window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

1 dalam 3 kereta yang dijual di Indonesia pada 2022 ialah Toyota; Avanza, Veloz terlaris, 331k unit terjual secara keseluruhan

Zamil Syaheer Β· Jan 29, 2023 06:00 PM

1 dalam 3 kereta yang dijual di Indonesia pada 2022 ialah Toyota; Avanza, Veloz terlaris, 331k unit terjual secara keseluruhan 01

Toyota mempunyai sebab untuk bersorak gembira apabila pengeluar kereta itu berjaya menjual 331,410 unit kenderaan mereka di Indonesia pada tahun 2022. Hasilnya, Toyota menguasai 31.6% daripada jumlah volum industri (TIV) sebanyak 1,048,000 unit.

Dalam erti kata lain, 1 dalam setiap 3 kereta yang dijual di sana tahun lepas adalah Toyota.

1 dalam 3 kereta yang dijual di Indonesia pada 2022 ialah Toyota; Avanza, Veloz terlaris, 331k unit terjual secara keseluruhan 02

Toyota Avanza, adik-beradik Veloz dan Perodua Alza. Imej oleh Autofun.co.id

Bentuk badan MPV adalah juara jualan mereka. Toyota Avanza menyumbang kepada angka jualan sebanyak 60,619 unit, manakala 32,022 unit Toyota Veloz (dianggap sebagai model berasingan) menemui pemilik baru. Secara keseluruhan, duo Avanza-Veloz menyumbang kepada 92,641 unit – atau 1 dalam setiap 10 kereta baru yang dijual.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Walaupun Toyota Innova Zenix 2023 serba baru sudahpun dilancarkan, model Kijang Innova yang lebih lama masih berjaya menemui 46,933 pemilik baru. Apa-apapun, sejak pelancarannya pada November 2022, sebanyak 6,009 unit Innova Zenix sudah dijual.

Baca juga: 2023 Toyota Innova Zenix debut global - dari RM 122k, kini crossover dengan 2.0L NA & hibrid!

1 dalam 3 kereta yang dijual di Indonesia pada 2022 ialah Toyota; Avanza, Veloz terlaris, 331k unit terjual secara keseluruhan 01

Toyota bZ4X membuat penampilan pertamanya di Indonesia pada November tahun lepas

Untuk kenderaan elektrik (EV) dan hibrid pula, Toyota menjual sejumlah 4,463 unit. Ia merupakan peningkatan besar sebanyak 130% berbanding tahun 2021, di mana kurang daripada 2,000 unit telah dijual pada masa itu.

Baca juga: Pandang pertama EV Toyota bZ4X spesifikasi Malaysia - dilancarkan tak lama lagi?

1 dalam 3 kereta yang dijual di Indonesia pada 2022 ialah Toyota; Avanza, Veloz terlaris, 331k unit terjual secara keseluruhan 02

Toyota Innova Zenix 2023 serba baru, akan datang ke Malaysia tahun ini

Asia Tenggara umumnya merupakan pasaran yang kukuh untuk Toyota, lebih-lebih lagi pada tahun 2022. Di Thailand, mereka mengukuhkan kedudukan mereka sebagai jenama terlaris di sana (34% bahagian pasaran, atau 288,809 unit daripada 849,000 TIV), manakala di Malaysia, UMWT menjual 100,042 kenderaan untuk mengekalkan mahkota jenama bukan nasional terlaris.

Baca juga: UMWT - 90,595 unit terjual untuk YTD 2022; Toyota Vios D92A serba baru, GR Corolla, manual GR Supra bakal tiba!

 

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Toyota Avanza Upcoming Version

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda