bodykit’ ini menyerikan beberapa bahagian dengan tambahan krom pada ‘hood’, pintu, ‘fender’, cermin, 1/3 bahagian belakang, dan ‘bootlid’.
Kedua-dua ‘bodykit’ ini juga merangkumi rim Modellista WingDancer XVII bersaiz 20 inci berserta beberapa aksesori kecil lain seperti skru nombor plat, pencahayaan dalaman, set ‘lock nut’, dan juga pelindung suria berjenama.
Di samping itu, Gazoo Racing (GR) juga menawarkan beberapa naiktaraf prestasi untuk Alphard. Ia merangkumi ‘chassis braces’, ‘dampers’ prestasi di bawah tempat duduk belakang untuk memperhalusi NVH, dan juga ‘door stabiliser’ berserta ‘brace set’ untuk keselesaan tambahan.
Pemilik, taikun atau tidak, yang berminat untuk membeli ‘bodykit’ ini bolehlah mengikuti laman rasmi Modellista Malaysia yang sudahpun mula berkongsi beberapa gambar pakej-pakej bodykit Alphard dan yang lain-lain seperti Cool Shine Kit.
Pada Isnin, UMW Toyota Motor telah membuka tempahan buat Toyota Alphard dan Vellfire generasi AH40 di Malaysia dengan anggaran harga masing-masing pada RM 538,000 dan RM 438,000.
Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.