window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda?

Faisal · Aug 2, 2023 06:01 PM

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 01

Dalam pasaran automotif, kualiti dan segmen sangat berkait rapat di mana ia bukan setakat perbezaan saiz semata. Secara amnya, segmen lebih atas bermaksud kualiti yang lebih tinggi dari segi elemen dan perincian. Dan di sinilah Proton X90 ada sedikit kecundang berbanding pesaing lain dalam segmen D.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 02

Baru-baru ini, WapCar dijemput sekali lagi untuk memandu uji Proton X90 iaitu ke Gambang, Pahang dari ibu pejabat Proton di Centre of Excellence, Subang Jaya dan peluang yang diberi selama dua hari ini dapat merungkai segala aspek mengenai mutu Proton X90, khususnya varian Premium dan Flagship. Tanpa melengahkan masa, ini penjelasan kami mengenainya. Tetapi sebelum itu, kita mulakan dengan aspek yang bagus dahulu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Juga bacaRebiu: Pandangan pertama & uji pandu Proton X90 2023 di Malaysia; kami nak kata mantap, tapi...

Exterior

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 01

Yang pertama adalah dari segi penampilan. Sebagai SUV mercu, X90 berjaya menonjolkan imej sebagai anak sulung dalam barisan model Proton di mana ia nampak tegap dan sasa dari pelbagai sudut. Sentuhan lampu isyarat jenis sequential dan gril depan bergrafik berlian yang diterapkan istimewa pada SUV ini juga memperlihatkan unsur yang lebih mahal berbanding Proton X70 iaitu SUV segmen C yang cukup berjaya dalam pasaran Malaysia. Cumanya, penampilan bahagian belakangnya mungkin terlalu konservatif, sedikit kosong dan tidak begitu berkarakter macam X50 dan X70, tetapi ini mungkin di atas faktor model si penderma (Geely Haoyue).

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 02

Dalam faktor sama juga, bonet enjin Proton X90 hanya menggunakan penyendal manual yang anda perlu tongkatkan sendiri, bukan jenis penyendal gas (gas struts). Penutup enjin yang menyeluruh macam X70 untuk mengurangkan kadar NVH juga tidak diterapkan pada Proton X90.

Trenkuasa

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 03

Tetapi inilah apa yang bagusnya X90. Secara realistik, mutu perhalusannya tidak terjejas langsung kerana nadi hybrid sederhana (MHEV) 1.5 TGDI turbo 3-silinder dengan sistem Belt Starter Generator 48V yang diperkenalkan pada Proton X90 sangatlah lancar. Menghidupkan enjin baik melalui butang atau dari fungsi Auto Start Stop seolah-olah hanya macam menghidupkan suis lampu.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 04

Malah untuk kebanyakan situasi pemanduan, anda takkan sedar langsung akan enjin 3-silindernya kerana ia begitu senyap dan kurang getaran. Kalaulah ada bunyi deruman 3-silinder itu mungkin pada input minyak maksimum sahaja. Kualiti sebegini mungkin datang juga dari faktor nisbah gear DCT Proton X90 yang agak tinggi, sekaligus menghasilkan putaran rpm yang rendah untuk kebanyakan situasi. Sebagai konteks, gear 7 pada rpm 3,000 boleh menyokong sampai kelajuan 160 km/j. Hebat kan?

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 05

Bercakap mengenai DCT, karakter penghantaran kuasanya juga boleh dikatakan tiada jerk dan selain karakter creep yang sinonim dengan transmisi dwi-klac, mereka yang tidak mengetahui spesifikasinya mungkin takkan sedar bahawa ia bukan transmisi automatik jenis konvensional (AT).

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 06

Soal nadi itu sendiri, persoalan pasti tertimbul sama ada laratkah ia untuk pacu SUV seberat 1,7++ kg, itu pun belum muatan penuh. Tetapi dengan output sebanyak 190 PS dan 300 Nm tork dan teknologi yang diterapkan, jawapan sebenarnya ialah mencukupi. Tidak dinafikan bahawa enjin pada Proton X90 ini ada lag sekiranya dipandu secara rancak tetapi soal tindak balas input minyak yang responsif bukanlah sesuatu yang patut diharapkan untuk SUV keluarga sebegini.

Pemanduan dan pengendalian

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 07

Apa yang sinonim untuk SUV kategori segmen D ialah keselesaan dan di sinilah terungkainya satu lagi aspek yang bagus pada Proton X90 iaitu mutu suspensinya. Bagi anda yang belum tahu, kembarnya iaitu model di pasaran lain didapati begitu lemah dari segi penyerapan permukaan jalan dan kawalan badan dan Proton nampaknya telah menala semula dengan begitu baik. Sebagai contoh, lubang dan permukaan jalan yang teruk tidak begitu terasa dan pergerakan naik turun badan ketika melalui jalan yang beralun juga cukup terkawal.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 08

Gabungan kedua-dua kualiti dan pilihan mod stereng menghasilkan pemanduan jarak jauh yang cukup santai dan meyakinkan buat pemandu. Bahkan untuk kelajuan tinggi, suspensinya didapati lagi tenang daripada Toyota Camry iaitu antara jaguh segmen D untuk kategori sedan. Jadi, kebolehan yang dimiliki pada Proton X90 ini patut dipuji kerana suspensi SUV selalunya dibuat lebih keras untuk mengawal potensi body roll yang lebih ketara sewaktu selekoh diambil akibat pusat graviti yang lebih tinggi.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 09

Bercakap mengenai pemanduan, SUV gajah ini juga tidak terasa begitu besar untuk dipandu, mungkin di atas faktor jarak penglihatan yang bagus dan reka bentuk lekuk badan yang ideal untuk dijadikan penanda jarak dengan kereta berdekatan.

Satu lagi perkara yang patut diberi markah adalah tahap kesenyapan kabin. Cumanya kalau telinga anda jenis sensitif, bunyi angin pada had laju 110 km/j mungkin sedikit ketara.

Interior

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 10

Dan akhirnya. sampailah kita ke bahagian yang mendabik kontroversi dan di sinilah tersimpannya 1001 persoalan yang boleh menjatuhkan skor Proton X90. Dari segi persembahan, tidak dinafikan bahawa kabin X50 dan X70 lebih menyerlah tetapi mutu binaan dan bahan yang digunakan pada X90 secara teknikalnya lebih berkualiti. Selain baris ketiga yang sesuai untuk kanak-kanak sahaja, kabin Proton X90 memberikan ruang yang rasa luas dan lapang, betul-betul menyampaikan apa yang segmen D patut miliki. Tahap praktikaliti seperti tempat meletak barang juga tidak menjadi persoalan langsung.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 11

Namun, apa yang lemah pada kabin ini terus dapat dirasai sebaik sahaja anda masuk duduk kerana saiz tempat duduknya luar biasa kecil. Untuk pengetahuan anda, ia bukan setakat tirus, malah bangkunya juga cukup pendek. Sokongan peha yang diberi seolah-olah hanya separuh daripada panjang peha penulis. Rasa selesa itu ada tapi tidak cukup untuk segmen ini. Kalau difikirkan balik, tidak logik untuk segmen lagi atas mempunyai tempat duduk yang lebih kecil. Kami faham bahawa tidak banyak yang Proton dapat ubah dari arkitektur asal kerana ia akan memakan kos dan masa tetapi untuk standard tempat duduk dalam kategori ini, ia ternyata tidak cukup.

Juga bacaPembangunan Proton X90 khas untuk Malaysia - keutamaan pada suspensi, ujian cecah 1.2 juta km!

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 12

Untuk makluman anda, SUV dalam segmen D kebiasaannya memiliki tempat duduk besar bak ‘arm chair’ dan kusyen yang empuk. Kedua-dua perkara ini tidak dapat dirasai langsung pada Proton X90. Ciri perehat kepala ala bantal pada varian Flaghip yang dilihat begitu selesa juga tidak membantu langsung kerana sokongan yang diberi seakan menolak kepala ke hadapan.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 13

Dalam konteks ini, varian 7 tempat duduk iaitu Premium sebenarnya lebih selesa kerana sokongan dari perehat kepalanya rasa lebih semulajadi dengan postur badan dan bangku baris dua yang bersambung membuatkan tempat duduknya rasa lebih lebar.

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 14

Satu lagi persoalan yang dapat dipetik adalah pada operasi tombol gearnya. Anda mungkin sudah tahu bahawa untuk menukar gear secara manual pada Proton X90, tambah tolaknya dibuat dalam format kanan-kiri, bukan atas-bawah seperti yang kita sudah biasa. Itu pertama. Yang kedua pula, tombol jenis elektronik membolehkan pemandu untuk terus menukar ke posisi gear apa yang dimahukan sekiranya masuk lebih dalam, sekaligus memudahkan pemandu dan menjimatkan masa tetapi tidak pada X90. Dengan hanya satu tahap masuk, menukar dari R ke D atau D ke R memerlukan pemandu untuk tolak dua kali, betul-betul tidak menepati tujuan sebenar.

Konklusi

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 15

Walaupun dengan suspensi bagus, ciri yang melimpah ruah dan kabin yang praktikal, masih banyak yang boleh diperbaiki pada Proton X90, khususnya dalam bab keselesaan tempat duduk, lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan penanda arasnya iaitu Mazda CX-8 dan Hyundai Santa Fe. Malah, pesaing hakiki seperti Chery Tiggo 8 Pro sendiri memiliki kabin yang jauh lebih selesa dan rasa macam sebuah ‘luxobarge’.

Juga bacaMazda CX-8 & Hyundai Santa Fe adalah 'benchmark' buat Proton X90 - jadi apa hasilnya?

Rebiu: Proton X90 - SUV segmen D yang berbaloi tapi cukupkah untuk puaskan anda? 16

Namun begitu, usaha Proton untuk bertanding dalam kelas SUV segmen D sangatlah dihormati dan produk pertama mereka ini sebenarnya cukup memuaskan dari segi harga dan kelengkapan yang ditawarkan walaupun dengan ketiadaan sokongan Apple CarPlay/Android Auto. Sekian untuk kali ini dan nantikan rebiu penuh kami pada masa akan datang.

Juga bacaAndroid Auto/Apple Carplay untuk Proton bukan dalam masa terdekat, perisian X90 akan dipertingkat buat model baru

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

Proton X90 1.5TGDI BSG Standard 2023

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda