window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini!

Faisal · Mar 5, 2023 04:00 PM

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 01

Pertengahan Februari yang lalu, kami dari WapCar dijemput oleh BYD SD Motors Malaysia untuk memandu uji kereta elektrik model BYD Atto 3 varian Extended dari Ara Damansara ke Tanjong Malim yang mana aktiviti tersebut meliputi pemanduan sejauh 240 km melalui lebuh raya dan juga jalan dalam. Kalau anda nak tahu, SUV ini mempunyai jarak pandu 480 km (100%) untuk sekali cas.

Spesifikasi BYD Atto 3 Extended di Malaysia
Harga RM 167,800
Trenkuasa Satu motor, FWD
Kapasiti bateri 60.48 kWj
Pengecasan 6.6 kW AC, 80 kW DC
Kuasa & tork 204 PS / 310 Nm
Asal CBU, China

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 02

Jadi, sepatutnya tiada masalah lah untuk pandu sejauh itu dan balik semula kan? Mengenai sesi pandu uji ini, masa kami bersama SUV segmen C EV yang menjadi sebutan ramai ini mungkin singkat tetapi laluan yang dipilih meliputi perjalanan jauh dan jalan yang berliku, diibarat macam balik kampung. Jadi, ini peluang yang cukup baik untuk menilai bagaimana SUV berkuasa elektrik ini berentap untuk penggunaan di luar bandar yang mana ia lebih realistik dan mencabar kerana jalannya berliku-liku dan tiada tempat mengecas. Tanpa melengkahkan masa, ini sedikit sebanyak dari apa yang kami rungkaikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Lambakan teknologi canggih

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 01

Pertama sekali, kita mulakan sewaktu hendak masuk ke dalam dan apa yang kami perasan ialah BYD Atto 3 akan mengeluarkan amaran suara sewaktu hendak membuka pintu (Door Open Warning, DOW) yang mana ia memberitahu untuk berhati-hati dan lihat kenderaan dari belakang sekiranya terdapat sebarang halangan. Kalau anda nak tahu, kereta ini juga ada sistem pembersih udara dan kuncinya didatangkan juga dengan jenis kad mudah alih. Canggih kan?

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 02

Bercakap tentang canggih, sebaik sahaja masuk ke dalam, apa yang kami perasan adalah betapa canggihnya teknologi yang ada pada kabin BYD Atto 3. Bukan setakat estetik, malah dari segi fungsi juga ia luar biasa moden. Sebagai contoh, konsol tengahnya ada tombol gear ala kapal pejuang dan infotainment yang BYD Atto 3 guna boleh dikatakan dari dimensi yang berbeza kerana orientasi skrinnya boleh ditukar dari melintang ke potret dengan sekelip mata sahaja.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 03

Cumanya, ada dua isu di sini iaitu dalam mod potret, penglihatan pemandu ke pukul 10 atau 11 memang terjejas kerana skrin 12.8 inci bukanlah kecil. Satu lagi adalah dari segi interface yang mana memang sukar buat rakyat konvensional seperti saya untuk guna. Sebagai contoh, nak melaras kesejukan penyaman udara pun boleh jem kepala nak kena cari. Itu belum lagi bab nak laras audio atau fungsi kenderaan. Akhirnya, saya pakai arahan suara terus dan nasib baiklah ia dapat tangkap.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 04

Tetapi apa yang harus dipuji adalah sistem kamera 360-darjahnya yang mana ia bukan setakat ada pilihan pelbagai sudut gambaran, malah nak rakam sebagai dashcam atau buat rakaman video pun boleh. Kualiti resolusi dan warna yang dipaparkan pun boleh dikatakan yang terbaik dalam segmen C.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 05

Berkenaan kluster digital itu sendiri, walaupun teramat kecil dan beresolusi rendah macam skrin telefon murah, interface yang ditunjuk sebenarnya cukup padat dan tidak memeningkan. Siapa sangka skrin yang sememeh macam ini sebenarnya tiada isu sangat dari segi paparan maklumat dan kepenggunaan.

2. Kualiti pemanduan yang betul dan begitu menyeluruh

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 06

Kemudian, masuklah kita ke bahagian pengalaman memandu dan sebaik sahaja bergerak, kami mendapati bahawa tempat duduknya begitu selesa dan empuk walaupun dengan reka bentuk kerusi yang nampak ranggi. Begitu juga pada bahagian belakang yang mana lantainya tidak tinggi macam kebanyakan EV di mana peha penumpang boleh rasa tergantung kalau duduk lama-lama.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 07

Dari segi pemanduan, talaan pedal breknya untuk kelajuan rendah sebenarnya agak ketat. Jadi, mengawal brek pada kelajuan bandar terasa susah kerana tekan sikit sahaja dah terhenjut badan ini dibuatnya. Tetapi kalau dah biasa, karakter brek seperti ini akan menyerlah pada pemanduan rancak kerana breknya rasa cukup mencengkam. Bercakap mengenai brek, sistem regeratifnya tidak begitu agresif walaupun dalam mod ‘High’. Jadi, untuk rakyat yang baru hendak berjinak dengan kereta elektrik takkan rasa janggal langsung.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 08

Selain itu, suspensinya juga begitu empuk dalam menyerap segala lubang atau permukaan kasar yang kami hadapi sewaktu mula masuk ke jalan dalam. Untuk pemanduan rancak pula, BYD Atto 3 masih boleh mengekalkan pergerakan badan dan tidak rasa terhuyung-hayang tetapi untuk SUV yang seberat 1,750 kg, istilah keyakinan untuk melayan selekoh itu bukan jiwa dia lah. Perkara ini juga dimainkan oleh faktor maklum balas stereng yang seakan tiada tetapi yang pastinya, rakyat takkan merungut kerana karakter pemanduan BYD Atto 3 sememangnya sangat santai dan asas e-platform 3.0 nampaknya cukup berkebolehan.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 09

Di samping itu, kuasa elektrik sebanyak 203 PS / 310 Nm juga rasa betul-betul laju sampaikan boleh terlintas di fikiran saya sama ada BYD sengaja ‘merendah diri’ atau tidak. Bercakap mengenai ini juga, pedal pecutannya cukup linear dan tidak begitu sensitif. Jadi, nak bergerak secara lancar pun amat mudah.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 10

Setelah syok melayan selekoh, tibalah kami di satu tempat berkumpul makan tengahari di mana BYD Atto 3 menayangkan kebolehan teknologi VTOL (V2L). Bagi anda yang belum tahu, ciri ini diibarat seperti bekalan kuasa ala powerbank untuk anda mengembara di kawasan yang tiada elektrik. Dalam kes ini, BYD Atto 3 boleh menghidupkan penjana kiosk kopi jalanan. Hebat kan? Macam ini baru betul-betul kereta elektrik kerana ia boleh menyalurkan sumber tenaga yang ada.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 11

Kemudian setelah perut kenyang, bersurailah kami untuk pulang ke KL. Memandangkan jalan yang kami pilih adalah lebuh raya terus-menerus, kami sempatlah tekan lebih untuk menguji BYD Atto 3 pada kelajuan tinggi dan apa yang mengagumkan adalah SUV ini sememangnya stabil. Bawa 160 km/j pun tetap rasa bersahaja. Tup-tup, dah sampai Ara Damansara semula. Kadar bunyi angin dan tayar pun tidak begitu kuat. Tetapi kalau dah bawa laju, macam air lah cas baterinya turun kerana tenaga elektrik tetap lebih efisien dalam kelajuan bandar.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 12

Setibanya kami di Ara Damansara, bacaan bateri menunjukkan jarak pandu lagi 208 km (43%). Dengan cuaca panas Malaysia yang memerlukan pendingin hawa yang kuat dan pemanduan kami yang tidak menjimatkan caj bateri langsung, jarak pandu yang tinggal dikira ok sangatlah tu.

Juga baca5 sebab bateri LFP Blade BYD Atto 3 lebih hebat berbanding EV saingan lain

Konklusi

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 13

Jadi, itulah sedikit sebanyak ruangkaian kami berkenaan BYD Atto 3 dan setelah menilai, logiklah SUV EV segmen C ini menjadi sebutan ramai kerana pengalaman EV yang diberinya cukup lengkap dan tiada kompromi dari segi praktikaliti sebuah SUV kerana dari awal lagi ia dibangunkan menggunakan platfrom elektrik.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 14

Walaupun ada beberapa isu fungsi (nak laras corong penyaman udara agak terhad) dan teknologi yang kami tidak berapa faham akan kenapa ia dibuat begitu, secara amnya, EV ini adalah SUV yang dibina dengan perincian yang teliti. Memang melebihi jangkaan untuk sesuatu jenama yang kita tidak biasa dengar iaitu BYD.

Pengalaman memandu EV BYD Atto 3 ke Tg. Malim - EV rakyat paling lengkap setakat ini! 15

Jadi, jemput-jemputlah uji pandu dan anda pasti akan kagum. Silap haribulan, boleh terbeli dibuatnya, asalkan anda tahu di mana tempat mengecas.

Juga baca100 pemilik pertama EV BYD Atto 3 di Malaysia terima kereta melalui penyerahan istimewa

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 BYD ATTO 3 Standard Range

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda