window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pernah ada isu keselamatan, ASEAN NCAP sahkan prestasi pelanggaran sisi buat Toyota Vios 2023 AC100

Faisal Β· Sep 12, 2023 10:18 AM

Pernah ada isu keselamatan, ASEAN NCAP sahkan prestasi pelanggaran sisi buat Toyota Vios 2023 AC100 01

Anda ingat lagi tak isu pada April lepas di mana Daihatsu mengaku menghantar produk yang sedikit berbeza untuk beberapa model yang dibangunkan kepada badan piawaian tahap keselamatan? Secara spesifiknya, Toyota Vios DNGA di mana unit yang dihantar untuk ujian mempunyai komponen berbeza yang belum dipasang pada kereta produksi.

Kini, ASEAN NCAP iaitu agensi badan keselamatan jalan raya dari FIA, United Nations dan Global NCAP telah mengeluarkan keputusan pelanggaran untuk Toyota Vios 2023 AC100.

Dan sedan segmen B ini mendapat skor 5 bintang maksimum walaupun ASEAN NCAP mengecualikan prestasi impak tepi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pernah ada isu keselamatan, ASEAN NCAP sahkan prestasi pelanggaran sisi buat Toyota Vios 2023 AC100 01

Kalau anda nak tahu, keputusan ujian dari ASEAN NCAP ini juga konsisten dengan hasil ujian yang dikeluarkan oleh Vincotte iaitu agensi dari Belgium yang diluluskan oleh United Nations di mana ia turut disaksikan oleh pihak berkuasa pengangkutan jalan di Thailand.

Juga bacaSelepas diuji, Thailand sahkan tiada kesilapan untuk Toyota Vios 2023 - penghantaran diteruskan

Ujian semula itu menunjukkan bahawa kereta produksi masih menepati standard perlindungan impak tepi United Nations R95. Disebabkan inilah tiada pemanggilan semula dibuat.

Berbalik kepada keputusan ujian dari ASEAN NCAP, perlindungan impak tepi untuk bahagian dada sebenarnya agak lemah di mana Vios hanya mendapat skor 6.64 mata daripada 8.

Apapun, dengan penilaian perlindungan kanak-kanak dan sistem bantuan pemanduan yang canggih, Toyota Vios masih layak mendapat skor maksimum 5 bintang.

Pernah ada isu keselamatan, ASEAN NCAP sahkan prestasi pelanggaran sisi buat Toyota Vios 2023 AC100 02

Untuk makluman anda, skor ini tidak boleh dibandingkan dengan keputusan ujian ASEAN NCAP Honda City kerana penilaian untuk model tersebut dibuat pada tahun 2020 iaitu dengan protokol ujian yang lama dan tidak ketat seperti sekarang.

Juga bacaToyota Vios AC100 vs Honda City 2023 facelift - sebenarnya yang mana patut rakyat Malaysia beli?

Pernah ada isu keselamatan, ASEAN NCAP sahkan prestasi pelanggaran sisi buat Toyota Vios 2023 AC100 03

Sebagai contoh, protokol 2021-2025 sekarang sudah merangkumi penilaian dinamik untuk keselamatan penunggang motosikal (amaran titik buta) di mana ia satu kriteria unik dalam ASEAN NCAP. Selain itu, protokol ini turut menguji tahap keberkesanan brek kesemasan autonomi (AEB) yang dipanggil Toyota sebagai ciri Pre-Collision System (PCS).

Pernah ada isu keselamatan, ASEAN NCAP sahkan prestasi pelanggaran sisi buat Toyota Vios 2023 AC100 04

Antara fakta menarik ialah ujian penilaian Toyota Vios dari ASEAN NCAP ini dibuat di lab PC3 MIROS yang terletak di Melaka dan unit yang diuji datang dari kilang UMW Toyota di Bukit Raja.

Juga bacaMIROS bangunkan litar ujian 1 km dengan kos RM 10 juta, uji kaji protokol baharu ASEAN NCAP?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda