window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

MIROS bangunkan litar ujian 1 km dengan kos RM 10 juta, uji kaji protokol baharu ASEAN NCAP?

Haris ยท Aug 30, 2022 04:00 PM

MIROS bangunkan litar ujian 1 km dengan kos RM 10 juta, uji kaji protokol baharu ASEAN NCAP? 01

Kementerian Pengangkutan (MoT) dan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telah memulakan pembinaan Landasan Ujian Teknologi MIROS (MT3) bernilai RM10 juta dalam satu majlis pecah tanah MIROS Technology Test Track (MT3) di Sepang, Selangor pagi semalam.

Pengumuman mengenai pembangunan litar ujian MT3 tersebut telah digembar-gemburkan sejak Februari tahun 2021 lagi.

MIROS bangunkan litar ujian 1 km dengan kos RM 10 juta, uji kaji protokol baharu ASEAN NCAP? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, pembinaan litar MT3 sepanjang 1 kilometer yang akan dibina ini akan menjadi perintis kepada pelbagai ujian sistem keselamatan aktif dan pasif pada kenderaan di rantau Asia Tenggara amnya dan Malaysia khususnya.

"Say berharap agar pembangunan litar ini dapat menarik pihak swasta dan agensi-agensi yang lain untuk bekerjasama dengan MIROS bagi memastikan kenderaan yang dihasilkan dapat memenuhi spesifikasi yang ditetapkan agar kenderaan yang berada di pasaran adalah kenderaan yang bertaraf 5 bintang dan selamat untuk digunakan."

MIROS bangunkan litar ujian 1 km dengan kos RM 10 juta, uji kaji protokol baharu ASEAN NCAP? 01

"Saya berharap dengan terbinanya MT3 ini, agensi-agensi yang berkaitan terutamanya pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan dapat melaksanakan pengujian kepada kenderaan bagi proses kajian, penyelidikan dan juga bagi tujuan penilaian."

"Contohnya, bagi Proses Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dan penilaian kenderaan yang mengikut Standard Malaysia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Regulations) di peringkat antarabangsa." tambah beliau.

MIROS bangunkan litar ujian 1 km dengan kos RM 10 juta, uji kaji protokol baharu ASEAN NCAP? 02

Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon

Pengerusi Lembaga Pengarah MIROS, Prof Dr Wong Shaw Voon dalam ucapannya berkata MT3 akan menawarkan perkhidmatan ujian perlanggaran untuk pembekal aksesori jalan raya seperti pembahagi jalan dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan produk mereka memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Pada masa ini, ujian perabot jalan dijalankan di luar negara dan ia menanggung kos yang tinggi.

Beliau juga berharap litar ujian MT3 akan menarik lebih banyak pengeluar tempatan untuk mengeluarkan produk yang lebih menjimatkan kos, yang secara tidak langsung akan merangsang pertumbuhan industri pembuatan perabot jalan raya tempatan.

Litar ujian MT3 akan menjangkau tapak seluas 100 ekar dan dijangka siap pada penghujung tahun ini (2022). Pembinaan landasan ini dilaporkan menggunakan pembiayaan sendiri. Kemudian, MIROS itu akan memindahkan ibu pejabatnya ke tapak yang sama, di samping pembangunan makmal ujian kemalangan baharu dengan pembiayaan dari kerajaan.

Baca: Jalan sesak, tekanan hidup buat pengguna jalan raya di Malaysia mudah hilang sabar - MIROS

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda