window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia?

Faisal · Apr 15, 2023 06:00 PM

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 01

Setiap orang pasti ada definisi kereta terbaik dalam kamus hidupnya. Tetapi kalau ikut logik akal, kriteria seperti harga boleh dimiliki, kabin yang praktikal dan luas, gaya, teknologi terkini, trenkuasa moden yang laju, keseimbangan pengendalian dan keselesaan, kelegaan tanah, jangka hayat, kos penyelenggaraan yang rendah serta saiz yang kompak akan membentuk sebuah pakej yang ideal. Tapi dalam dunia ini, mana ada benda yang sempurna kan?

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 02

Gambaran keseluruhan Honda HR-V 1.5 V
Harga RM 134,800
Segmen SUV segmen B
Enjin 1.5L turbo 4-silinder
Transmisi CVT
Kuasa 181 PS
Tork 240 Nm
Asal CKD, Pegoh, Alor Gajah, Melaka

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 03

Tempoh hari, kami berpeluang untuk menguji pandu Honda HR-V selama seminggu dan apa yang boleh dikatakan adalah crossover ini banyak memenuhi kriteria tersebut walaupun ada beberapa kekurangan. Tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan dengan rupa paras kerana inilah daya tarikan HR-V selama ini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Eksterior – stylo dan tidak nampak konvensional

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 01

Pertama sekali dari segi bentuk dan kalau anda masih ingat pada gambar dan video komersial waktu mula-mula keluar, ia tidak nampak begitu fotogenik tetapi melihat depan-depan, Honda HR-V kali ini betul-betul nampak memukau dan bergaya. Jika diletak bersebelahan dengan crossover kompak di segmen premium pun, mungkin HR-V takkan tenggelam langsung. Berbanding dengan pesaing terdekat iaitu Toyota Corolla Cross juga, rupa paras yang sebegini memang akan mencuri perhatian anda dahulu. Menariknya, varian pengenalan 1.5 S juga tidak nampak asas langsung.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 02

Antara aspek yang membantu menaikkan unsur gaya pada HR-V sudah tentulah elemen lampu belakang jenis melintang yang menjadi trend pada masa sekarang. Sentuhan ini sekaligus menjauhkan lagi jurang perbezaan dengan Corolla Cross dari segi keunggulan reka bentuk. Jadi, eksterior memang A.

Interior – premium dan praktikal

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 03

Bercakap mengenai gaya, kabin HR-V juga mengekalkan unsur seni yang mana ia memperlihatkan penampilan yang lebih menarik berbanding pesaing lain. Kalau anda masih ingat, peratusan bahan kulit pada bahagian dalam HR-V generasi terdahulu agak tinggi untuk segmennya dan sentuhan itu dikekalkan lagi pada generasi sekarang.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 04

Ditambah pula dengan tombol kawalan yang sedap dan bahasa reka bentuk terkini, pengalaman berada dalam kabin HR-V benar-benar rasa unik dan istimewa. Kalau bercakap secara kritikal, bahan plastik keras tetap ada tetapi apa yang bersentuhan atau dekat dengan mata anda sememangnya kulit belaka.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 05

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 06

Namun begitu, skrin infotainment yang dilengkapkan masih tiada ciri kamera 360-darjah dan ia juga bukan jenis skrin terapung seperti yang ada dalam pasaran lain. Tetapi dari segi pengalaman mengguna, sistem operasi dan kualiti audionya boleh dikatakan memuaskan dan nak buat sambungan Bluetooth atau Apple CarPlay/Android Auto pun hanya memakan masa beberapa saat sahaja. Cumanya, grafik dan perumah skrin itu sendiri tidak secantik yang ada pada Civic. Mungkin Honda di rantau ini betul-betul hendak menunjukkan bahawa walaupun dengan kabin premium, HR-V masih satu segmen di bawah Civic.

Juga bacaRebiu: Honda Civic RS 2022 - pakej mantap, inilah kereta bawah RM 150k terbaik di Malaysia!

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 07

Soal praktikaliti pula bagaimana? Well…kalau dah nama Honda, memang tak terlawan lah cerita dia dan tidak mengejutkan, SUV gaya hidup ini kekal dengan banyak tempat meletak barang dan ruang kabin yang luar biasa luas. Membandingkan aspek ini dengan Corolla Cross boleh dikatakan macam langit dan bumi.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 08

Mengenai corong penyaman udara azimat Air Diffusion System, ia benar-benar berkesan untuk mereka yang tidak suka hembusan terus ke anggota badan. Namun begitu, setiap kali tombol diubah ke mod Diffuse, kabin akan rasa sedikit panas tetapi itu hanya pada mula-mula sahaja.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 09

Kemudian beralihlah kita ke bahagian tempat duduk dan dalam hal ini, penulis ada banyak pengalaman ‘tak best’ dengan Honda, khususnya pada bahagian depan kerana apa yang selalu dirasa adalah sokongan yang tidak cukup atau rasa terlebih pada bahagian tulang belakang bawah. Syukurnya, sejak Honda City 2020 diperkenalkan, Honda telah memperbaiki isu ini dan selain Civic, nampaknya HR-V juga tidak terlepas daripada suntikan ini. Pendek kata, untuk segmen B, ia dikira benar-benar selesa dan boleh dikatakan setanding dengan tempat duduk Toyota.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 10

Apa yang bonusnya pada HR-V adalah pada tempat duduk belakang di mana ruang kakinya seluas alam dan kusyen serta sudut bangku dan sandarnya tidak akan buat penumpang merungut. Mengenai tempat duduk tengah, tidak dinafikan ia sedikit tinggi tetapi dengan ruang yang lapang beserta tabiat rakyat Malaysia yang suka selit selagi muat, HR-V sememangnya lulus dalam bab keperluan pengguna.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 11

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 12

Penutup but terbaik di dunia. Macam inilah yang patut semua pengeluar SUV contohi.

Cumanya, kapasiti but HR-V kali ini agak kecil tetapi keunggulan tempat duduk belakang jenis Ultra Seats yang boleh dikonfigurasi untuk mengutamakan barang berbanding penumpang terbukti sangat membantu. Jadi, A juga untuk bahagian kabin.

Pemanduan – dah solid tetapi ada 2 kelemahan utama

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 13

Kemudian, masuklah kita ke bab pemanduan dan buat julung kalinya, talaan yang dibuat pada suspensi HR-V benar-benar rasa berkualiti. Sebagai contoh, impak dari lubang jalan sudah rasa kemas dan tidak lagi “gedegang” bak tin kosong macam kebanyakan Honda generasi sebelumnya. Penyerapan cacat cela permukaan jalan juga dibuat dengan baik tanpa sebarang kekasaran. Ditambah pula dengan talaan brek dan minyak yang linear, ia secara tidak langsung membentuk pengalaman memandu yang selesa.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 14

Akan tetapi, sama seperti Honda-Honda generasi sekarang, pergerakan naik turun badan sewaktu melalui jalan yang beralun didapati sedikit keterlaluan. Itu baru naik seorang. Bayangkan kalau bawa banyak barang atau lebih penumpang. Penyerap hentakan (absorber) yang lembut sebegini secara tidak langsung boleh menjejaskan keyakinan pemandu sewaktu melalui jalan yang sebegitu. Penumpang juga mungkin boleh pening. Jadi dalam hal ini, anda yang berminat untuk beli HR-V mungkin kena beri sedikit penekanan.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 15

Kalau anda nak tahu, di sinilah Toyota Corolla Cross betul-betul tapau HR-V kerana kawalan badannya lebih kemas. Sementara kita bercakap tentang kekurangan, terdapat satu lagi isu yang boleh buat anda potong stim iaitu bunyi tayarnya tidak rileks langsung. Berdasarkan ujian tahap bunyi WapCar, Honda HR-V mencatatkan bacaan 70 dB pada kelajuan 110 km/j, antara kereta terbising yang pernah kami rekod. Tetapi kalau anda jenis boleh biasakan, benda ini mungkin perkara kecil sahaja.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 16

Apa yang tidak menjadi isu langsung adalah dari segi prestasi kerana enjin 1.5L VTEC Turbo dengan hembusan 181 PS/240 Nm ini betul-betul memberikan pecutan yang mantap. Kami sendiri merekodkan bacaan 0 – 100 km/j dalam masa 8.82 saat sahaja.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 17

Barangkali dalam segmen B dan julat harganya, inilah SUV paling ‘power’. Ditambah pula dengan stereng dan transmisi CVT yang agak responsif, karakter pemanduan dan pengendalian HR-V boleh dikatakan dinamik sekiranya mod ditukar kepada Sport.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 18

Bercakap mengenai pemanduan, transmisi CVTnya juga agak senyap tetapi kalau lenjan sampai ke lantai, bunyi mengaung itu tetap ada. Tetapi kalau fikir balik, berapa kerap sangatlah anda kena tekan habis kalau enjin turbonya pun dah sebegini bertenaga?

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 19

Cumanya, yang kurang memuaskan adalah bab penggunaan petrol. Berdasarkan gabungan pemanduan dalam bandar dan lebuh raya, HR-V hanya dapat merekodkan bacaan serendah 9.11 L/100 km, agak banyak tetapi dengan lonjakan kuasa turbo yang diberi, barangkali hanya segelintir sahaja yang akan rungut. Lagipun, kalau nak jimat petrol, mod Econ kan ada. Kalau tak cukup jimat lagi, Honda Malaysia sendiri pun ada menawarkan varian hibrid.

Juga bacaKebaikan & Keburukan: Honda HR-V e:HEV RS 2022, adakah ia lebih baloi daripada Corolla Cross Hybrid?

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 20

Sebagai sebuah SUV keluarga juga, HR-V kena ‘perform’ dalam aspek keselamatan dan seperti mana-mana model Honda yang ada ADAS Sensing, input kawalan stereng, brek dan minyaknya terbukti sangat lancar dan tidak mengejutkan. Senang kata, ia membuat anda percaya dan hendak menggunakan teknologi bantuan memandu tersebut.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 21

Ditambah pula dengan adanya ciri Low Speed Follow, tersekat dalam kesesakan jalan raya pun tak meletihkan langsung kerana selain memerhati keselamatan sekeliling, pemandu langsung tidak perlu memberi sebarang input. Cumanya, kalaulah ada ciri amaran titik buta, mesti lebih lengkap kerana penggunaan paparan visual LaneWatch hanyalah untuk belah kiri. Belah kanan, sendiri faham lah.

Konklusi – kereta RM 130k+ paling sempurna?

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 22

Berbalik kepada topik asal berkenaan pakej kereta ideal, Honda HR-V kali ini nampaknya memenuhi hampir semua kriteria yang boleh difikirkan oleh rakyat yang mahukan sebuah kereta yang tidak terlalu besar dengan harga yang tidak terlalu mahal. Senang kata, kalau anda perlu ada satu kereta sahaja, mungkin inilah jodoh anda. Walaupun ada beberapa kelemahan, perlu diingatkan bahawa HR-V hanya sebuah segmen B dan untuk kategori tersebut, tiada apa yang boleh menandingi kehandalan pakej yang ada pada legenda ini.

Rebiu: Honda HR-V 1.5V - ikon SUV 'gaya' dah kembali, kereta RM 130k+ terbaik di Malaysia? 23

Jadi, tidak hairankan kalau HR-V kekal sebagai fenomena dan menjadi idaman ramai. Dengan kepercayaan rakyat Malaysia terhadap jangka hayat dan kos membela produk Honda juga, mungkin inilah kereta paling ‘lulus’ untuk julat harga RM 130k+ ke bawah. Sebutlah apa sahaja keutamaan anda dalam lingkungan harga tersebut, barangkali semuanya ada pada Honda HR-V.

@wapcar_adrian Honda HR-V 2022 pilihan terbaik untuk famili SUV segment B, setuju ke tak? 🧐 #WapCar #ReviewKereta ♬ original sound - WapCar.my - Adrian_WapCar.my

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda